Isnin, 23 November 2009

What I did during lunchour

Disclaimer: Entry yang poyo dan menunjuk-nunjuk. Read at your own risk.

OK. Hari ini hari Gaji. Saya suka.. siapa tidak.
Pagi lagi, seawal bangun tido, dalam hati dah ada misi. Lebih-lebih lagi bila Mat cakap, 'Kita tak pool ari ni. Saya ada meeting di KLCC.'

So, pagi datang kerja.. buat buat busy apa yang patut, and by 12.30 cabut gi Mines. Tujuan utama pergi Mines (bukan Alamanda atau Jusco Equine) adalah sebab nak pergi Pesta Buku - 11th World of Chinese Book Fair. Pesta buku ni sebelum ini dah pernah diadakan di KLCC (KL Convention Centre) somewhere in August, which aku memang nakkk sangat pergi but bila ajak Mat, dia jadi confuse. 'Awak bukan bole baca Cina pon buat pe nak gi Pesta Buku Cina ni?'. So malas la nak bersoal jawab panjang lebar, I'll wait the November punya Pesta Buku sebab dia dekat skit ngan rumah (dan aku bole pergi during lunchour) compare to those in KL. Btw, nak masuk kena bayar rm2 ye.




So apa yang aku buat dekat Pesta Buku kaligrafi cina itu? Well, pergi mencari buku dan membeli buku la.. heheheh. I love books especially when it comes to craft and sewing books. Tak kira la dalam bahasa apa sekali pon, buku-buku ini memang mengujakan. Overall, pesta buku itu sangat best. Masa satu jam untuk mencari buku adalah tidak cukup. Pertama sebab lost in translation and kedua most of the sales person tak begitu membantu. I guessed mereka adalah pelajar lepasan SPM yang hanya cari makan untuk pesta buku itu sahaja - bukan sales person from the shop. So kena pandai cari sendiri, rack by rack - gigih kan. Dan Alhamdullilah, dapat la 5 biji buku menjahit (pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, beg and such, magazine cotton friend [magazine Cotton Friend ni memang aku suka sangat dan kat sana ada banyak sangat version but I opt for spring and summer collection: ikut nafsu rasa nak beli semua]) dengan harga yang sangat aku puas hati (semua 5 buku adalah lebih kurang rm130 setelah ditolak 20% diskaun). SAYA SANGAT SUKA!!! Satu lagi, buku-buku seperti ini walopon dalam bahasa yang sangat asing, dia tetap best sebab ada free pattern di samping cara menjahit step by step.

OK sesapa yang berdekatan yang minat jugak jahit menjahit dan tengah nak mencari buku (yang murah) for references, sila cepat ke Pesta Buku Cina, last day exhibition adalah pada 29Nov09.

Then, tujuan kedua nak pergi Mines jugak sebab nak cari kasut. Spesifiknya kasut Scholl nak menggantikan kasut Clarks yang baru pakai less than 4 months & dibeli dengan harga yang mahal koyak. Hari Jumaat hari tu dah gi cari kat Parkson Alamanda but pattern sumer pattern lama. Jumpa dan sangat berpuas hati lalu beli.


Lepas tu rasa tak syiok la plak kalo tak beli apa kat Zahra. So, ended masuk FOS dan beli pyjamas untuk dia. Bole pakai raya Haji di kampung nanti.


Dan sebab dah pukul 2, and I have to rush back to Office, tapau Subway untuk lunch.


Yeay, saya sangat suka hari ini. Bershopping memang satu therapy. Ngeeee.....

6 ulasan:

  1. wah wah wah.. perabih duit betul ko ye..
    blaja jahit elok2 ye.. esok lusa aku nak tempah dress utk ayna nih.. a muslim dress.. buleh ka?

    BalasPadam
  2. hehehe.. mission untuk membeli buku ngan kasut mmg dah set dalam kepala bila dapat gaji Nov ni.. ekekek.. aku try jahit for Zahra dulu. Dah lulus, aku bukak untuk tempahan.. chewah.. :D

    BalasPadam
  3. neeza apsal rumah i yg blkg mines ni tatau pun belah mana pesta buku tu?kat mines convention tu ehh?
    cotton fren tu harga berapa?esok ada lgi x?rak belah manaaaa?cpt laa nak beli ni....

    BalasPadam
  4. mai, yup kat mines convention cntre. their banners are all along the road tapi mungkin jgk tak prasan sebab bhasa cine.. heheh..

    cotton friend tu kat store name Green Fiction. if u enter from the main entrance, stall betul-betul belah kiri. satu buku setelah diskaun adalah rm22.80. Murahkan!!! ada satu blog jual rm45 sebuah (i think u know blog sapa). ada 6 version berbeza. ok cepat pergi beli.. hehehe. i try cari cucito tapi pening la pusing-pusing dalam tu.. :)

    BalasPadam
  5. cucito ada kat borders..tadi i nampak. haha tau2 blog sapa.but then cucito dah naik harga gak. dulu 23.50 apsal now ni dah 25.50 tpi still ok la. eh now tgh winter season kot..ehhh i nak gi esok laaa xsabarrrrnyee..jap jap cotton friend tu price asal berapa?

    BalasPadam
  6. harga asal rm28 cm tu. borders jauhla plak nak pergi.. erm..

    BalasPadam