Khamis, 25 Disember 2008

Cloth diapering

Friday, 25-Jul-2008 01:11
Cloth Diapering

Entah macamana aku terjebak.. Secara tidak langsung dan secara tiba-tiba..

Al-kisah, satu hari, Ummi telah mendapat mass mail dari Mothercare (M) Sdn Bhd mengenai produk baru mereka iaitu lampin kain pakai basuh. Kebiasaannya apabila mendapat mass mail, especially dr Mothercare, Ummi hanya akan membaca sepintas lalu dan kadang tu belum sempat habis dibaca mail itu terus direnyuk-renyuk, dimasukkan ke dalam bin dan didelete. Tetapi hari itu sungguh berbeza. Ummi baca dan ulang baca dan ulang baca. Dan yang lebih menarik perhatian adalah discount 25% kepada pemegang VIP card.. Wah, menarik, tertarik dan sungguh de boom!
Petang itu juga, tanpa berlengah masa, Ummi berjalan ke Alamanda (d only transport that i have - my own kaki), bergegas ke Mothercare dan memborang sakan CD aka Smart Nappy Mothercare.

After using SNM to Zahra, Ummi found out, guna CD ni sangat la bagus nye.. function memang similar to disposable diapers, tak bocor and easy to use. Cuma kalo poopoo kena basuh sikit and rasanya membasuh pun tak la susah mana. CD yang telah dipakai di lalukan air untuk menyah urin dan bau, kalo ada poopoo kena extra basuh sikit, dan kemudian dimasukkan ke dalam baldi, dikumpul sehingga baldi penuh, then barulah dibasuh. Basuh pun bukannya kena bertinggung-tinggung menberus, campak je dalam mesin and let she do the rest. Cuma particularnya, sabun tak bole sebarang sabun, in this case, aku pakai Pureen HAD. Dah basuh, sidai, dah kering angkat, lipat dan boleh digunapakai semula.. Mudahkan...

Mula menggunakan memang la mahal sedikit. Satu set SNM tu dekat RM53 (ni after diskaun tau). But in a long run, jimat la sebab pakai berkali kali.. Zahra kat rumah, bercuti ke, memang 100% pakai CD. Cuma di taska je stil pakai dispo, tu pun sekarang ni ku beli yang hok murah jer - OK Baby, heheh..
And cakap pasal jimat menjimat ni, aku ni memang calculative skit.. Cd yang kubeli sume murah-murah saje, CD jenama Pond&Palm, Made in Thailand. Hehehehe.. beli kat Ebay, di mana setelah dikira penghantaran semua, satu CD jatuh harga RM15.00 cmtu. For records, Zahra memang tak kubelikan CD yang berjenama, bukan apa CD berjenama tu semua nye mahal la. Agak berkira untuk ku menghabiskan keringat ke arah itu. Walaubgmnpun, CD RM15 tu cukup la mencapai matlamat. Cuma kena pakai diaper cover (yang ni jela yang mahal, dekat RM40 sehelai )..
Keseluruhannya, aku suka.. Ya, aku SUKA!

--------------------------

CD tak macam BF.. walaupun hampir sama..
Like BF, semua wanita yang melahirkan dan mempunyai boobs mampu buat, yang tak mampu cuma nak beli pam yang good quality je sebab pam mcm ni mahal. Tapi kalo bersungguh, pam murah yang tak canggih pun bole je orang kumpul 8oz sekali perah (apply to one of my cyber friend.. Gua salute U, beb )..
CD ni bnyk limitation tuk seseorang to implement:

1) Harga CD mahal
- RM60 sebiji shj. Walaupun at the end, worth buying sbb guna bebynk kali dan bole disimpan tuk anak-anak yang akan datang, tapi kalo nak start up kena ada at least 3 CD. But 3 tak cukup la, at least u have to have 5. Erm, like me, I have nearly 3 dozens CD (made in Thailand punyer ek..)

2) Faktor masa
- Ramai beranggapan susah nak uruskan CD ni. Nak basuh, jemur, bla bla.. tak cukup masa kualiti nnt nak bersama anak-anak dan hubby sebab mak sibuk menguruskan lampin.

3) It involve human excretion
- Ada gak yang geli nak bersihkan poopoo anak sendiri.. hehehhe

Apa pun, bagi Ummi, mana yang terbaik untuk diri dan keluarga.. GO Ahead!!!
Tak sapa paksa, tak sapa menyuruh. Tepuk dada, tanya selera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan