Wednesday, September 2, 2009

Azam tahun ketiga..

.. ketika berada di Universiti adalah = hendak menjadi kurus.
Ini adalah sambungan cerita ‘aku gemuk’.

Well, macamana boleh berazam nak kurus itu?
Untuk mereka yang kenal aku dari azali, aku ni jenis manusia yang tak amik pot. Lantak la orang nak kata apa, as long as dia tak ganggu hidup aku, hidup aku tak rasa terganggu, I’ll be very happy. So, walopun tidak memakai tudung (dan agak gedempol berisi), kawan-kawan aku kebanyakkannya adalah dari kalangan mereka yang bertudung. I don’t join those yang freehair lagi skinny itu sebab diorang sangat sexy woo.. nite life diorang pun sangat happening which I don’t like. Plus, percaya atau tidak my best coursemate friend (merangkup teman makmal dan sebagainya) adalah Su, cikmek kelate pakai tudung labuh tuh.. Entahla, despite of me being tudung-less aku suka kawan ngan Su sebab dia best dan klaka, walopun mungkin Su berkawan ngan aku sebab nak menumpang motor untuk ke fakulti.. ekekek. Apa cerita Su sekarang? Dah lost contact dah after abis blaja – dengar dia join KPLI jadi cikgu.. Eh, apa ni.. aku ni cerita pasal kurus laaaa…

Well, back to the topic perbicaraan, terpanggil untuk menjadi kurus adalah sebab.. aku terasa dihina sebenarnya.. ekekekek.. meringkaskan cerita yang tak panjang mana pun, my roommates (kita orang dok berempat waktu tu) nak kenen kan aku ngan their coursemate (they all ni sume budak law). This guy yang diorang nak kenenkan itu kinda cute, and when they told the guy yang roommate diorang ni pathetic tak de boyfriend and seems you pun tak de girlfriend apa kata you kuar ngan our roommate, the guy when he saw me, he made this remark, bukan aku tak nak kuar ngan dia, dia nampak ok but plum skit la.. Aku terus cakap dalam hati, apa ko ingat ko ensem sangat tak sesuai keluar ngan aku ek.. Walopon tika itu aku pun tak le terasa hati nak kuar ngan dia pun. Haahahah…

Apa yang aku buat nak kurus, (time tu berat aku adala dalam area 59kg kot), aku mula ngan tak makan nasik – amik sayur jer, ayam ngan daging pun tak makan (orang kecewa memang selalu tak de selera makan.. hahah). Pas tu, I start to swim, bole dikatakan 3x seminggu memang gi swim la.. dan waktu cuti semester I jogged. Setiap hari selepas subuh jogging round padang depan rumah at least 3 kali. Then when I enroll for post-grad, I felt alone – tak de kawan and hidup pun memang pathetic bermain ngan bacteria jer, so I start to fast. Everyday, mostly everyday la - aku tak puasa hanya bila aku nak gi swim, and bila nak kuar jalan KL. Waktu ni la aku rasa aku dapat hidayah nak pakai tudung, sebab aku cakap ngan diri aku, puasa hari-hari, solat, tapi tak tutup aurat rasa cam pahala tu entah sampai entah tidak. Dan elok je aku pakai tudung, lepas raya tu aku jumpa Mat. Yeay! Dan seterusnya bermula la kisah cinta kami.. kuang.kuang..kuang.. Kisah cinta tak payah cerita la, dah penah cerita dah sebelum ni.

Itula sahaja kisah nya. Berat teringan yang pernah aku capai adalah 47kg time exclusively breastfeed Zahra. Berat sekarang masih diambang kekalutan (ekoran daripada penangan kemo). Umur bila dah reach 30, memang berat susah nak turun. Huhuhuh..

6 comments:

  1. tahniah tahniah di atas semangat ummi zahra

    ReplyDelete
  2. hebat hebat hebat!!!! wah .. dasat arrr.. i always say nak kurus.. tapi tak pernah buat bende yg mcm neeza buat.. betul2 determined... alhamdulillah.. tapi yg bestnya sampai sekrang maintain tuuu....

    ReplyDelete
  3. aku rasa swimming tu yg buat ko maintain berat skrg kot.. apelagi.. amik la herbalife.. hahaha.. isk.. aku pon mmg gomok (60kg) lepas bersalinkan ayna.. cam nak kene swimming gak jek ni.. :P

    ReplyDelete
  4. kesiannya bab mamat tu xnak kuar sama..dah tu lepas tgk u dah kurus dia mcmna?hahah ada menyesal tak dia..

    ReplyDelete
  5. aida,, hehehehe.. dedulu memang semangat waja skit..
    .
    .
    zoora, dah tak maintain mana dah - semua pun nak bedal.. ekekek
    .
    .
    ira, ye.. aku rasa gabungan puasa ngan swimmin memang bole buat jadik kurus.. try la.. heheh
    .
    .
    mai, tak tahula apa jd ngan mamat tu.. tak jumpa terus dah sampai skang..

    ReplyDelete