Isnin, 14 September 2009

Kerja mesti ikhlas

Hari ni dah puasa ke 24. Menjadikan satu masalah besar dalam menentukan apa la yang nak dimasak. Dah habis pusing dah lauk. Nak buka kedai, I bet Mat mesti tak berapa nak setuju sebab payah nak bersolat dan dia juga akan terkejar-kejar nak ke masjid untuk terawih.

So, dengan keterpaksaan ini aku masuk juga dapur, hajat masak sesimple mungkin: goreng ikan dan sup cendawan. Time goreng ikan (dengan minyaknya yang merecik-recik) tu bole lagi terfikir, kalo beli je lauk kan senang, tak de la dapur kotor. Sekali, tengah menterbalikkan ikan, minyak tu meletup, haa amik aku -
- minyak memang panas tak tipula. Kena je terus gelembung kulit tangan.

Moral of the story: Kerja mesti ikhlas. Kalo tak ikhlas, macam-macam (benda tak baik) bole jadi..

Ah.. sakit siyut.. bole ke tak nak jahit malam ni..

2 ulasan:

  1. sakit tu..pernah kena dulu.. sampai berubah kulit ..

    BalasPadam
  2. sakit.. sekarang ada macam nanah sikit - infection staph aureus kot.. :(

    BalasPadam