Thursday, September 10, 2009

Time management

Agak susah sebenarnya nak membahagikan masa itu. Kena high determination.. kalo ikutkan malasnya itu, memang tak jadi kerja..

Dalam satu masa, aku nak jahit, nak marking papers, nak memasak, nak uruskan rumah, pendek kata, macam-macam benda la nak buat. Nyaris.. sangat-sangat nyaris nak pau oven my MIL masa balik kampong hari tu (mengenangkan naik plane dan lepas tu nak naik ERL- payah nak berangkut, niat itu dilupakan sahaja) konon plan nak buat kuih raya.

Zahra tak suka aku menjahit – TIDAK SUKA. Pantang bagi dia aku masuk ke bilik ‘itu’. Aku bukak pintu je dia dah mula resah gelisah. Semalam aku masuk, sekadar nak snap few pictures, terus la dia menjerit-jerit, “Umi meow, meow umi” dan-dan suruh aku nyanyikan dia nursery rhymes padahal tengah tengok movie Bolt waktu tuh. Nak senang cerita (dan nak being productive) aku memang akan join dia watch tv sambil lipat kain, urus cd, kopek bawang ke, atau jahit kelim – she’ll be very happy as long as aku join dia depan tv. Dan nak jahit punya pasal (nak siapkan tempahan orang jugak) what I do is scarifying my sleep. Kena la bangun jam 3pg gitu untuk menjahit.

Memasak senang. Sebab semua dah ada, nak lagi mudah aku siap-siap dah hiriskan bawang ngan cili (senang kalo nak tumis sayur) simpan dalam tupperware. So memang sekejap je kat dapur, like 6.30pm masuk dapur, dalam jam 7 siap semua. Heheheh.. tapi of course la, masak 3 lauk jer, eg. sup cendawan, ikan goreng dan sambal belacan.

Tentang kuih raya pulak, aku buat kuih 'tunjuk-tunjuk' jer.. heheheh..

2 comments:

  1. hahahah.. sama mcm zahra ku juga!!!! nak jugak duk teman dia depan tv.. kalau baca buku dlm bilik.. dia dtg la buat kacau.. or main dlm bilik. kalau masak.. dia dtg la kacau orang kat dapur.. nak berkepit je.. tapi neeza hebat la. mcm2 buat.. boleh jahit lagi...

    ReplyDelete
  2. hahah.. hajat hati memang semua nak buat pun.. lepas tu sorang-sorang 'mati berdiri'.. wakakak

    ReplyDelete