Rabu, 5 September 2012

Kebergantungan..

I was sewing this morning, sambil mendengar Uztadza Nor Hafizah Musa. Mat was suggesting to me about this Uztadza sometimes ago, but since namanya ingat2 lupa, Very recent, masa balik Ipoh last weken, when listening to ikim.fm, Mat suddenly tanya, eh, dh dengar tak ustadza tu? So, lepas kena tanya sekali lagi tu terus bookmark her name in my head. Balik Ipoh, I had stiff neck. Aduh, 3 hari miss jahit. So pagi ni baru nk mula balik. And I started today with listening some lectures by that ustdza.

Frankly, baru sekali dengar ni.. terasa dia mcm Yasmin Mogahed jugak. Versi Melayu. I listened to this podcast:

Akidah dalam rumahtangga muslim



Menarik.. menarik sangat! :')

Antara intipati yang menarik ialah pada saya ialah kupasan tentang isu kebergantungan. Cerita dia (u can listen to the above podcast) pada zaman Usman bin Affan ra, adanya sahabat yg sedang bernazak, Abdullah namanya. Dalam Abdullah sedang nazak itu, Uthman ra, mengarahkan para sahabat lain mengumpul wang. Lalu ditanya oleh Abdullah, kenapa nk kumpul wang? dan Uthman ra pun berkata, kami kumpul, sebab kamu akan pergi meninggalkan anak dan isteri, maka wang itu untuk belanja mereka. Kata Abdullah, Jangan risau tentang anak-anak ku.. sebagai ayah aku juga tidak risaukan mereka. Kerana aku telah ajarkan mereka supaya membaca Suratul Waqiah setiap malam, Kerana Sabda Rasullullah, sesiapa yang membaca Al-Waqiah setiap malam, Allah swt janji akan dijauhi dari kemelaratan hidup selama-lamanya. Subhanallah...

 Ia juga mengingatkan sy kepada previous kisah, dimana Aisyah ra, berkata, Rasullullah saw apabila ditimpa kesusahan, hati gusar, dengan segera berwuduq dan bersolat.. bercerita dan mengadu kepada Allah.. kerana solat itu sendiri maknanya adalah kita bercakap dengan Allah swt.

"Jika kita mahu, berbicara dengan Allah, maka bersolatlah.. Jika kita mahu Allah berbicara dengan kita, maka baca Quran.."

Itulah yg beza nya kita dengan 'mereka'. Sebab bila ditimpa kesusahan pertama sekali kita mengadu kepada makhluk, meminta pertolongan sana sini, and bila buntu baru la nak mohon doa kepada Allah swt..  And sama jugak bila hati tak tenang, we seek for worldly pleasure. Tgk tv, tgk mtv, pergi shopping mall, sedangkan ubat hati supaya tenang adalah membaca Quran (dan terjemahan nya of cos sbb kita org melayu bukan org Arab ya.. need to know apa isi cerita bukan baca secara tuli).

Dan sesungguhnya Merdeka itu adalah apabila kita tidak berharap suatu pun dari makhluk sebaliknya meletakkan segala semua keseluruhan di tangan Allah swt semata.

Semoga kita terus beristiqomah, membaca Alquran dan maknanya, dan terusan bersolat bila ditimpa kesusahan. Hidup ini sangat sekejap, tidak terjangka. Jangan persiakan dengan perkara yang tidak berfaedah kerana kita bimbang tatkala tengah berlagho itulah saat dan ketika nya izrail mengambil nyawa.. Wallahualam..

Terima kasih kerana membaca. Harapannya, kita mendapat manfaat.





2 ulasan:

  1. salam sis, nk share ngan sis ni..

    http://izuman18.blogspot.com/search/label/Ustazah%20Norhafizah%20Musa

    tertarik dgn care sis dekat ngan islam.moga2 saya juga seperti sis :)

    BalasPadam