Selasa, 27 Mac 2012

Masalah remaja #konvBidadari

Antara ceramah yg terkesan semasa Konvensyen Bidadari lalu, adalah dr UmmiRose, penaung Rumah Raudhatul-Sakinah, dan Dr Harlina Siraj.

Kedua mereka bercerita perkara berkaitan- Masalah akhlak remaja, pergaulan bebas sehingga melibatkan kepada perkara penzinaan dan pembuangan bayi. Kisah yang diceritakan adalah kisah-kisah benar yang jujur aku kata sangat seriau mendengar. UmmiRose nampak biasa fizikal nya, tapi sangat mengagumkan. Mengorbankan peluang utk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan tawaran biasiswa, demi utk anak-anak remaja yang baginya sangat memerlukan khidmat beliau. "Kalau saya tak sayang mereka, tak ambil peduli tentang mereka, siapa lagi yang nak buat. Kakitangan tak pernah cukup. Dalam perkara seperti ini, saya tak bole pentingkan diri sendiri" .. Tak berjurai air mata dengar. Especially aku yang, at a times quite selfish, asal lepas tengkuk aku dulu tanpa mempedulikan org lain, and she chose to be in community melakukan kerja-kerja yang tak glamer even dpt tawaran yang amat sangat diimpikannya.

Ok berbalik kepada isi kandung ceramah, masalah remaja yang semakin 'moden' ini bukan sahaja melibatkan remaja sekolah menengah, school drop-out, ia turut membabitkan remaja di IPT dan golongan muda yang dh bekerjaya. Pergaulan bebas and open seks adalah sangat bukan luar biasa. Masalahnya, jika remaja masih bersekolah/belajar, maka apabila termengandung, menjadi masalah lantas isi pembuangan bayi terjadi. Berbeza dengan mereka yang berkerjaya, jika mengandung, pergi saja ke klinik2 swasta, sediakan wang dan lakukan abortion. Dr. Harlina sendiri mengakui bahawa pengguguran bayi kadangnya menjadi pendapatan utama bagi klinik2 swasta yang menawarkan khidmat O&G (nk menunjukkan betapa ramai sebenarnya yang bermasalah).

Dan menyentuh pula tentang isu pembuangan bayi, perkara ini memang perkara yang menyedihkan. Dr Harlina turut menyatakan bahawa masalah ini sangat tinggi di Malaysia. Even negara miskin seperti di India, rakyat nya tak buang bayi. Buang disini adalah buang di tong sampah, campak dalam sungai, tinggal kan di masjid atau surau dll. Ini bukan sahaja masalah akhlak tapi satu penyakit masyarakat yang sangat serius. Beliau turut berkata, perkara buang bayi bukan hanya kaum melayu, turut membabitkan kaum-kaum lain, kerana Masyarakat Malaysia sendiri yang memandang serong, menjatuhkan hukum jenayah dosa besar jika seorang wanita yang tidak berkahwin mengandung. Unlike US, jika seorang perempuan tidak bersuami mengandung, sekiranya dia bekerja, dia layak untuk mendapat benefit melahirkan (cuti, panel Doktor, dll) sama seperti wanita yang sudah berkahwin. Masyarakat tidak hukum sebaliknya cuba membantu.

Apa yang Dr Harlina cerita ni, sangat la mengesankan hati aku. Masyarakat kita memang cepat menghukum. Mungkin ada pendapat yang menyatakan jika kita implement law mcm ni, masalah wanita mengandung tanpa suami akan berleluasa tapi masalah sekarang ni, apabila kita tidak menolong dan memberi sokongan, masalah lain yang akan timbul - abortion yang bukan sahaja membunuh bayi malah merisikokan si ibu, dan pembuangan bayi yang disiarkan secara terbuka di surat khabar akan memberi satu imej kepada kita yang majoritinya Umat Islam. Masyarakat kita sedang sakit. Dan perkara ini perlu dirawat. Berapa ramai mereka yang berkahwin di luar sana tapi tiada sebarang zuriat. Alangkah jika bayi yang dibuang itu diselamatkan, diberi kepada pasangan yang sangat menghendaki zuriat, dibimbing dengan baik, mungkin akan menjadi mereka yang berguna kepada masyarakat.

Dan apa UmmiRose dan Dr Harlina kata, dakwah dan wanita memang penting. Sebab kita tunjang keluarga. Anak2 kita yang didik. Tanpa ilmu bagaimana kita hendak mendidik dan mendaawah mereka. Didikan agama memang kena mula dari kecil. Anak-anak kena kenal Islam dan rupa paras Islam sejak dari kecil. Ajar solat, yang perempuan, ajar pakai tudung. Zaman kita tak sama dengan zaman sekarang. Dan jangan tidak amik peduli, tentang permasalah orang lain. Kerana kita punya anak, anak kita akan membesar dan kalau kita hanya pejam mata dengan permasalah akhlak di luar sana, mungkin jika anak kita tidak menjadi seperti mereka, mana tau mereka mungkin berkahwin dengan mereka yg tidak berbapa ini (quote Dr Harlina).

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan