Khamis, 7 Januari 2010

Pengalaman melahirkan Zahra

Well, saje nak recap detik-detik cemas tersebut, since aku pon tak penah cerita pengalaman itu sebelum ini.

Zahra dilahirkan secara Caesarian section. Bukan plan but emergency.

Kisahnya, my waterbag start to leak at 3am and since waktu tu tak de pon rasa sakit-sakit, so Mat and me just relak-relak kat umah sementara menanti pagi. Plan pagi lepas subuh baru nak bergerak ke hospital. And waktu tu, since dah tahu akan pergi beranak, sempat la kemas-kemas apa yang patut, gelak-gelak minum milo dan makan coklat. And to kill the time, Mat started to browsing the net. And he came across to this article saying that if air ketuban tu dan ada najis (the meconium) then kena immediate admitted to the hospital. So he asked me to go and checked. Air ketuban tu pulak bukan la jenis keluar meluru-luru gitu, dia kluar sikit-sikit macam orang kencing tak lawas, which I have to go to the toilet on and off. And when I checked the condition of the air ketuban, its green, dengan ada ketulan-ketulan hijau kehitaman. ‘Alamak..’, that is the first word coming out from my mouth.

Then, I told Mat, and he asked, ‘Macamana, nak pergi hospital ke tak?’. Since kitaorang kan tak de pengalaman, dan my Gynae pon tak cerita pasal air ketuban hijau ni whatsoever, so memang macam blur-blur. Mat tried to call his Sis, but no one pick the phone. Then I said to Mat, ‘Lepas suboh la kita pegi hospital, sekarang (jam5) pon bukan nye ada doktor’. Dan sebab plan nak gi hospital lepas Suboh, Mat pon cakap dia nak gi solat kat Masjid and asked me to prepare apa yang patut.

When Mat left, my SIL called. I told her the whole things and she urged us to go to the hospital immediately sebab most probably baby bole lemas atau dapat infection eating her own meconium. I was instantaneously scared. Terus rasa nak nangis sebab takut giler kalo apa-apa jadi pada baby. Cepat-cepat siap, tunggu kat depan pintu, tunggu Mat balik masjid. Mat balik, terus cakap, ‘Kak Ma cakap kena pegi hospital sekarang sebab takut baby lemas’. Baru nak keluar simpang rumah, my SIL called again. Dia cakap tak sempat gi APSH, just go to Putrajaya Hospital. So off to Putrajaya Hospital.

Sampai PJH, masuk-masuk je PAC, terus kena leter.. huh. ‘Prenatal check up kat APSH but bila nak beranak gi PJH pulak’, so nurse tu pon agak bising sambil ambil my details bukak buku merah.Then I told her that my waterbag dah leak and ada meconium, dia pon suruh masuk bilik to check baby heartbeat and also nak check jalan dah bukak atau belum. And I hate that procedures (check jalan), sakitnya... Dua tiga kali kena marah dengan nurse tu sebab dia cakap aku tak relaks. Waktu ni memang tensi sangat-sangat. MO in charge pon marah-marah, wondered kenapa datang PJH. Then I asked her, ‘pukul berapa saya dijangka beranak?’. She replied, ‘paling cepat pon lepas Zuhur sebab awak baru 2cm je bukak’. Then aku pon cakap, ‘kalo macam tu saya nak gi beranak kat APSH la.’ Terus la kena marah lagi, apsal tak pergi je dari tadi, sekarang dah dekat jam7 jalan nak ke Ampang jem bla..bla..bla.. Aku pon terus nangis, and kept on saying nak gi APSH jugak. And the first nurse tadi terus cakap dia akan try contact ambulance kalo free nak hantar aku gi APSH, and very lucky ambulance pon free bole hantar aku gi APSH.

Mat kat luar- ruang menunggu PAC tu. Aku keluar dan terus cakap, ‘nak gi APSH - naik ambulance’, and dia (blur) terus tanya, ‘kenapa kat sini tak bole beranak ke?’. Sebab aku menangis-nangis dan tak bole nak explain panjang-panjang, dia pon ikut jelah.

Ini la first time aku naik ambulance pasang nenong-nenong.. heheh. Dalam ambulance dah start rasa contraction sikit-sikit. Rasa jugak la sakitnya tertarik-tarik bahagian pinggang. Sampai APSH dalam jam 8.30am camtu, terus diperiksa oleh my Gynae, Dr Fauziah. She said kalo nak beranak normal, most probably after Zuhur/Asar baru u beranak but since baby dah berak, kena opt for C-sect: takut bahaya pada baby. Aku terus tanya, ‘Bila nak kena operate ni?’, and she said, ‘Sekarang’. Terus rasa tak keruan, sebab Mat tak sampai lagi. Aku tak nak la pergi operate dan Mat tak de. Later Mat pon sampai, Dr explained aku kena gi OT, signed a few forms dan aku pon terus ditolak masuk OT.

Dalam OT pon aku still menangis-nangis (sebab takut any bad thing happen to baby, takut juga dengan procedure nak kena potong-potong tu). Dr Anaes tanya, nak separa ke nak pengsan terus, dan sebab aku masih menangis-nangis tak bole nak cakap, my Gynae terus je cakap, bagi je dia GA.

Dan jam 9.30pg 9 April 2007 Isnin, Fatimatuzzahra pon selamat dikeluarkan mengikut tingkap. Heheheh..

Zahra fresh from oven:



C-sect sakit atau tidak? Bagi aku, bole tahan jugak la sakitnya. Lepas operate, nurse kejut suruh bangun pindah katil dan waktu tu rasa sakiiitnya tak bole langsung nak gerak badan. Dua minggu juga terasa sebu kat area perut.

Hari ni 8 Januari. Ikut EDD, tinggal 5 bulan je lagi aku bakal melahirkan. I’m hoping to deliver normal (vbac: vaginal birth after Caesarian). Yelah, target kan nak 5 anak, kalo kena potong sekali lagi, tak sampai la sasaran tersebut (kecuali anak no3 tu dapat triplets.. hahahah).

OK, itu sahaja kisah suka duka melahirkan Zahra. Nanti cerita pulak pengalaman berpantang: yang boleh tahan hangit nye. Hehehe...

6 ulasan:

  1. ayat ko ni:

    C-sect sakit atau tidak? Bagi aku, bole tahan jugak la sakitnya. Lepas operate, nurse kejut suruh bangun pindah katil dan waktu tu rasa sakiiitnya tak bole langsung nak gerak badan. Dua minggu juga terasa sebu kat area perut.

    haiyaaa so trueeee laaa.... yang part kena kejut pas operate tu, aku ingat aku dah mati.. seriously!

    BalasPadam
  2. salam,

    mm..menarik gak. tak sangka ye nurse putrajaya sampai hati nk marah2 org yg dh nk t'beranak..

    masa lynn beranakkan muaz aritu pun, bidan dok tengking2 soh teran. masa anak 1st takde plak, lemah-lembut mendodoi. nasib la kan..

    so, utk anak 2nd ni, hrp2 akak cepat2 la pi spital ye walopun air ketuban kuar sket2..heheh!

    BalasPadam
  3. Some government servants memang kerek la. Especially when they have control over things. So this time around nak bersalin kat mana?

    BalasPadam
  4. i pun bersalin dgn drF gak kat apsh. dia best kan?dia pandai tenangkan i bila kita panic. yes, bersalin csect sakit nye ialah "after" & bukan "during" mcm org bersalin normal.for me, paling sakit masa first time nk buang angin tu.selagi tak kentut,doc kata tak leh makan. fuh..gigih betul nk kentut sebab dh lapar.and lg satu time sakit was masa first time nk mengiring utk bf baby.sakit bukan kepalang.

    BalasPadam
  5. aida, betul tuh. aku pon bila terjaga terus nk tgk bawah: kaki aku dah kena potong ke ada lagi?! lepas tu terkial-kial nak pindah katil.. nasib la nurse jenis tak marah-marah.
    .
    .
    lynn, ada hikmah jugak beranak kat apsh.. nnt cerita lain bab itu.
    .
    .
    farrah, tu la sesetengah orang.. well now tgh contemplating nak bersalin swasta or gov.. later will decide.. heheh
    .
    .
    pu3, apa pon c-zer memang sakit la.. sesapa kata tak sakit, jom kita pigi potong prut dia.. heheh

    BalasPadam
  6. salam kenal..tertarik dengan post nih..actually jenjalan tetiba terjumpa..anyway..alkisah kita pon post c-sect 8months ago..ehm sekarang baby first dah umur bape ek???
    ehm alkisah putrajaya..ehm iye kita pon mengalami pengalaman yang busuk dengannya..dan kebetulan kite baru membebel pasal tu kat blog kite..silalah jengah kalo rajin..hehehe...

    BalasPadam