Friday, March 20, 2009

Penerangan tentang Cloth Diaper

Hohoho.. tajuk itu.. macam ku expert sahaja.. heheheh..

Menjawab soalan yang dikemukakan oleh kengkawan tentang CD – aku tak la pro sangat but Alhamdullillah, I’ve been CDing for the past 15 months and rasanya boleh la nak bantu mana-mana serba sedikit. Btw, ni based on pengalaman sendiri dan suka nak memaklumkan, I used only cheap CDs- yang paling mahal pun adalah brand SmartNappy Mothercare. So for those yang bertanya which brand is good – BumGenius, Drybees, Happy Heines, dida.. dida – oh, ini memang tak dapat la ku nak bagi apa-apa input – zero knowledge – tengok tak pernah, pegang lagi tak pernah – so, tak bole la nak wat comparison ngan brand Coolababy, Qbaby, Naughty Baby and Yuyun (semua ni made in China).

I believed in Attachment / Natural Parenting – and this AP suppose to be frugal – but since it been commercialized (Angelina Jolie bf her twin, Gwen Steffani wearing her son, Maggie Gallenhaal cloth diapering her daughter), it became expensive.. konon dah jadi life style of the rich and famous? entahlah…

Okla, berbalik pasal cerita CD - pertama sekali kalo nak pakai kena betul-betul tekad nak pakai - sebab kalo rasa malas, leceh, nanti jadi separuh jalan jer - dah beli CD, pakai 2 3 kali then end up pakai sposies balik.. heheheh..

Basic info tentang CD- what you should know:

1. CD sebelum dipakai kena dibasuh terlebih dahulu - ni nak jadikan kain tu able to serap - if tak basuh - terus pakai - prone to have leaking. And CD lama-lama pakai, lagi kuat daya penyerapannya - sebab tu ada orang suka beli used CD. By this, CD ni bole kita jual if one day dah tak pakai - ada orang nak beli punya la.

2. Jenis CD: fitted and waterproof: Fitted maksud tak waterproof - jadik kena pakai diaper cover / plastic cover. Tak pakai cover bole jugak but then kalo dia pee, tembus lah - which bahaya for toddler yang bole berjalan, nanti habis satu rumah tercemar ngan air kencing dia. Kalo baby especially yg tak bole merangkak, tak per. However, fitted diaper ni even dia basah tapi buntut baby akan tetap kering sebab inner layer dia pakai kain fleece. Fitted sangat bagus untuk baby yang kerap pee, sebab soaker made by material yang sangat tinggi daya absorbent nya. Waterproof CD biasanya ada lining ngan kain PUL - kain yang ada plastik breathable yang bagus sebab even waterproof, pengaliran udara adalah baik. So, for those baby yang tak tahan panas takde le dapat ruam kat punggung dia nanti.

3. Closure CD: velcro and snap: Velcro (juga dikenali sebagai hook and loop) ni jenis zap on (macam kasut tuh) manakala jenis snap adalah jenis butang katup: ada 2 jenis jugak snap metal and snap plastic (snap metal (macam romper budak-budak) lebih tahan compare to snap plastic). Kalo nak hantar anak ke taska dengan membekalkan CD better hantar jenis CD velcro sebab yang ni mesra-cikgu-taska sebab kaedah macam lampin pakai buang tuh. Kalo jenis snap, masalah yang biasa dialami ialah wrong adjustment: kalo longgar jadik leak, kalo ketat sangat berbekas la kat peha/perut anak kita.

4. AIO and Pocket/Insert CD: AIO tu all-in-one maknanya semua dalam satu - sangat senang macam lampin pakai buang - pakai terus jer. Masalah AIO: soaker dijahit terus dalam body so sangat la lambat nak keringnya - bole makan berhari-hari: jadi tak sesuai digunakan semasa musim hujan dan those yang dok kat apartment (ops, no offense). Pocket/Insert CD maksudnya CD ni bercerai: luaran Pocket (biasanya waterproof) and insert/soaker (yang macam kain tuala tu). Yang ni better sebab cepat kering dan sometimes kalo anak just pee jer, kita bole salin insert without tukar the pocket. Yang tak best, nak kena stuffin the insert tu la - dulu-dulu each time nak pakai baru aku stuffin the insert, end up guna CD jadi tak-mesra-hubby, sebab hubby tak faham keadah stuffin ni (and plus dia rasa leceh kot), end up kalo hubby tukarkan diaper je dia akan pakaikan sposies. But then what I did, each time lepas angkat CD dari jemuran terus I stuffin kan inserts dia, so senang la hubby-SIL-sister nak pakaikan CD for Zahra.
Stuffin CD ready to be use

5. Multisize and OneSize CD: Multisize ni maknanya CD yang ada saiz – macam dispo diaper – ada saiz S, M, L and XL. So agak rugi dari segi pembelian, sebab satu-satu saiz hanya bole dipakai pada certain ages/baby size. Tapi yang bestnya, CD ni fit well. OneSize CD adalah satu CD can go from baby size S sampai ke L/XL: like Coolababy from 3kg (S size) up till 13kg (XL size). So, yang ni jimat. And kalo ada yang wonder macamana la satu CD bole pakai different size – dia ada adjustment button untuk size baby tersebut. However, masalah selalu berlaku bila baby tu in between size: M bukan L pun bukan.. so what will happen – leaking kat celah-celah peha tu.

6. Cara basuh CD - yang ni you bole refer my prev entry. Senang je, pakai mesin basuh jer.

7. Soiled CD - since Zahra fully CDing, even when she's in taska, CD yang kotor: kalo pee, biasanya Cikgu tak basuh, kalo yang poo pulak, since I used flushable liner cikgu dia just buangkan liner tersebut and basuh skit-skit jer - and aku bekalkan 'wetbag' to put the CD. Wetbag ni I dont buy those yang 'claim-to-be-the-diaper-wetbag' sebab mahal giler - bag kecik je dekat ratus. So what I did, pakai any zipper bag - this is much better dari pakai plastic bag sebab bole ulang pakai (kata nak eco-friendly kan).
Soiled CDs in my-so-called-wetbag (heheheh)


Erm, I think that's all what basic info about CD that parent (who wanna use it to their children) should know. Kepada mereka yang bertanya, hope this help. As for me, I love using CD for Zahra – not because nak jimat – kalo nak diikutkan kejimatan, Zahra pakai sposies brand Tesco/Carrefour je which is obviously cheap - but this is more on environmental awareness.

“Bumi hari ini bukan kita warisi dari ibu bapa tetapi kita pinjam dari anak-anak” – Abby Fanascova (SinarFM)

3 comments:

  1. ku baru start pakaikan CD kat fahri semalam..
    very easy lah.. nanti nak gi beli inserts lah.. tak cukup plak.. ada stok tak?

    ReplyDelete
  2. an.. ku suka explaination ko ini..
    ku nak pinjam linkkan ke dlm blog ku buleh?
    atau ku fwdkan pd kenkawan ku yg lain (yg rasa CD ni menyusahkan diorg).. good info! thx..

    ReplyDelete
  3. limo: ok kan pakai CD.. my stok out la.. cari kat eBay la - kedai YuyunCn ada jual.. hehehhe.. ;)

    Cloud: bole.. dipersilakan.. sharing is caring maa.. :-)

    ReplyDelete