Selasa, 27 Oktober 2009

Pemimpin 'berjiwa rakyat'

Hehehe.. Pemimpin ni (spesifik cakap: perdana menteri) walopon tak best (not going into that further as politic is not my cup of tea) tapi sebagai penjawat awam, ada gak la yang best nya terkena tempias:

Pak Lah:
Menda paling best adalah meminda waktu kerja dari 6 hari seminggu ke 5 hari je seminggu. Heaven.. kena plak waktu tu aku baru je join the service (join 18 Julai 2005; kuatkuasa 5 hari bekerja adalah pada 1 Julai 2005). Best.. memang best. Keje kilang sebelum tu pon 6 hari seminggu.. huhuh.

Pak Jib:
Cuti bersalin menjaga anak tanpa gaji up to 5 tahun. Best! Walopun cadangan ini dikecam hebat oleh Cuepac (Presidennya, Omar Osman berkata, selain boleh menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam yang mengambil cuti itu, ia juga akan membebankan petugas lain serta menjejaskan pendapatan sesebuah keluarga), tapi aku sebagai seorang ibu, merasakan cadangan ini sangat brilliant.

‘Bravo’ PM.. huhuh

** kawe tengah buat homework ngan pekeliling ni: tahun depan if ada rezeki adik Zahra, plan nak amik cuti sampai hujung tahun. 2011 baru naik keje balik.. miahahah..

2 ulasan: