Rabu, 22 April 2009

Perkara mendatang

Aku dah start keje macam biasa semula. No more MCs after this – hopefully, aku pun dah taknak dah. Kalau MC dok umah sesaja goyang kaki tu nak la.. hehehe. By this, my chemo treatment dah over – alhamdullillah. Everything back to normal – no tipu, not everything: my beta-HCG yes, dah zero (alhamdullillah) but my weight increased like I-am-a-five-months-pregnant-lady. 6 cycle equivalent to 6kg increased. Nasib hanya 6 kitar sahaja, kalo 10 kitaran chemo mau naik sepuloh kg.. Oh, benci sangat tengok diri kat cermin. Sana sini nampak daging, especially part lengan.. uhuhuh. Konon nak kuruih, aku pon puasa la semalam – tiba-tiba kena migraine attack la plak. Aduh.. tapi puasa tetap puasa. Suffer jugak, baru perasan punya la lama tak puasa sunat – yelah, dah 3 tahun puasa Ramadhan penuh.. heheh.

Kerja pulak seperti orang baru sebab aku pun memang orang baru. Banyak yang tak faham jadi banyak yang nak kena belajar. Nasib la aku ni hanya pegawai picisan, jadi bila cakap tak tahu orang tak la nak pandang lekeh – seriously, kerja kementerian berbeza sangat dengan kerja makmal: jauh macam Bumi dengan Musyitari. Maybe bulan ke hadapan aku nak kena buat attachment kat hospital luar – am looking forward for it. Tempat kerja aku ni nampak sangat canggih tapi sangat fail bab dokumentasinya – rekod pembelian, latihan staf, so and so pun takde. Jangan la sampai semua dalam system, jadi kertas nak dihapuskan terus – we still need pen to write even we have computers.

2009 dah habis suku tahun pertama: tak tahu apa yang aku dah buat – all I can remember is dok mengulang-alik ke PPUM. Oh, sebelum terlupa, aku nak kena declare ke lembaga by end of this month. Remind Mat nak kena bayar cukai tanah before 31stMay. Nak kena bayar saman jugak. Nak apa lagi? Erm cukupla tu, semua pon menyebabkan gaji aku susut nilainya.. haih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan