Selasa, 22 Disember 2009

Tidak ramah



Zahra bagi aku adalah seorang kanak-kanak yang tidak ramah dan sangat pemalu dan agak pendiam. Sepatah ditanya sepatah la dijawab; berpatah-patah ditanya, akan dijawab dengan sepatah juga (ikut mood: kadang-kadang dia wat ignore sahaja).

Penakut dengan orang pon ye jugak walopon lebih dari 8jam 5hari seminggu di-spent di taska. Paling takut adalah orang lelaki, walopon bapak sedara sendiri (kecuali Grandpa, Ki, Abah dan AyahSu). Last week kan kami balik kampong naik AirAsia, mentang-mentang la is a free ticket (we paid about rm190 returns flight to Ktganu), time balik tu, AirAsia dengan sewenang nya bole plak bagi kami sit yang berasingan. Bukanla berasing secara scattered gitu, but berasing dalam erti kata lain terpisah melalui lorong (sit C,D,E – sit selorong adalah A,B,C atau D,E,F), dan bila nak masuk tu baru la kami perasan.

At first, fikir tak de problem kot, sebab apa-apa hal pon, Zahra will attached to Mat, so okla kalo aku nak duduk part lorong satu lagi. Tapi masalah bermula sebab passenger yang dah duduk tepi tingkap tu adalah Encik. So, menangis la tak nak duduk cik akak sorang tu. Nasib baik la Encik seorang yang bertolak ansur, maka dia pon amik tempat aku, dan weol finally bole duduk together gather. Sama gak macam naik teksi nak balik rumah. Mula nak duduk ngan walidnya kat depan, sekali nampak driver teksi, dan-dan terus nak keluar nak duduk belakang ngan aku.

Heheheh.. kadang-kadang rasa klakar, tapi aku suka jugak apabila dia tidak ramah maka adalah sangat senang nak uruskan dia- tak la dia semudah itu dia nak follow strangers.

Tapi walopon agak berat mulut, bagi aku vocab dia banyak jugak.
‘Ummi nak dukung. Tak larat nak jalan’- penggunaan tak larat tu agak mengkagumkan
‘Ops, sorry Ummi. Tak sengaja’ – penggunaan tak sengaja itu adalah wow.

ps: Cepat-cepat buat n3 baru sbb tak nak n3 yg sebelum ni jadi highlighter. Hahah...

4 ulasan:

  1. lebih kurang je zahra ngan anak2 saya. nape ek? naluri budak kot..sbb ada org2 tertentu je yg boleh dukung/dekat diorg.

    BalasPadam
  2. sama cam Ayna gak.. takut lelaki yg x dikenali & silap2 boleh nangis.. babah dia kata, bagus jugak.. utk keselamatan dia..

    BalasPadam
  3. lynn n ira,
    betul bagus.. untuk keselamatan dia jugak.. tapi yg payahnya kalo nak g kedai mamak memang tak bole la nak masuk. dia nak nyorok dalam baju kita- takut kat pekedai-pekedai tuh.. huh

    BalasPadam
  4. tapi zahra sangat ramah dengan iQa kan?? hahaha sampai takmo berenti dia main kat tangga ehehehehe

    BalasPadam