Rabu, 2 Disember 2009

Macamana nak memulakannya…

Sambungan sedikit cerita yang lepas..

Masa aku down and torn-apart, my SIL suggested supaya aku melakukan solat sunat, specifically solat malam iaiatu Tahajud dan Hajat, OK. I’ve done this before while in Uni. Itu pun sebab aku berkawan dengan Su (cerita pasal Su penah ditulis disini). Bagi aku Su memang sangat baik la, yelah, bertudung labuh tapi tak sinis untuk berkawan dengan aku yang free-hair, berseluar Capri dan bert-shirt kecik (hehehe). Result xm kami hampir sama iaitu tak la cemerlang sangat ~ png2.6 ke bawah. Aku selalu serabut dengan result yang tak best itu tetapi Su macam relaks je. Aku risau sebab takut tak dapat keje after Grad, nak buat Master plak rasa cam tak layak, tapi Su sangat positif saying that ‘Rezeki dari Allah, ko jangan risau. Ko kalo bangun study malam, buat la Tahajud atau Hajat’. OK. Waktu tu rasa macam sangat ragu-ragu. Solat malam? I’ve never done this in mylife ever. Aku bukanlah dibesarkan dari keluarga yang warak. Bersekolah pulak di Missionary school sampai habis SPM. But since there’s no harm trying (to Solat Malam) aku pon belilah buku-buku solat sunat and start to pray. Takla terlalu disiplin but buat sekadar mana aku rasa nak buat. Dan habis je degree aku dapat offer jadi Cikgu m.rsm, then at the same time aku sesaja apply to further study, and again, Alhamdullillah, dengan result yang tak best tu, my application was accepted with full scholarship. Bila fikir semula tentang perkara ini, aku yakin inilah kuasa Doa. Su pun lepas degree masuk maktab buat KPLI. Bercerita pasal Su, aku memang betul-betul lost contact dengan minah ni. Cari dalam FB pun takdak. Wei, mana ko pegi haa?

Ok, back to topic- macamana nak memulakannya? Aku memang nak buat solat malam (seperti yang disuggestkan oleh SIL) but masalah nya pada waktu itu, aku malu. Bukan malu nak sujud pada Allah swt, tapi malu pada Mat, malu pada laki sendiri (ahaks). Seperti yang aku keep on mention, aku bukanlah well-verse sangat pasal isu agama ni. Aku macam bimbang Mat akan accuse aku as berpura-pura- dah sakit baru nak bangun malam bersolat, but at the end bila aku cakap kat dia, malam ni saya nak bangun la bersolat, he replied, ‘patutnya dari awal hari tu lagi awak dah buat. Tahajud is good, especially dalam menyembuhkan penyakit kronik’. Hahahah, waktu tu rasa nak gelak guling-guling sebab aku bole pulak mengadakan perception yang Mat akan menempelak atau menyindirkan aku yang berniat nak bersolat malam. Heheheh.. dah benda baik takan cik abang nak halang pulak kan.. ekekekek..

Ini adalah buku yang aku beli masa nak kembali bersolat malam (time sakit waktu kemo) – Solat Sunat: Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini, karya Ustaz Abdul Rahman Mohamed.
Satu buku yang sangat bagus, penerangan dengan terperinci diikuti dengan situasi related to keadaan semasa. Antaranya ia bercerita Mengapa kita perlu berSolat Sunat? Tidak cukupkah hanya dengan Solat 5 waktu (Solat Wajib). Well, solat wajib adalah sesuatu yang dimestikan: by hook or by crook you have to do it. Tak de alasan untuk tidak bersolat (even sakit lumpuh pun, kegiatan solat masih wajib terhadap individu tersebut). Manakala solat sunat, nak buat OK, tak buat pun tak pe. Macam kita kena bayar yuran kebajikan RM20 sebulan. RM20 memang wajib bayar sebulan tersebut (paksa atau rela), tapi kalo kita bayar lebih lets say RM50, maka RM30 adalah sumbangan ikhlas. Sama dengan konsep solat, solat sunat menunjukkan kita lebih ikhlas menyembah Allah swt, bukan kerana keterpaksaan. Wallahua’lam.

2 ulasan:

  1. Salam

    Kak, I'm gonna miss you since you are not in the group now.
    Apa2 pun take care ya!!

    Utk memulakan perkara kebaikan utk memang banyak halangan, terutama dari diri sendiri. Tapi bila kita dah mulakan, kita akan sentiasa meridui saat bersama dgn Pencipta kita itu.

    Sbbnya itulah waktu yg paling afdal dan paling tepat utk memohon. InsyaAllah, hati akan jadi lebih tenang. Dapat menerima segala dgn lebih positif lagi.

    Saya pun baru je pulang ke pangkal jalan..heheh..

    BalasPadam
  2. yus, hei, stil bole jumpa kat cafe la.. hehehhe..
    you too take care. setiap yang berlaku ada hikmahnya, kan.. lambat pulang ke pangkal jalan is better than tak jumpa jalan pulang. welcome back.. heheheh.. semoga hidup kita lebih bererti apabila kembali kepadaNya. :-)

    BalasPadam