Wednesday, November 7, 2012

Mengambil hikmah

Again from @aagym FB update.

Sesunguhnya, setiap orang yang kita temui itu adalah sebahagian daripada cara Allah swt mendidik kita. Kerana setiap seseorang itu memiliki ilmu, pengalaman, kelebihan dan kekurangan yang mungkin akan menjadi ladang ilmu dan hikmah bagi perubahan diri kita.
Kata kuncinya, adalah niat untuk kita mampu belajar dan mengambil hikmah/pelajaran supaya kita dapat meniru hal-hal positif dan mengambil iktibar di atas hal-hal negatif, seseorang itu, menjadikan  cermin atas apa yang patut atau tidak patut ada pada personaliti kita.

Namun, pelajaran dari seseorang individu itu, tidak dapat kita ambil jika hati kita sendiri telah dicemari dengan perasaan jengkel, kesal, marah, menghina, dan menghakimi buruk seseorang itu.

Al-Baqarah, 2:269
Dia yang memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberikan hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat.



1 comment:

  1. Terima kasih. Alhamdulillah syukut dpt bace sesuatu yg bgs diawal hari

    ReplyDelete