Khamis, 31 Disember 2009

15 tahun yang lalu..

adalah zaman di mana aku berada dalam tingkatan 3. Yer, akak dah 30 (kejap lagi nak masuk 31 tahun) adik-adik sekalian.. heheh.

Tingkatan 3 dimulai dengan kekecewaan dan ketidakpuasan hati. Sebabnya, aku ditempatkan di kelas nombor enam (out of 9 classes) yang ada. Batch kami agak besar: ada lebih kurang 300 orang pelajar. Sedari Tingkatan 1, biasanya aku akan berada dalam kelas no2 atau no3 ikut pencapaian dalam tingkatan (kelas No1- memang kelas top la (pelajar terdiri dari no1 ke 30 dalam whole batch) suddenly bila masuk F3 kena campak kelas no6 eventho kedudukan aku masih among top100 (ahaks) dalam tingkatan. Dah la F3 ni tahun ada major exam, so memang mula tu agak tertekan jugakla.

Mula masuk kelas, budak-budak dalam kelas tu semua tertanya-tanya, betul ke aku kena masuk kelas diorang, and I just smile and diorang pon welcome aku dengan melantik aku menjadi Ketua Kelas. Ok, good start: they respect me.. heheh. Hari ke hari, minggu ke minggu, dan seterusnya, aku seronok duduk dalam kelas bersama mereka. Anything they'll refer to me: nak tanya pasal matematik, sains, kemahiran hidup pon, semua refer kat aku. Tiba-tiba terasa menjadi orang penting: yelah selama ni di kelas atasan ada orang lain yang lebih terserlah, so aku dok belakang diam-diam jelah. Lebih best, tiba-tiba je aku boleh dapat No1 dalam kelas.. hahaha.. (sekali lagi, kalo kat kelas atasan ni macam dalam mimpi jelah..) dan aktiviti-aktiviti mengarut seperti buku lirik lagu, koleksi gambar artis, menari tarian 4u2c, feminin, kru dan elite lepas waktu sekolah.. hahah - kesimpulannya, F3 memang best la.

Tapi bila masuk F4, aku masuk Science Class, di mana 70% daripada mereka masuk ke kelas aliran sastera, dan lepas tu memang kami lost touch sehinggalah.. sehinggalah.. 15 tahun kemudian.. - Kami bergather-gather di Facebook.. GILERLAH.. macam tak percaya je boleh jumpa balik bebudak tu dan bergosip-gosip. Dasyat semua orang, ada yang dah jadi cikgu, lecturer, buat bisnes bakeri, jadi secretary: pendek kata semua jadi orang la.. hahah.

Dan bila dah jumpa balik tu, masing-masing sibukla nak tengok gamba memasing. Hehehe.. And YES, suka aku bila dikatakan tak berubah: dan nampak kurus. wakakak.. Tula untung nye gemuk semasa zaman sekolah- senang nak maintain badan. Bayangkan kalo zaman sekolah, ukur lilit peha sama dengan betis, aku tak rasa selepas 15 tahun ukur lilitnya itu tak berubah.. ekeke..

Ni aku 15 tahun lepas, hari terakhir persekolahan di mana weol gi lepak McD Ipoh: gambo purposely difade sebab nak nampak lebih vintage.. hahah. Btw, ni bukan gambo aku ngan budak-budak kelas comot tu.. just nak tunjukkan saiz badan dahulu (di mana sekarang lebih cantik.. ekeke)..


OK. Dah. Yang muntah darah tu sila bersihkan sendiri muntah anda. Hehehe ;)

Guys, the above giftaway still open. Cepat masuk, mana tau boleh berwangi-wangian di tahun baru (HugoBoss tu sangat sedap baunya tau..)

2 ulasan:

  1. hehe..nostalgia nye, zaman skul la yg paling best!

    mkn kat McD tu dh kira gempak la kalo lynn..nak2 kalo cikgu yg blanje. hehe!

    p/s: sy x muntah..uuu...

    BalasPadam
  2. lynn, weol gi mcD tu pon sbb last day skull. kalo hari biasa mana mampu nak makan situ (sampai sekarang masih rasa tak mampu makan mcD.. heheh)

    BalasPadam