Wednesday, January 21, 2009

Sakit tumit kaki


Dah 2 hari aku mengalami sakit tumit kaki - sejak 3rd day of chemo sampai ke pagi ini.
Menyucuk-nyucuk sangat, sampaikan nak jalan pun kena berjingkit-jingkit.
Dah suruh Mat tolong urut but tak berapa nak menjadi la..

Membuatkan ku tertanya-tanya, Sakit tumit kaki ni sebab apa ye? Nak kata kan overwieght tak jugak.. So, ku google:

  • From AuntyN:
    Aku ada cakap kat dia, tumit kaki sakit, dia cakap ada 3 area bagi tumit kalau perempuan menunjukkan fungsi organ mana yang tak baik tu. Untuk lelaki lain pulak lah. But tumit ni nampak nya macam berkenaan dengan reproductive system, untuk dua-dua jantina. Untuk perempuan macam aku ni, kalau tengah tumit tu, something is wrong dengan ovary, fibroid etc. Keliling tumit, bahagian tapak kaki tu kata dia overweight problem.
  • From Health:

    4. KEBAS KAKI.Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.5. SAKIT TAPAK KAKI.Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.6. SAKIT TUMIT KAKI.Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI.Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.


Erm, betullah tu kot - berkaitan dengan sistem reproduktif dan sistem perkumuhan. Aku pun sekarang tengah sakit-sakit perut - immense period pain - tapi tak period pun : must be because of the drug effect.


So, petua untuk menyembuhkan sakit tumit:
  • From AuntyN: Petuanya adalah seperti berikut :-
1. Ambik betik muda. (betul-betul muda) 2. Letak atas api dapur dan bakar hingga hangus (bakar one side. dah letak atas api, jgn di balik-balik, biar jer gitu) 3. Dah hangus sebelah, angkat dan alaskan dengan kain. (beberapa lapis) 4. Letak kan kaki atas betik. (Jangan sampai kaki terbakar, kalau panas tambah kain lagi) 5. Biarkan kaki atas betik sehingga betik tu suam. Alihkan kain. 6. Tekan lagi kaki sehingga betik berlubang. Dalam lubang tuh ada air, rendamkan tumit ke air ni. 7. Siap dan lapkan kaki dengan kain kering.** Kalau ada gout atau toksin, akan terdapat lebam-lebam dekat kaki. Mungkin juga akan kena cirit-birit.

Petua : Sakit Tumit Kaki
Ambil 1 kg garam kasar.dipanaskan mengunakan kuali dengan cara mengoreng tanpa minyak. panaskan sampai kesemua garam kasar tadi menjadi panas.setelah garam tersebut menjadi panas bungkus mengunakan kain. kemudian tuamkan tumit anda dengan garam kasar tersebut. insyaallah ia akan sembuh.

Nampak gaya petua No.2 lebih senang nak dipraktiskan. Nak gi cari garam la.....

1 comment:

  1. Petua no2 tu aku penah try ms kaki aku bengkak.. mmg berkesan..tp mak aku bubuh skali ngn halia n jadam..sbb nk serap angin..

    ReplyDelete