Khamis, 13 Ogos 2009

Hari ini

Zahra masih demam tetapi alhamdulillah, sudah mula nak kebah. Muntah berkali-kali dan sehingga petang tadi dah 3 kali bersalin cadar katil. Seperti yang dikatakan semalam, hari ini aku tak kerja. E.l. jaga anak sakit di rumah. Mungkin esok pun akan e.l. jugak.

Berikutan dengan 3 kali bertukar cadar, cadar yang sedia dipakai sekarang adalah cadar yang terakhir dalam simpanan. Kiranya berlaku muntahan lagi malam ini, kami mungkin akan redho tidur di atas katil bogel (katil yang bogel bukan kami.. hehehehe). Cadarnya actually dah dibasuh tapi seharian hujan hari ini. So, tiada yang kering. Harap esok cuaca panas sebab bukan sahaja cadar berlepuk, baju (masam) pun banyak di ampaian.

Walaupun demam Zahra agak tinggi (up to 39°C), tapi kami yakin ia adalah demam biasa sahaja. Dah lama sebenarnya Zahra tak demam, kali terakhir adalah 4 bulan yang lepas, dan dari sejarah demam nye Si Zahra, badan panas dan muntah-muntah adalah perkara biasa. Ye, kami elak dari pergi ke hospital, sebab Zahra bebas selesema. Pergi ke hospital bagi saya adalah lebih bahaya - boleh menyebabkan jangkitan nosokomial (jangkitan sekunder dari hospital disebabkan daya tahan diri yang lemah, eg. demam).

Terima kasih kepada kawan-kawan yang menelepon, sms, memberi komen di-entry yang sebelum ini, meng'wish' supaya Zahra cepat sembuh. Jazakallahukhairan. :-)

4 ulasan:

  1. neeza, betul laaa nasya pun last demam 4 bulan lepas pastu kene kaw2 punya..

    selamat tido dengan katil bogel hahaha

    and get well soon zahra!!

    BalasPadam
  2. hi neeza, ye lah irfan pun demam 39 + degrees. tapi susahnya nak kebah sampai la masuk ubat kat bon bon dia, dah turun sikiiit temperature.

    we brought him to paed just now, tapi patah balik coz tengok too many people there, siap ada yang wearing mask, takuuuttt plak.

    BalasPadam
  3. yap!!
    skrg pegi hospital lg bahaya
    lebih elok bg ubat kat rumah
    kuman merebak di merata2 tempat

    take care ur xahra k

    BalasPadam
  4. mai, sib baik bile pagi baru dia muntah.. takla kami tido berbogel.. ops.. tido katil bogel.. heheh.. btw, hope nasya cepat sembuh.
    .
    .
    bai, memang sangat takut pigi hospital/klinik.. takut jangkitan lain plak.. hope irfan cepat sembuh jugak
    .
    .
    fida, betul tuh.. u take care too..

    BalasPadam