Ahad, 29 November 2009

Raya Haji dan pengorbanan

Aktiviti Raya Haji adalah dengan menghabiskan masa menonton 50 episode dokumentari The Arrivals* back-to-back. OK, sebelum ni dah tonton but never been so serious - tengok-tengok gitu jer. And kali ini, selepas tonton The Arrivals terasa seperti di-brainwash.

Sangat-sangat-sangat sesuai dengan tema pengorbanan, aku tanam niat, nak korbankan apa-apa kegiatan 'feeding the body' dan melebihkan aktiviti 'feeding my soul', sebab soul adalah far more important than the body itself. Soul akan dibawa bertemu dengan Pencipta di akhirat walhal body will remains with the dunnia.

Tapi kalo diikutkan (compare tu kejadian sebelum chemo), aku memang dah less involve dengan hal-hal keduniaan: dah tak join forum (yang mana selalu meng-influence aku untuk bersaing dengan yang lain untuk memiliki a atau b atau c); dah less bloghop (especially kat tempat kerja baru yang limited internet access); dah tak international internet shopping (sebab CC dah tiada dan insyaAllah tiada intention pun nak renew atau ada CC lain); dan dah less tonton tv jugak (sebab menjahit lagi best). So, everything datang dengan hikmah. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah.

Mungkin lepas ni aku perlu lebih semangat untuk bangun bersolat malam. Actually bole dikatakan hampir setiap pagi (around 2-3pg) aku memang akan terjaga, samada untuk urinate atau just simply terjaga untuk melihat jam pukul berapa. Suatu ketika dulu memang aku bangun bersolat malam (waktu sakit memang semangat untuk dekat dengan Pencipta adalah tinggi [semangat ada makna]) namun kini (apabila dah sihat), jadi alpa dan riak(?) pula. Astagrafirullahalazim.. sungguh manusia mudah lupa..

Maka, di sini, aku juga rasa bersalah jika cerita-cerita yang aku tulis ini bersifat takabur (I bought this&that, I have this&that, I went to this&that), meng-influence orang lain (eh, cantikla dia punya ni, nak beli jugakla), menimbulkan rasa 'menyampah' dia hati orang (banyak nye duit dia beli bende ni...) juga secara tak langsung mengguris perasan. Sebab kadang-kadang dalam seronok kita nak bercerita, kita lupa cerita kita lebih kepada hal-hal dunnia (yang bole memporak-perandakan kehidupan orang lain) dan terlupa untuk menyelitkan kisah-kisah akhirawi (yang lebih kekal abadi).

Blog ni mungkin berubah wajah. Cerita akan lebih berat kepada feeding the soul comparing to feeding the body, sebab melebihkan jasad sama seperti mengejar dunnia: suatu yang illusi lagi mimpi. Aku bukan condemn korang yang bercita-cita tinggi ingin jadi kaya atau menakluk dunnia.. tapi just fikir sejenak, untuk apa jadi kaya? untuk apa menakluk dunia? ..sebab semua ni tak kekal. But once in a while aku akan cerita juga my own activity, weol pergi jalan mana, my parenting experience (especially the new one is on the way), dan lain-lain hal dunnia yang diceritakan sekadar untuk berkongsi dan sebagai kenangan kami sekeluarga.

OK, akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Korban. Apakah pengorbanan anda (menuju ke kehidupan yang lebih bermakna)?

*The Arrivals- This Series Explores the Revelations in World Religions Regarding the Arrivals of the Antichrist Dajjal, Imam Al-Mahdi, and The Second Coming of The Christ. A Work Inspired by Hashemsfilms and of Course the Words of the Noble Qoran, The Holy Bible, and The Torah, The Arrivals is a Joint Production by truthseekers Noreagaaa and Achernahr.
= you can get each series at YouTube or sesiapa berminat in flv format bole email saya.

I leave you with this: pt23-Materialism & The Battle Within. (kena tengok kat You-Tube sebab I'm having problem uploading video)
http://www.youtube.com/watch?v=9SUhmupiiYw
Happy watching :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan