Sabtu, 12 Disember 2009

Apabila ditimpa musibah

I hope what I'm trying to write doesn't insult anybody nor membuka aib seseorang.

OK, sebagai manusia biasa yang jauh daripada menjadi maksum, kita mesti ada perasaan tak suka kat orang. Dan orang yang kita tak suka tu ada di mana-mana. Dan bagi aku, salah seorang manusia yang aku 'tak bape nak gemar' is one of my officemate. Dasarnya, kami tak de apa pon urusan kerja yang bersangkutpaut. Dia unit lain, dan skop kerja dia juga lain. Tapi tula, orang cakap, kalau nak bercakap tu, mulut jaga sikit. Mula dulu, aku respect dia, sebagai seorang berjawatan tinggi (setapak lagi nak nak ke jawatan utama sektor awam) dan berprofesyen mulia. Tapi bila kena tegur macam, "I tengok pegawai sains lain semua balik lambat, but U sharp, on time, eh", waktu tu aku dah rasa macam nak jawab, 'Eh, lu apa hal. Wa ada life, occay'. But I ended pergi dengan senyuman sahaja. And in other occasion, setelah lama tak jumpa, dia bole plak tegur, "Lama tak nampak U, ingat dah pindah tempat lain".

Ok, mungkin aku ni sensitif tak tentu pasal lantas hal sikit-sikit macam ni pon nak terasa gile babeng, but sekali lagi aku nak cakap, if you dont have nothing to say, better diam dari kata-kata itu memanah hati(!). So, sebab dia bukan bekerja sama unit dengan aku, atau sama profesyen dengan aku, dan juga bukan orang yang akan evaluate my LNPT, so I dont give a damn. But, seboleh-bolehnya memang avoid la dari berjumpa atau ada apa-apa connection dengan dia. Prinsip aku senang, aku tak suka engkau, so I'm not going to bermuka-muka like saying "Eh, cantiknya baju U hari ni" sebab being fake is so not me. Even kengkadang dia bawa makanan pon aku tak jamah, sebab aku tak suka.

Lepas tu, memang lama tak nampak dia. Until baru ni, other pegawai bercerita yang dia sakit. Sakit agak teruk juga- she's having cancer (baru detect) and right now have to under-gone chemo treatment.
Tiba-tiba aku tersentak. Terasa terdetik dalam hati. Suatu penyakit yang sedih dan menakutkan. Dan treatment tu aku penah lalui. Rasa nak pergi melawat sangat-sangat. Tapi pegawai tersebut berpesan jangan dihebohkan tentang penyakit beliau. Dan aku pon tak tahu apa yang perlu aku buat - sekadar berdoa, agar dia tabah dengan ujian dari Allah ini dan kembali sembuh seperti sediakala. Walopun aku tak suka kat dia, tapi aku harap dia benar-benar sembuh, sihat dan menjalani kembali kehidupan seperti sediakala.

*** Sedikit remark tentang sakit / atau apabila ditimpa musibah: (Ini aku rumuskan dari satu ceramah agama yang aku dengar).

Sebenarnya kalau kita sakit atau ditimpa musibah adalah perlu untuk kita memberitahu kepada orang yang mengenali kita - sedara mara, ofismate, jiran tetangga. Bukan berbangga dengan musibah yang melanda tapi apabila kita memberitahu perkara tersebut kepada orang lain, ianya akan memberi peringatan bersama di samping orang akan mendoakan yang terbaik untuk kita. Even dia hanya cakap, Ya Allah, semoga semuanya akan selamat, juga adalah satu doa. Dan sekiranya sakit tersebut berakhir dengan kematian, besar kemungkinan hutang/dosa lama sesama manusia dapat diselesaikan. Sempatla kita nak memohon maaf, halal makan minum waktu kita tahu kita tengah sakit bertarung dengan ajal. Compare tu mati mengejut, mati sakit adalah lebih berkat. Wallahua'alam.

2 ulasan:

  1. hmm..baik le jumpa dia b4 terlambat. tak semestinye ikut kata hati tu 'mati'.

    BalasPadam
  2. hajat hati memang nak melawat.. tapi dia tak nak terima pelawat la.. ermm..

    BalasPadam