Friday, December 4, 2009

Makan gaji juga satu perniagaan

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang dari perniagaan”.

Dulu, persepsi aku selalu ingat berniaga tu adalah seperti urusniaga jual dan beli, ada akad tapi baru ni Mat cakap, kita ni pun sebenarnya berniaga juga. Hakikat makan gaji, tapi kita sebenarnya dibayar untuk memberi servis kepada orang dan menjanakan ekonomi syarikat tempat kita bekerja. Lets say, macam aku kerja Government, keje hospital la senang cakap, even I’m not directly involve dengan patients’ samples but to make sure all test done accordingly adalah kerja aku. Akad di sini adalah servis yang kita beri. Dan setiap bulan kita akan dapat upah hasil dari ‘perniagaan’ kita tersebut.

Adat berniaga, kalo ko rajin, untung lebih, kalo malas mungkin rugi. Sama seperti konteks makan gaji, kalo kerja dengan ikhlas, insya Allah gaji bulan-bulan yang kita dapat tu berkat dan cukup untuk menyara kehidupan, kalo kerja malas, asik nak mengulor, datang sesaja bukak computer ngadap internet, gaji yang ko dapat masih jumlah yang sama Tapi kurang la berkatnya: dan-dan tula kereta rosak, kena saman, nak kena ganti itu, ini, and the end resulted gaji jadi deficit.

Heheh.. aku cakap ke aku jugak la ni. Jadi sesama la kita memikirkannya, Kalo malas kerja hari tu, dari dok duduk ngadap fb sepanjang hari baik kita cuti, golek-golek ngan anak depan tv- lagi best.. ekekek..

Oh, btw TGIF, yeay!

No comments:

Post a Comment