Jumaat, 8 Jun 2012

Priority

Assalamualaikum,

Its been a month since the last post. Nak kata kan sangat busy tu, tak juga, cuma very lately, rasa sayang dengan masa yang teramat sangat. Somehow rasa macam banyak benda yang kita buat, yang aku buat especially, its actually tak perlu and I can use that particular of time to do something else yang lebih bermanafaat, eg. reading ilmiah books, read the Quran or trying to hafaz some of the surah (which is that is what we should do, we are here to do).

Bercakap soal masa, I think most of work at home mother facing this problem jugak. How to manage? Self - house - kids - husband - and that little 'life-support'. Bagi aku, my daily life, masa pagi sangat la crucial. Morning till 3pm. Sebab nak kejar Poslaju datang jam 3 ptg, I have to siapkan order mana patut, then check eml, kalo customer bayar, their order will be out on that day, then nk bungkus mana patut, diselangselikan dengan melayan anak - cook lunch, suap makan, mandikan mereka and whatnots. Kita merancang, tapi semua perkara Allah tentukan. Ada yang kadang lari dari sasaran, dan Alhamdullillah, ada yang ikut cantik je dengan perancangan. And I have to thanks most of my customers, yang faham sangat dengan my kelam-kabut schedule, yang sabar menanti carrier-bila-la-nak-siap. Thank you very much. You guys rock!!!

Dan sebab masa adalah sangat cemburu, I learn one great thing: to prioritize. I think I good at that now. Hehee.. Pentingkan mana yang penting. Teringat dulu, zaman belajar, andai kata kalau esok nak exam, and the room is in a big mess, I will kemas bilik dulu, siap cuci kain apa semua, then baru la mendongak buku. Which then result pun tak la gempak sebab 'bodoh' dalam mengutamakan apa yang patut. Mungkin sebab sekarang ni dah tua, jadi terasa sangat betapa masa tu sikit. Tak cukup, telah banyak dibazirkan dengan perkara-perkara lagho. Perkara-perkara yang tak patut, yang cenderung kepada entah apa-apa. Alhamdulillah, yang lepas dijadikan iktibar. Tak menyesal sebab yakin yang kesempatan tu masih ada. Boleh lagi nk perbaiki bacaan dan hafal surah-surah tertentu. In fact kalau nak dihafalkan the whole Quran tu pun bole, cuma effort kena tinggi, kena sangat tinggi. Takpe, for the time being, I will do which the best I can do. Nak perbaiki bacaan dulu.

Berbalik kepada prioritize, I think by now, apa yang penting is my family, my kids and my little life-support. Yang masih berkepentingan is me to cook for the family. Peranan sebagai seorang emak. Others seperti gosok baju suami, cuci rumah, itu adalah di-outsource-kan (something that I learn masa kerja ngan gomen dulu.. hahaa). I dont want to be a super-powerful-mother-that-do-everything-by-herself. Tak worth (in my opinion). Mengutamakan di sini maksudnya bukan menyelewakan. I still do what I should do: pinggan kena clear from the sink before tido, lepas makan kena sapu, sampah kena buang everyday, bilik air kena bersih. Hygiene kena la dijaga sebab tu perkara wajib dalam Islam. Maksud prioritize kat sini adalah mengslotkan waktu dengan perkara yang penting (disisiNya).

Pendapat aku, people must look at masa as perkara yang tak ternilai, lebih mahal dari segunung intan dan emas. Solat jaga. Masuk waktu, terus sembahyang. Manfaat dengan perkara berilmu, perbaiki Fatihah atau bacaan surah lazim dalam sembahyang. Semak balik makna bacaan dalam solat. Quote dari Utz Hasrizal (Saifulislam.com): Zaman dah makin canggih, ada lagi ke mereka yang masih bersolat dengan pengetahuan solat belajar masa umur 15tahun dahulu? Telefon nak baru, kereta nak baru.. seharusnyaperbaharui juga solat kita..

Ok. Sekian 'Tazkirah Jumaat' :D - untuk peringatan saya dan kita yang bersaudara. Dah baca Al-Khafi? :)

1 ulasan:

  1. Thanks for sharing this, love reading it

    maximizing our time, insyallah banyak benda boleh buat. Just sharing, dulu2 rasa nak masak hari2 balik dari kerja rasa mcm berat, tp bila dah buat hari2, takde masalah. Dulu rasa susahnya nak cari masa nak bersenam, tapi bila paksa diri buat hari2... ada jer masa takat 30 minuts a day tuh. Dulu susahnya nak baca maksurat setiap hari, now setiap hari nasuk kereta, sambil2 jem tuh boleh jer baca, dah boleh hafal pun, balik kerja pun sama. Dulu pun rasa susahnya nak baca surah2 pendek mcm ArRahman, AdDhuhan etc, but now, I love traffic jam, sebab lepas baca maksurat, boleh baca surah2 pendek plak. Bila pikir2 balik, kita sebenarnya boleh berubah, nak or tak nak jerr..

    BalasPadam