Friday, February 5, 2010

Drooling over Panasonic lumix GF-1

Avatar
Pesona hibrid Lumix GF-1PDFPrintE-mail
Thursday, 24 December 2009 23:24
Written by Mohd. Hazli Hassan

KECIL, mudah digunakan dengan lensa yang mempunyai pusingan fokus yang laju antara kehebatan yang ada pada hibrid kamera lensa tunggal refleks digital (DSLR), Panasonic Lumix GF-1.
Walaupun Panasonic baru sahaja mengumumkan dua kamera yang menggunakan teknologi Micro Four Thirds sejak dua tahun kebelakangan, reka bentuk serta teknologi yang diperkenalkan melalui Lumix GF-1 membuatkan konsumer mahu Panasonic meneruskan pembangunan teknologi kamera hibrid itu.

alt

Walaupun pada ketika saingan terdekat yang juga rakan industri, Olympus memperkenalkan hibrid mereka EP-1, Panasonic nampaknya tidak gusar.

Ini berikutan, Lumix GF-1 yang sarat dengan teknologi masa kini mempunyai kelas yang tersendiri dan tanpa perlu bersaing dengan apa yang disediakan pada EP-1.
Malah, pelancaran Olympus EP-2 baru-baru ini juga tidak menggugat prestasi semasa Lumix GF-1 menurut kata pengguna hibrid DSLR ini.

Apa yang pasti, Lumix GF-1 mampu terus bertahan dalam tempoh dua tiga tahun sebelum model baru dikeluarkan.
Ini berikutan, ciri-ciri yang dipertingkatkan pada Lumix GF-1 masih tidak dapat ‘dilawan’ oleh EP-1 atau EP-2 di mana lensa dengan fokus yang lebih laju memberikan trademark utama Lumix GF-1.
Turut didatangkan dengan lensa kit Pancake 20mm F1.7 atau 14-45mm F3.5 - 5.6 O.I.S., untuk Lumix GF-1 berada dalam kelas tersendiri.

Selain itu pengenalan flash bina dalam yang kini membuatkan jurutera Olympus ‘pecah kepala’ memikirkan cara untuk mereka bentuk hibrid mereka, menjadikan Lumix GF-1, satu-satunya hibrid DSLR lengkap tanpa sebarang pilihan aksesori tambahan.
Menjadi pelopor penilik pandangan elektronik (LVF), penggunaan aksesori tambahan ini mampu memberikan pandangan 202,000 dot dengan 60 pusingan sesaat dan sedikit pembesaran sekitar 1.04x.

Lebih menarik, LVF Lumix GF-1 ini juga mampu ditolak ke atas bagi membolehkan pengguna merakamkan gambar dari sudut yang sukar.

Reka bentuk yang menarik, elegan serta mudah dikendalikan menjadikan Lumix GF-1 antara rebutan jurufoto amatur mahupun profesional.

Dengan berat 456 gram, ia menjadi kamera gantian kepada jurufoto profesional untuk bantuan jika sesuatu terjadi kepada kamera utama mereka sewaktu melakukan tugasan penting.
Ini berikutan, Lumix GF-1 walaupun kecil menggunakan sensor Micro Four Thirds yang memberikan 12.1 megapiksel efektif.

Selain itu, pengenalan butang satu sentuh rakaman video definisi tinggi (HD) juga memberikan kelebihan kepada pengguna tanpa perlu menukar dail ke rakaman video yang mampu merakamkan HD 1280 x 720.

Sehingga kini, Lumix GF-1 mampu menggunakan 6 lensa Micro Four Thirds Lumix G sedia ada yang lebih kecil dan ringan berbanding lensa konvensional yang lain.
Malah, Lumix GF-1 juga turut boleh menggunakan lensa Leica DG dan lensa Olympus tanpa perlu menggunakan pemadan.

Lebih menarik, pengguna Lumix GF-1 juga turut boleh menggunakan lensa Leica D, Sigma dan Olympus Four Thirds dengan pemadan DMW-MA1 manakala pemadan MA2M dan MA3R mampu memberikan kebebasan untuk menggunakan lensa Leica M atau R.

Apa pun, dengan perlumbaan hibrid DSLR sekarang, Panasonic akan mengeluarkan tiga lagi lagi lensa Micro Four Thirds baru untuk tahun hadapan di mana menyaksikan 100-300mm F4-5.6 OIS, 8mm F3.5 fisheye dan 14mm F2.8 bakal menjadi rebutan pengguna Lumix GF-1.
Layari
www.panasonic.com.my/lumix untuk sebarang informasi terkini Lumix GF-1.

alt

alt

alt

Taken from : Pesona hibrid Lumix GF-1




******
Local price is rm2600. Sungguh la dslr ni menawan hati.. huhuhuh... one of my 2010 wishlist (che che..)

No comments:

Post a Comment