Ahad, 15 April 2012

DVD Konvensyen bidadari

Ok, Konvensyen Bidadari yang saya pergi tempoh hari dah keluarkan DVD dia- 2 hari konvensyen tersebut. Harga Rm200 bole tengok kat FbPage diorg or go to this link.

So, ada yang tanya sebab saya asyik bercerita tentang Konvensyen ni, worth atau tak untuk beli DVD ni, sebab harga pun tak murah kan..

Well, bagi saya yang berada di dalam dewan secara langsung, I would say worth your money, sebab penceramah bukan calang-calang orang. But penerimaan ilmu tu, I cant assure. Macamana ilmu itu bole menembusi hati dan benak seseorang bergantung pada diri seseorang itu juga. Sebab all this while, I am searching food for my soul, titik tolak untuk suatu tindakan: pencetus momentum. I have Mat actually kat rumah yang dah lama berkecimpung serius dalam mencari Nur Ilahi, but I have to say that he is too fast, aku tak dapat nak kejar. Untuk orang yang memang bukan background agama, keluarga pun setakat menitikberatkan yang surface sahaja, untuk sampai ke tahap cinta Allah swt secara hakiki tu susah. Serius waktu tu, aku tak dapat konsep tu sebenarnya.

And Alhamdullillah, sebab niat aku pergi konvensyen ni (2 hari tinggalkan anak-anak) untuk ilmu, aku dapat rasa yang konvensyen ni serba sedikit meninggalkan kesan dalam hati. Banyak la ceramah yang meremang-remang rasa, like the first sesi: Uztazah Fatimah Syarha, dia cakap pasal Wanita Solehah Bidadari Syurga je: 4 orang: Asiyah as, Maryam as, Khadijah as dan Fatimah as. Cerita part Asiyah je aku dah menangis tersesak2. I think orang sebelah pun mesti heran, 'kenapalah dia ni teresak2'. Sebabnya, I am so small, compare to these women, in fact I am tiny compare to Ustazah Fatimah Syarha herself. Muda, tapi ilmu tinggi, masyaAllah. Banyak benda yang dia tahu, yang aku tak tahu, sampai rasa macam kalau la mati esok lusa, apa yang aku nk bagi kat Allah swt ni. Kosong.. takut sangat. Tapi taknak la jadik Al-wahnu- Golongan yang cinta dunia dan takut kematian. Kematian itu pasti, malah patut bersyukur dengan kematian sebab ia menandakan 'exam' dah tamat, dan cuma menunggu 'keputusan' sahaja. Sebab kita nak lulus cemerlang kan - nak dapat Jannah, maka kena ada usaha. Perlu buat sesuatu.. bukan menunggu (hidayah).

Dan tulah, saya rasa Konvensyen ni membuka mata. Tengok budak2 Universiti, so young and so eager with majlis ilmu. Compare to me zaman Uni dulu mana ada. Subhanallah. So, all I can say is, you will get the ilmu (from the DVD) tapi perasaan dia tak sama. Aura berkumpul beramai dengan cas positif semua mahu jadi baik, lain, dengan dok sorang dua depan tv kan.. but you will get the ilmu for sure. InsyaAllah.

Sapa rasa nak beli, beli la. Rm200 compare to the ilmu.. Support product Muslim, dan dapat ilmu jugak. OK. Sekian, iklan tak berbayar.. hehee ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan