Jumaat, 22 Januari 2010

Kemelesetan ekonomi

Berita terhangat di pasaran. Macam-macam spekulasi yang dibuat: minyak naik ke rm3 start Mei 2010 ni, untuk penjawat awam pulak elaun COLA akan dimansuhkan, elaun perumahan mungkin dipotong, apa yang pasti harga gula memang dah naik, begitu juga dengan Roti Gardenia yang sedap dimakan begitu sahaja. Apa pun, semua speku kekal propa selagi tiada pengumuman yang sahih dibuat.

Kemelesetan ekonomi seperti ini mengingatkan aku kepada zaman sekolah dulu. Zaman 80s approaching to 90s memang agak sempit la- at least for my family. Papa work very hard – lepas mengajar, malam-malam bawa ‘prebet sapu’. Mama pon buat banyak kerja: jaga anak orang, buat nasi lemak (yang aku pon pakat-pakat jual kat sekolah) and on weekends, gi cuci rumah orang. Banyak mende yang kena sacrifice waktu tu. I remembered my class nak buat rombongan ke Cameron Highlands after UPSR. Semua seronok nak pegi, but too bad, aku tak bole pergi sebab Papa cakap rm20 for the fees is too expensive. Sama jugak time dapat jadi Prefect on form3, nak buat blazer semua tu kena bayar rm150, Papa tanya, kalo tak jadi Prefect tak OK ke? I was like, mesti tak bagi ni.. rupa nya tidak.. dia hanya tanya sahaja and later at that night, he signed surat setuju perlantikkan and handling me over the rm150. Hehehe.. Semua adalah kenangan kisah dulu. Kenangan yang mengajar aku tentang value of money. Sekarang Alhamdulllilah, keluarga kami hidup dah senang.

Orang kata, duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit. Ada sedikit kebenaran di situ. Tapi kena yakin jugak, selagi kita tidak putus mengingati-Nya (jaga solat lima waktu, amal maaruf, nahi mungkar..), insyaAllah, Dia juga tidak akan lupa pada kita.

Namun, apabila ura-ura itu-ini nak naik harga, elaun itu-ini nak kena potong, satu keluhan halus dilepaskan di situ. Harapannya, speku kekal sebagai propa: so that bole la aku apply itu cuti tanpa gaji menjaga anak selama setahun (atau lebih). Ekekeke…

4 ulasan:

  1. salam kak neeza,

    takpe, insyaallah..bila tiba waktu segalanya bagaikan mahal dan naik harga, kita semua akan survive dgn naturalnye. kita akan berbelanja mengikut kemampuan. dan siapa sangka tanpa disangka2 rezeki Allah dtg mencurahi kita yg kuat b'tawakkal ni..insyaallah.

    BalasPadam
  2. '..duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit..'

    ye, itu satu kebenaran yg harus & WAJIB kita terima n faham kan Neeza..? :)

    BalasPadam
  3. ye nieza..
    jadi macam aku plak sekarang... rasa semua benda mahal. ye lah kat tempat kita semuanya mampu dibeli. bila kat spore ni aku rasa semuanya mahal. sebab asik nak compare dengan harga di malaysia. tak habis2 dok imagine, malaysia di sebelah jer. tapi kenapa la harga barang jauh sangat beza!

    dengan aku cuti tanpa gaji ni...aku setuju ngan Lynn...bila da terpaksa, buleh je nak berbelanja mengikut kemampuan...

    BalasPadam
  4. ngah. i think u hv to add one more fact ;; tiba tiba, sya lahir. family pun mcm bertambah susah sbb ada lagi sorang. hu hu hu

    BalasPadam