Isnin, 9 April 2012

Kem Tahsin Solat (sharing notes)

Alhamdullillah, again last Sunday I was able to attend another Majlis Ilmu. This time around dekat je dengan rumah, jalan kaki jer. Anyway, this is my notes, yang mana sempat amik. Kuliah mainly tentang solat, bagaimana mahu mencapai kusyuk dan diajar praktikal jugak- cara betul angkat takbir, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat dll. Alhamdullillah, seronok sangat sbb bnyk jugak ilmu baru (dan diperbaharui) yang diperolehi. Dulu Penghayatan Solat ni ada dibuat di Masjid Putra, sambutan hebat and I miss that, Alhamdullilah diberi peluang kedua untuk belajar :).

Berikut antara nota yang sempat disalin untuk dikongsikan:
Dalam solat, bacaan kena tartil (bacaan betul dari segi tajwid) Tinggal tartil → Makruh.
Baca laju dlm solat → Makruh.
Bacaan surah lepas AlFatihah: rakaat pertama, surah panjang. Rakaat kedua, surah pendek. Kalau terbalik, pertama pendek, kedua panjang → Makruh.
*Solat sah tidak batal.

Kenapa kita nak perbaiki solat: bacaan, tatacara betul- supaya solat itu 'tinggi markahnya' dan diterima. Tujuan solat adalah untuk membersih diri, menjadikan benteng dr melakukan perkara yg dimurkai Allah swt. Hasil solat itu yg kita mahu, bukan bilangan solat/rakaat. Ada orang solat masih buat perkara mungkar, sbb nya solat tidak sepenuh hati, solat ala kadar, solat sekadar buat, jadi solat tidak dapat menjadi benteng. Tak dapat apa2 di dunia, akhirat lagi la.

Orang yg meninggalkan solat sbb malas menjadi kufur/kafir, boleh dikenakan hukum bunuh mengikut Islam (mazhab Shafiee). Mazhab Hanafi: menjadi orang fasiq bole dihukum disebat dgn kuat dan dipenjara smpi mati.

Solat jika Perbuatan X betul → Bacaan jadi X sempurna → Hati X kesampaian ⇛ X dapat Apa-apa.
X dpt apa2 means Solat tersebut tidak dpt jadi benteng untuk meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah swt. Sbb tujuan utama kita bersolat adalah supaya hati dekat dgn Allah, cinta, takut dan gerun. Dan menundukkan nafsu ikut kehendak Allah swt.

Makruh berfikir ttg hal dunia semasa bersolat. Untuk mendapatkan kusyuk fikir tentang makna bacaan yang sedang kita baca. Sunat kosongkan hati (dr hal duniawi) ketika bersolat.
Kusyuk- faham dan teliti dengan apa yang kita baca.

Solat adalah munajat. Munajat adalah bercakap/berbisik-bisik dengan Allah swt. Stp ucapan kita dlm solat, Allah akan ucapbalas.

Solat tidak boleh diulang. Hukumnya Haram. Maka tetapkan hati dan niat sebelum memulakan solat. Jika terlalai dalam solat (teringat hal duniawi), istighfar dan teruskan bersolat.

Suruh suami solat jemaah di masjid/surau. Isteri di rumah akan dapat pahala yang sama.

Bacaan dalam solat kena betul (eg. Malikiyau mid din Bukan Malikiyau midin). Jika bacaan tidak betul solat boleh terbatal. Sunat berdoa dlm sujud. Sujud shj, rukuk dll tidak boleh. Tidak boleh bercakap dalam bahasa lain dalam solat. Maka kalau mau berdoa, make sure hafal doa dlm Arab untuk lafaz atau doa saja dlm hati (bahasa melayu).
Bacaan dalam solat wajib tahu. Rugi sungguh kalau kita solat dan tak tahu langsung apa yang kita ucapkan. Perkara sia-sia. Solat tak sampai, maka tak dapat jadi benteng untuk elak perkara mungkar.

Jangan lupa doakan ibu bapa setiap kali habis solat. Ajar anak2 kita doakan kita selepas bersolat. 'Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapa kami. Sayangilah mereka sebagaimana mereka telah menyayangi kami ketika kami masih kecil. Tempatkanlah mereka di kalangan orang yang soleh.'

Nabi Muhammad saw bersabda, orang yang mandul bukanlah orang yang tidak punya zuriat. Tapi orang yang punya anak tapi anaknya tidak langsung mampu berdoa untuk nya.

Doa lah apa saja ketika dalam solat dan selepas solat. InsyaAllah, jika diperkenankan, akan dimakbulkanNya. Namun 'ikat doa' dengan statement "jika ini terbaik untukku dunia dan akhirat". Contoh 1: kita doa agar Allah melimpah rezeki dengan memajukan perniagaan. Jika tak 'ikat doa' khuatir Allah makbulkan, perniagaan maju smpi takde masa utk beribadat kemudiannya. Tak berguna akhirnya.
Contoh 2: Parents kalo nk doakn anak. Doa terbaik dunia akhirat. Eg:Aku doakan anak dpt straight As SPM jika itu trbaik dunia akhirat.Jgn utk dunia je. Kalo utk dunia, sat g Allah bg straight As. Dia pi UK, dia kawen matsaleh, convert agama sana. Tak dapat dah apa2 kita.

**Praktikal dan lain2 banyak related dengan buku Mari Menghayati Makna dan Bacaan dalam Solat (which I think a very good reference book).

***

I think that's all perkongsian notes yg sempat sy catit semasa dengar kuliah. Yang mana yang baik datangnya dr Allah swt. Yang mana tersalah atau silap kata tulisan, itu dari saya. Semoga kita semua dapat manfaat insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan