Rabu, 13 Januari 2010

Pengalaman berpantang

Sebab anak pertama dan tak de experience dalam melahirkan dan surrounding yang agak moden, kaedah dan method berpantang banyak aku pelajari daripada internet. Fuh, semangat sungguh waktu tu- semangat nak dapatkan kembali bentuk badan sebelum mengandung. Hehehe..

Persediaan berpantang:

1. Bengkung

- aku beli OPPO Abdominal Binder kat pharmacy Watson: masa tu ada discount 50%. Kenapa beli bengkung ni, sebab aku baca kat satu blog ni dia pakai bengkung zap-on jer: tak pakai bengkung yang ikat-ikat tu dan sangat senang kalo nak ke toilet dan sebagainya. Dan sangat la berbaloi, sebab aku pakai dari hari ketiga (lepas bukak plaster di perut di hospital) sampai ke hari akhir pantang. Macam dah dirancang pulak, bengkung zap-on ni juga sesuai untuk mereka yang beranak secara C-zer.

Selain pakai bengkung ni aku pon pakai girdle Avon (yang beli masa nak kawen dulu).

Bersungguh-sungguh ni sebab nak perut kembali kempis selepas beranak. Aku admit aku penah gemuk: namun walopon dalam keadaan berbadan besar, perut aku tak la menggeleber loose macam tu. And my definition of cantik adalah body smart iaitu perut kena kempis. Tak kira la ko gemuk ker, ko kurus ker, ko akan cantik kalo body ko smart. Macam pengacara cerita Sugar channel AFC, dia agak berisi jugak tapi perut dia flat giler. Best la bagi aku body macam tu. Heheheh..

Lepas pantang pulak, aku pakai body corset set ni- Nano Body Shaping:

Senang sangat nak bf Zahra especially kalo nak nursing in public (nip) sebab dia macam baju dalam tapi agak melekat so kalo selak orang tak nampak perut aku yang horror itu. Hehehe.. Benda ni pon antara barang yang halal la yang aku beli: pakai sampai la disahkan pregnant baru ni dan stop pakai bila perut start gatal-gatal.

2. Polliney Pati Ikan Haruan
-yang ni mula aku beli sedozen jer. Konon nak makan untuk 12 hari pertama sahaja. Sekali tengok kena C-zer, I asked Mat to add another 5 packs (1 pack = 6 ketul). Yes, aku makan sebiji sehari selama 42 hari dari hari kedua melahirkan Zahra. Rasa dia, for me ok jer: tak sedap tapi tak la tak sedap langsung sampai tak bole makan.

Untuk baby-belly, aku plan nak beli Sup Ikan Haruan ni:

Kat Hospimart ada jual: satu tin rm16. Tapi nampak cam horror pulak sebab ikan tu nampak seketul-seketul.

3. Set Lepas Bersalin Tropical Herbs Amway
Tak.. aku tak beli apa-apa set bersalin, but SIL did. Dia beli set ni, tapi tak pakai dia punya Campuran Peramping Perut (tapel) dan Campuran Penenang (pilis). So, she gave it to me. Since dah dapat free tu, aku pon pakai la sehingga habis paket-paket yang ada (15 paket semua kalo tak silap), tepek-tepek kat dahi dan kat perut after mandi (sebelum wrap dengan girdle dan pakai bengkung). Hehehe.. tak de keje kan..

4. Pil Kacip Fatimah Orang Kampung

Yang ni aku beli 2 botol sebelum bersalin, dan Alhamdullillah, selamat makan semua. Beli yang 60 kapsul sebotol, satu hari kena consume 4 biji (2 pagi, 2 petang), cukup untuk 30 hari makan. Kenapa aku beli pon sebab aku baca kat internet. Kesannya, entah la. Hehehe..

5. Halia muda dan lada hitam
Ni lepas bersalin aku suruh Mat beli kat K4. Punya banyak dia beli, tapi bagus jugak. Halia tu aku memang wajibkan ke atas setiap masakan aku: sup sawi dan ikan bakar lumur halia. Lada hitam tu pulak aku makan macam tu je sesambil cecah dengan nasi putih.

OK, kembali kepada kisah berpantang: aku tak berpantang di Ipoh, di rumah mama TAPI berpantang di rumah mertua- Kuala Terengganu. Sebab nya, Mat ada course di Instep, KT selama 2 minggu, starting from 22 April. So, aku nak ikut stay ngan Mat.. hehehe. After keluar hospital, aku stay kat my SIL house for a week, then flew to KT on the 20th. Mat arrived on the 21st pagi tu.

Pengalaman berpantang di kampong (dan di rumah orang) memang sangatla menyesak jiwa. Mat memang banyak membantu: mandikan Zahra every morning. Tapi Mat was there for two weeks je, and after 3 May, Mat balik Putrajaya and I was left to stay for another two weeks. Both my PIL adalah tua dan agak uzur: MIL tak berapa gagah manakala FIL pulak memang kurang upaya (dia kena stroke, so one of his hand memang tak boleh gerak). Luckily ada Makcik Moh, yang jaga makan minum aku, dan mandikan Zahra setiap hari.

Tentang makanan, every morning aku akan breakfast Oat+Milo. Lunch depends, kadang makan nasi, but most of the time makan sup sawi + halia + lada hitam, yang ni memang aku akan makan banyak la (2 mangkuk paling kurang) dan ratah ikan bakar. Petang makan biskut semula. Sebab susu mengalir macam paip bocor, so, antara aktiviti aku waktu pantang adalah mengepam susu. Masa ni memang tak involve langsung dengan forum dan pengetahuan tentang bf juga setakat pamphlet dari APSH, yang aku refer sampai naik lunyai.

Lepas dah perah susu, mesti la rasa dahaga kan. Pantang orang melayu kan tak bole minum air, bagi kes aku pulak, aku bole minum sebanyak mana air yang aku nak minum tapi must make sure air tu adalah air panas bukan suam. Memang suffer memula nak minum air panas yang berasap-asap tu, tetapi lama-kelamaan, aku immune minum air panas tu. Bole jugak la aku minum segelas geduk-geduk air panas.

Kampung pulak adalah super panas: ni yang aku cakap ketiak ku hangit hampir setiap masa (hehehe), dengan susu yang asik nak mengalir jer. Argh.. tensi! Bayangkan la kena minum air panas dalam cuaca yang panas.. huh. Tapi walopon cuaca super panas, aku rasa aku masih gagah sebab setia memakai stoking 24-7.

Btw, aku tak berurut mahu pon bertungku. Tak de sapa nak cara. Hehehe.. Lagi pon beranak C-zer kalo tak tungku pon tak pe: peranakan tak lari.

Ok la, tu je story aku berpantang hampir sebulan di kampong. Dan berkat dengan disiplin diri yang tinggi, aku berjaya turun hampir 12 kg (berat semasa melahirkan 67kg, lepas pantang adalah 55kg).

Kali ni weol masih keliru- kat mana nak beranak dan kat mana nak pantang. Nanti cerita lain la.

6 ulasan:

  1. thanks for the info! Saya pun tengah berdebar n sibuk2 nak prepare nak pantang ni, insyaallah deliver in early Feb. Tak ada pengalaman dan mungkin pantang sendiri2 kat rumah sebab takde orang yang akan menjaga sangat! :)

    BalasPadam
  2. salam kak neeza,

    alkisah..kes kita hampir sama :) anak 1st pun sy b'pantang di umah mertua, sbb nk dkat ngan suami. pakai bengkung zap-zap, cuma bab "paip bocor" je xsama..sob..

    akak try la set lepas bersalin Afiat. Utk ibu-anak ada skali. ada bengkung berempah, tu lynn suka (panas je bila pakai, perut cepat kempis, rahim cepat kecut), minyak utk urut, bedak panas, cucian vagina, mandian serai wangi (harumm..), balm utk pusat baby, ubat periuk, pil herba semasa b'pantang, maajun bwg putih lps pantang. tali pembentan pun ada buuk..heheh!

    tp ni murahnyer..saje suggest, sbb lynn dh pnah pakai.

    rasanya, kalu ikut pengalaman lynn, utk 2nd child ni akak b'salin la kat umah mak akak. mertua lynn pun sorg tak sihat, sorg dh agak tua. diorg tak larat nk jaga 3 org sekaligus (ibu b'pantang, baby dlm hari, and a toddler). sudahnye lynn gak yg mandikan, uruskan berak-kencing, mkn-minum, perangai kakak yg nk manja gak bila tgk adik dimanja -> dua2 anak masa tgh jln b'kepit2 tu. sket je lg nk bentan. bukan apa, nnti tensi..tak elok lak utk kesihatan diri. just a suggestion, mana tau leh apply :)

    BalasPadam
  3. i wish i was in france during pantang2... heheheh

    refer to my post on movie review:sicko

    http://limaunipis.blogspot.com/2009/12/movie-review-sicko.html

    Next, Moore went to France, and interviewed a bunch of Americans living there, and discovered:

    And get this, this really boggles me: if you give birth, the government sent you a nanny to do your household chores and take care of your baby after your delivery for a month FREE OF CHARGE! Gila ke hapa? And even you can request the nanny to take care of your kid, after your postnatal confinement for 4 hours per day, 2 times a week, FREE OF CHARGE.

    BalasPadam
  4. farheaveana, glad this help :-)
    .
    .
    Lynn, tapi pantang sendiri ni pon ok jugak.. as long as orang yg disayangi (cik abang) ada di sisi
    .
    .
    aida, i do read ur post.. tapi betul ker FOC ni.. macam tak percaya jer.. heheh

    BalasPadam
  5. salam kak neeza,

    mmg rasanya mcm okay kalau pantang sendiri. kita plan mcm2. tp bila sampai masanya, rancangan Allah lg kuat. masa nk menerima anak kedua aritu, lynn dh rancang nk b'pantang sendiri kat umah. kami pasang water heater kat bathroom, stock-up mknn byk2 supaya takyah shopping sgt, lynn prepare mknn pantang awal (sangan ikan bilis, prepare halia goreng, lada hitam), beli baby cot ~ last2 kena dok sepital plak jaga anak 10 hari. habis hari2 b'pantang yg awal tu. lynn xcukup tido, rehat, anak plak jaundice takmau turun (G6PD). ingatkan bila blk umah bleh rehat, tp suami dh masuk keje semula. kena jg anak2 mcm biasa. mmg suami ada best, tp masa dia takde kat umah tu? lynn doakan agar semuanya mudah buat akak.

    lynn rasa, regim b'pantang lynn ketat kot. tu yg tensi je bila xcukup tido. siang baby baru tido, tp kakak toddler plak nk main2. mlm kakak tido, adik plak bngun mnyusu smpai kul 4-5am. bila mak nk rehat? hehe..

    BalasPadam
  6. free hapa.. kenapa tak percaya ke? hikhik.. gi tgk la movie sicko tu

    BalasPadam