Thursday, October 8, 2009

Kasih sayang bukan duit

Pagi ni macam semalam Zahra tak nak pergi sekolah. Mula nak ajak dia ikut aku gi ofis, tapi lepas dipujuk-pujuk dia pun terus ok nak gi sekolah. Tapi lama jugak dia berdiri depan pintu tadi – teragak-agak nak masuk ke dalam. Well, kalo ikut hati (yang memang malas nak pergi kerja) nak je cakap, jom la kita balik rumah atau jomla kita pergi breakfast kat kedai depan tapi cuti pun tinggal berapa kerat je lagi so tak bole la nak bersenang lenang dok kat rumah.

Ni yang buat aku terfikir nak berhenti kerja asap – tapi sapa plak la nak bayar expenses and cost of living yang sangat mencekik di golden triangle ni. Jeles plak la aku ngan kakak ipar yang dok kat kampong, tak kerja tapi menanam sayur dan bela ayam dan puyuh. Sumber makanan dia segar dari ladang.

Terkenang zaman kecik-kecik dulu, aku pon bukanla berasal dari keluarga yang senang. Papa cikgu dan mama plak surirumah. Sebab nak hidup senang macam sekarang I remembered mama pernah kerja cuci rumah orang dan papa pernah jadi driver prebet sapu. Until when I was in form3, Cikgu Sofian nak pergi haji dan minta papa ganti kelas tuisyen dia, itula titik tolak pertama kalinya papa berkicimpung dengan dunia tuisyen dan akhirnya kami mewah macam sekarang. Itu pun sebenarnya aku tak la suka sangat papa buat tuisyen. Sebab bila buat kat rumah, ruang rumah tu jadi terhad – rumah kan suppose jadi tempat untuk kita melepak-lepak tapi tak lagi. Students dah la ramai satu-satu masa, hampir setiap malam pulak tu ada kelas, dan aku ada envy skit la ngan bebudak tuisyen tu sebab aku rasa macam ayah aku sayang diorang lebih dari kitaorang (me and my kakak). Yelah, ada satu malam tu aku nak makan nasik sambil tengok tv, tuisyen kan kat ruang tamu, pas tu ayah aku bole marah halau aku masuk dapur. Dan aku pon pernah kena tempelak ngan papa sebab marahkan bebudak tuisyen tuh.. hahah.. yelah ko dah habis belajar, gi la dok luar tunggu parents ko kat luar, sibuk nak duduk tengok tv apsal.. aku sound je la sekali. :p

Heheheh.. apa yang aku nak cerita sebenarnya, ialah aku rasa aku dapat membaca perasaan Zahra. Dia bukan nak kaya atau nak hidup senang. Tapi yang dia nak adalah kasih sayang aku. Aku main dengan dia, aku golek-golek ngan dia depan tv, layan main basikal atau main ball. Sebab aku juga pernah kecil dan pada masa itu, aku tak harap pon, mama papa bawak gi jalan time cuti sekolah, beg sekolah baru setiap tahun dan lain-lain. Aku ingat aku memang pakai beg yang sama dari form3 ke form5, kasut sama sepanjang tahun, baju kurung yang besar supaya boleh bertahan dari tingkatan satu ke tiga. Aku ingat waktu tu apa yang aku nak ialah mama ada kat rumah bila aku balik sekolah dan makanan juga dah siap (tak de la aku akan bertekak-tekak dengan Anne yang bising balik-balik aku masak taugeh goreng dan ikan bilis goreng), dan aku juga nak mama bangun pagi kejut weol dan buat sarapan, sebab dari form2 sampai form5 memang aku yang bangun sendiri (then kejutkan Anne) dan weol pergi sekolah jarang sekali dapat nak cium tangan mama atau papa. Aku cuma nak mereka ada di situ pada masa itu, supaya bila dikenang ia adalah indah dan bukan tak best macam sekarang.

Sebab itula, bila aku kat rumah I’ll make sure Zahra (and Mat) get my full attention. Menjahit mungkin berlaku pada masa-masa lain. Aku harap Zahra tak rasa aku tak sayang dia sebab campak dia dok taska instead of kita bergolek ketawa di depan tv. Ummi perlu kerja untuk melunaskan hutang (yang sendiri cari). Kaya memang bukan main objective dalam kehidupan sebab semua harta tu tak kemana di akhir cerita kita akan tinggalkan jugak tapi bila dah jadi macam sekarang ada rumah besar, kereta besar dan hutang pula keliling pinggang nak berhenti kerja pun kena fikir seratus ke seribu kali. Arghh..

3 comments:

  1. sedey.. sedey. terharu.. sob sob..
    betul betul.. kaya tak kemana nya.. lagi pulak kaya tu buatkan kita lalai.. lagi la teruk.. ckp kat zahraa.. nanti malam mama main ngan dia.. kesian kan.. sumer budak cam tu .. nak kita teman je pun tak pe dah.. kan kan

    ReplyDelete
  2. beb.. pd aku lak..
    kalo betul ko nak dok umah golek2 dgn anak2 all d time.. why not ko plan betul2 n buat timeline n set target for that.. sambil ambil kira semua kengkangan yg ada termasuk duit, tenaga n masa.. so that hasrat n cita2 tu bukan sekadar angan2.. sape yg x mau tgk anak membesar dpn mata kan? kalo menjahit n keje partime tu ko boleh buat.. pasti yg ni 1000 kali ko leh buat jugak.. hehehe.. again with planning n effort.. aku pon ckp kat diri sendiri nih.. hehehe.. so apelagi.. kumpul duit cpt2 langsaikan seme hutang! financially freedom by _ _ _ _ ??? hehe.. ko isilah sendirik kotak kosong tu eh.. :P

    ReplyDelete
  3. btol... sometime bile tengok anak2, bila time saya ada dgn derang ada je yg derang buat nak get attention saya.. kdg2 p keje rs mcm malassssssssssss jer sbb taknak tinggalkan derang.. nasib baiklah keje separuh hari saja

    ReplyDelete