Thursday, November 19, 2009

Educate THEM..

Tak semua orang bole access internet dan ada pengetahuan tentang internet.
Ya, memang benar, dalam era 21 ni, pengetahuan di hujung jari anda. But some people they don’t learn that fast. They do not stand together with the technology, they don’t find it important to catch up with new technology. Ada orang masih guna IE for browsing, which is sooo 2006, sebab sekarang orang dok pakat pakai Mozilla, Safari, Flock dll.

Samala jugak dengan breastfeeding (boring topic for some of you izzinit?). Tak semua orang tahu susu badan boleh diperah, bole disejukkan dan dipanaskan kembali, bole disimpan dari tiga hari hingga ke setahun. I remembered when I was bf Zahra, at her age 17 months, my boss pernah tegur – bos yer: seorang perempuan, berkahwin dan mempunyai anak (tapi dah besar la), berpangkat 52 ke atas –

U buat apa tu?
Saya tengah perah susu untuk anak (remember I told u that I pumped at my cubicle)
Eh, anak u kan dah besar kenapa nak perah lagi?
Susu saya ada lagi. Lagipun dia tak minum susu formula.
Bagusla. Zaman sekarang ni macam-macam. Zaman saya dulu mana la nak ada. Habis pantang 45 hari terus sumbat susu formula kat anak. Mana la nak tau pasal perah-perah ni.
Saya baca kat internet Puan pasal semua ni..
Betulla sekarang ni ilmu senang. Tapi budak-budak lain (other co-workers) tu tak de la pulak saya tengok memerah susu. Diorang pun ada anak-anak kecik jugak kan?


Well, bagi aku tak semua orang tahu. So kalau ada orang yang bersikap sinis dengan kita tentang penyusuan susu ibu ni, jangan la nak tempelak dia pula dan kata kita ni bagus sangat sebab bagi anak susu ibu, apa yang lebih patut kita buat adalah EDUCATE mereka. Mereka tidak tahu. Sebab itu dia ketawa, menyindir, perli dan sinis terhadap kita. Dan kalau rasa mereka ni makhluk tak makan diajar, just ignore them. Tak rugi pon. Pada aku, orang-orang yang beraura negative (bersikap pessimist) adalah orang yang aku takan kawan. Dari sendiri sakit hati, baik aku tak payah kawan dengan dia. Dan sama la jugak, kalau ada sesiapa tanya, ‘susu formula apa ye yang bagus untuk baby?’ Jangan la terus terjah cakap, ‘Eh, bagi susu badan la. Buat apa nak bagi susu formula.’ Kita tak tahu apa masalah dia: poor latch, lack of knowledge, no support.

Penyusuan susu ibu itu adalah tuntutan. Bukan wajib. Menutup aurat adalah wajib. Jom kita fikir sama-sama.

Sekian.

5 comments:

  1. ala.. kat blogger ni takde kat fb tu.. aku xleh post "I like" hehehe.. bravo ann! aku suka ko ckp pasal isu ni.. suka suka suka sgt.. sbb aku pelik dgn sebilangan org yg dok beriya2 sampaikan dalil pasal susu ibu ni.. tp hat WAJIB terang lg bersuluh tu dia x nmpk lak.. hmm..

    ReplyDelete
  2. salam kenal...
    saya setuju semua kata2 awak tu... kdg2 kesian jugak dgn org yg beria2 nk bf tp tak berjaya sbb takde info. alasan biasa, susu kering.... selalunya bila saya nk bagi info relaktasi, diorg dah 3-4 bulan dah stop bf... diorg nk berusaha pun kurang semangat..:(
    btw, besnye dpt pam kat cubicle je.. sy keje kilang jepun, semua meja terdedahhh aje...

    ReplyDelete
  3. salam laila,

    ada org x de ilmu nak tapi nak blaja; ada org x de ilmu tapi taknak blaja; and ada org ada ilmu tapi taknak praktik..
    so mana yg untung, mana yg rugi, tepuk dada tanya selera. but then kita yg ada ilmu mmg kena ajar mereka yang tidak tahu: ilmu is something to share- sharing kan caring :-). cuma pendekatan pengajaran it perlu ada diplomasi bukan main terjah jer.. heheheh..

    ofis dulu mmg ada cubicle, ofis sekarang ni open space (terdedah gitu).. but will try (nanti) to pump kat meja jugak sbb so far anggota bilik adalah wanita dan tiada lelaki.. yeay!

    ReplyDelete
  4. aku penah org ckp and nicknamed me as tokey lembu tau sebb pump susu kat nabil..sob sob..atpi aku sabor...takpe, dugaan..as

    ReplyDelete