Selasa, 2 Februari 2010

To close or not to close?

Kesian.. you’ve been neglected.. mummy got new baby, so this baby yang satu ni dah kena abandoned.. ekekeke… nanti bila real baby dah pop out, mahu pulak dua-dua ‘baby’ kena ignore.. huhuhu..

Seriously aku tak tau apa nak tulis (di sini). Sebab aktiviti hidup aku memang lame. Weekday kerja from 8-5 (jika tidak cuti, el atau mc) manakala on weekend duduk rumah menjahit, tak pun merayap shopping mall, cari makan.

Bercakap pasal cuti, mc dan el, sepanjang bulan Januari, I’ve successfully taken 2 days cuti, 2 days MC, and an EL semalam sebab taska tutup due to hari Wilayah (tapi semalam adalah Februari so tak masuk kira dalam bulan Januari). Mood bekerja memang agak mandom gitu. Kerja ada, banyak jugak: few documents to be done, purchasing, round ward check temperature peti ais/waterbath, tapi mood tu kureng skit. But of course bila dah ada kat office ni, I’ll do my work la kan (that’s the reason kenapa la blog ni berlumut sebab agak busy jugakla).

Sebenarnya kan, lately rasa macam nak tutup je blog ni.. hehehehe.. sebab nak jadi seperti orang biasa sediakala. Bajet ala celebriti la pulak.. ekekek.. tapi memang terasa fame pon sebab last week I went to Alamanda dengan comot-secomot-comotnyer, dengan Zahra yang suddenly throw tantrum (tiket parking punya pasal.. kalo diingatkan ‘geram’ datang balik.. hish), suddenly ada orang senyum dan menegur, ‘hi, neeza yer?,’. and I was like being very blur, just senyum dan blah camtu jer.. To who ever you’re are, I bet you’re reading this, ‘Maaf banyak-banyak..’ Realitinya aku memang ‘agak lambat panas’.

Dan, bercakap pasal kawan-kawan, reality nya jugak, kawan aku memang tak banyak. Berapa kerat jer yang bole dikira dengan jari. Boleh dikatakan 80% kawan yang sediada adalah kawan-kawan yang in current situation (like university, hostel, tempat kerja) dan bila aku berpindah, that’s it, bermula fasa mencari kawan baru di tempat baru. Manakala lagi 20% kawan zaman belajar di sekolah menengah dulu (you now who you are) yang aku pon tak tahu bole remain sampai bebila atau tidak. And for the time being, my best friend adalah Mat, dan Zahra (yang setia meneman Umi ke mana sahaja sampai tersengguk-sengguk terlentok dalam carseat).

Aku ingat satu kuiz personality yang aku pernah buat:
Soalannya: Which table do you prefer? Round or square?
I chose square. Korang akan pilih apa? (cepat fikir)..
Dan definasi kepada jawapan soalan tersebut adalah, sesiapa yang memilih meja bulat, mereka senang untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, dan sesiapa yang memilih square table, they choose orang-orang tertentu sahaja yang bole berkawan dengan mereka. Which is amazingly, quite true, at least for me la..

Tapi aku tak la sombong, I love to smile, cuma in term of berkawan, hanging out together, gossiping, atau sekadar bercerita tentang diri sendiri masalah dalaman, aku akan memilih orang-orang tertentu yang aku rasa selesa untuk bercerita. So, konsepnyer kat sini agak lari kan.. being keeping to myself and yet, at the same time own an open blog.. heheheh..

I love to write jugak. Seingat aku dari kecil memang ada journal khas. Journal ye, bukan diary sebab 1) tulis occasion yang tertentu yang best sahaja (tak tulis hari-hari), dan 2) tulis occasion yang tertentu yang best sahaja (tak ngutuk orang: sebab sangat la takut kalo journal tu jatuh di tangan orang yang tak berkenaan.. tak ke haru..).

Cita-cita asal pon nak jadi wartawan. Bercakap pasal cita-cita, zaman sekolah dulu memang ada banyak la cita-cita.. yang aku rasa setiap nya pon berjaya (hampir berjaya) dicapai. Pernah bercita-cita nak jadi Pramugari, ended up aku gi interview SIA after SPM, dan seperti dijangka, sekadar di meja temuduga jelah. Hehehe.. kalo aku pramugari, tak de la pulak masa nak tulis blog ni (sebab sibuk nak terbang sana sini).. huhuh. Pernah bercita-cita nak jadi cikgu, ended up aku memang seorang bekas cikgu/lecturer. Sekarang pon masih mengajar secara partime di open-u. Pernah bercita-cita nak jadi statistician, ended up aku belajar statistic minor ekonomi (ekonomi tuh..) sebelum flunk big time dan tukar ke fakulti sains hayat amik microbiology. Tentang wartawan pulak, after degree, aku managed to go for an interview as sub-editor at The Star, siap bawak testimonial tu (bermodalkan 3 cerpen aku yang berjaya diterbitkan di majalah tempatan) but terkantoi dengan interviewer cakap aku waktu tu tengok pursued Master in Microbiology. So kat situ kena reject terus, siap interviewer tu suruh aku habis kan study dan pergi jadi microbiologist. Dan seperti aku pernah cakap, cita-cita masa Tingkatan 5 adalah nak jadi Microbiologist, and I ended being one (walopon selepas matriks, coz yang dipelajari adalah coz yang sangat la berbeza). Tu yang terkadang terfikir, yang hidup ni seperti telah tertulis. Pusing macamana pon, ko akan sampai kat situ juga, bila kat situ memang dah ditetapkan untuk engkau. Ke korang rasa macamana?

Wah.. jauh sungguh dah melalut ni. Dari tak de idea nak menulis, sampai rasa nak tutup blog, cerita pulak hal kengkawan, sampai la ke cerita cita-cita. Berbalik kepada persoalan di sini, will I close this blog? Erm, mungkin tidak (ada orang menarik nafas lega tak? heheh - cheh, bajet macam ramai la pembaca blog ni, kononnya). Sebab aku memang suka menulis, tak kira la ada pembaca atau tidak, I still wanna write. Cuma kalo sesiapa terserempak kat luar tu, buat-buat tak kenal dah la yer.. kawe segan la.. ekekekek… :-)

3 ulasan:

  1. hahahaha hape hape jer la ko nih ekekekeke....

    BalasPadam
  2. hehehe..
    takyah delete la.. tak aktif pon takpe.. at least ada kenangan yg byk kat sini.. boleh baca balik entry yg lama2 ni masa dh tua sok.. :P

    BalasPadam
  3. salam kak neeza,

    terpulang la. kalo rasa nak tutup, silakan. kalo tak mau tutup, lg bagus..hehe! dua-dua pun hak akak.

    semoga bahagia selalu bersama keluarga tercinta. kerana merekalah teman sebenar di kala susah-senang kita.

    BalasPadam