Monday, January 5, 2009

My BF Story


My BF journey starts unintentionally.
Waktu pregnant dulu tak de pun seek info about breastfeeding secara beria-ia, yang ku perasan, masuk 7 bulan susu dah start keluar – banyak tak banyak: malam tido, esok terasa jugaklah baju tu basah.
Then Hubby went for out-station and he bought me an Avent Isis as a gift – dan di situ aku simpan azam nak Bf my baby.

Alhamdullillah, semasa Zahra dilahirkan, Dr dan Nurse di APSH banyak membantu dan mondorong cara yang betul to BF: latch on, how to express milk, tatacara penyimpanan susu dan jadual pemberian EBM when coming back to work. Susu pun memang banyak, breast starts to engorge 6 hrs after delivering Zahra and I managed to get 4 oz to release the engorgement and throw away the expressed milk.. Heheheh.. zero knowledge waktu itu.

Waktu berpantang, banyak jugak browse net tentang BF and EBM. Fridge pun memang penuh hasil dari perahan dalam pantang. I came back to work after 3 months on maternity leave (amik extra 1 bulan cuti). Kembali bekerja, aktiviti pemerahan masih diteruskan. Since Zahra pun diletakkan di taska berdekatan dengan tempat kerja, 2 bulan pertama susu memang tidak dibekalkan – direct feeding.

Masuk Zahra 6 bulan, Umi dah penat perah pakai manual pam. So I bought Spectra3: most affordable and waktu tu tak berkecimpung lagi dengan eBay.. heheh.

Genap Zahra 1 tahun, susu habis – we all balik kampung, tikus masuk rumah, electricity out: stock susu gone to the drain. Umi kena start balik from stretch- penat sangat, rasa nak give-up pun ada jugak. But then, kuatkan semangat and started to join forum. Kerja plak banyak nak kena out station, so Umi started to have the new hobby.. hehehehe..

Bila Zahra 1 tahun 3 bulan, stok memang out. So, Zahra campur minum susu Umi dan susu soya di taska. But weekend atau cuti, memang 100% susu Umi.

When Zahra 1 tahun 5 bulan, Umi disahkan hamil. I am happy with the diagnosis however risau jugak nak kena wean Zahra ke. So, I start with my internet research again and bought this book, “Adventures in Tandem Nursing: Breastfeeding During Pregnancy and Beyond” – menanam semangat nak meneruskan BF sampai Zahra 2 tahun and if nanti nak share ngan adik pun boleh.

However, my pregnancy later was diagnosed as molar and I have to terminate it straight away. For me, dah tak de rezeki tak apa, aktiviti BF Zahra tetap diteruskan.

Menyusukan Zahra ditika usianya 1 tahun 8 bulan, banyak cabarannya. Dia dah besar, dah pandai meminta. Kalau bergayut, selalu lama-lama. Sampai lenguh satu badan. Malam pula, stil bangun every 2 hrs – jam 1, 3 dan 5, for 30min feeding. Selalu cakap, ‘Cepatlah 2 tahun nak stop BF ni’. Kadang time nak kemas rumah, nak memasak, nak lipat kain – time tu la dia nak bergayut nya.

Dan genap 1 tahun 8 bulan 16 hari – Allah swt memakbulkan doa Umi.
Umi must go for chemo treatment and BF is absolutely NO. End of one chapter, secara abrupt, secara tiba-tiba. Zahra sedih, Umi pun sedih.

Tetapi Umi puas. Menyusukan Zahra adalah tanggungjawab Umi dan Umi bangga sangat sebab dapat menunaikan amanah ini.

3 comments:

  1. best la entry ni. memberi semangat utk org yg sceptical utk bfeed lama2... ;)

    ReplyDelete
  2. Congrates to you! nearly 2 years..bkn mudah tu aneeza!aku nk kuat semangan cm ko gak..you are my idol..hehe..

    ReplyDelete
  3. Syigim & Ain: Semangat kena kuat.. Chai yok, chai yok..

    ReplyDelete