Selasa, 11 Disember 2012

Books review


Reclaim Your Heart
by Yasmin Mogahed

Lama nk menghabiskan baca buku ni. Sebab 1) bacaan nya agak berat dan tidak santai, 2) ceritanya agak mendatar bertemakan life, kehidupan; merujuk kepada persoalan hidupan harian di sebalik perspektif kerohanian. Secara keseluruhan nya, buku ni, berkisar tentang pengisian hati: siapa ada dalam hati kita, siapa sebenarnya pemilik hati kita. Sejajar dengan tajuk: 'Penuntutan Semula Hati', hati, our heart should only be filled with the love to our Creator, not the creation. Manusia mati, pangkat tidak kekal, harta berkemungkinan hilang, hanya Allah swt yg Kekal.

Perkara yang menarik tentang buku ni, kupasan berdasarkan bab-bab tertentu dan olahan yang sangat menyentuh. Contoh-contoh yang diberikan, berkenaan dengan hubbuk dunnya, yang terkadang tu sangat la mengena pada batang hidung sendiri. Tersedar disitu. Contoh cerita, kita secara sengaja juga tidak, selalu mengutamakan perkara 'kita' dahulu: siap kerja ni dulu, baru solat, ok, solat laju2 sbb nk siapkan report atau solat sekadar solat sebab tengah tengok citer best ni and sekarang masa iklan. We focus on kehidupan dunia, yang memang ada kepentingan tetapi kita lupa tentang kehidupan kekal, bekalan di sana. Contoh cerita, saya relate dengan my own story la ni: Masa menyusukan Zahra dahulu, kerap kali saya bangun malam jam 3-4 pagi untuk mengepam, buat bekalan stok di taska: di sini, niat dia memang baik, tapi keutamaan pada 1) mungkin diri sendiri: sebab to release engorgement, 2) mungkin diri sendiri: sebab nak anak dapat susu badan sahaja, 3) mungkin diri sendiri: sebab nk jimat duit daripada membeli susu tepung. Keutamaan kesemuanya saya relate kan pada diri sendiri, sebab sy mampu tegar bangun malam untuk mengepam, tapi saya tak ambil masa itu untuk bersolat kepada Allah swt.

Di satu chapter Yasmin menerangkan tentang illah, Laillahaillawlah.. dalam bahasa biasa kita menterjemahkan sebagai 'tiada tuhan yang disembah melainkan Allah'; tetapi, illah tersebut bukanlah 'tuhan'. Illah adalah objek penyembahan: bukan khusus hanya pada sembah sujud (pray) but illah adalah perkara yang terbabit dalam kehidupan seharian kita, yang kita turuti, yang kita beri lebih tumpuan dan yang sangat penting - lebih penting dari segala-galanya, yang sanggup kita berjuang nyawa, bergolak gadai, bertumpah darah kerananya = ini dimaksudkan dengan illah. Jadi jika kita sanggup menghabiskan wang, membeli mekap, buat plastik surgeri untuk kekal kelihatan cantik, berkerja keras, siang dan malam mengumpul wang yang banyak untuk percutian hujung tahun atau mengorbankan tidur, untuk mengepam susu, jadi siapakah illah kita? Apa yang ada di dalam hati kita? Apa di hati, apa pula di tangan?

Keseluruhan saya bagi 4 half stars pada buku ini.


***


Nota Hati Seorang Lelaki
Penulis: Pahrol Mohd Juoi

Habis baca buku ni semasa bercuti tempohari. Erm, agak mengelat sebab ada some chapters dibaca dengan lirikan pantas.. hehee.

Buku ni based on kisah-kisah pendek, kisah sebenar dari penceritaan orang yang sebenar. Tema banyak berkisar kepada 'hidup untuk memberi'. Seperti contoh cerita: seorang ibu yang sakit tua, berkata kepada seorang anaknya, "Ibu rasa ibu dah tak lama hidup ni. Ibu risau sangat, sebab nnt kalo ibu tiada siapa yang mendoakan kepada kamu", kata si Ibu kepada anak yang berusia 40 tahun.  Ada banyak permainan emosi. Dan ada some topic, ada banyak sesi dialog (pengalaman penulis dengan seseorang) bertanya isu ketuhanan dan sebagai nya, imho saya tak suka membaca sesi dialog seperti ini. Saya rasa saya bukan pemikir kritis, saya lebih kepada menuruti. Saya tak suka mempersoalkan perkara yang termaktub dan dah ditetapkan. I guess, I am just a simple person, kalo dah tak bole, so tak payah, kalo bole, jalann.. tak suka argue-argue. So bila baca bab yang bnyk sesi berdialog ni, I skipped a lot sbb mual (pada pandangan sendiri ya..).  Setengah orang mungkin terbuka minda dengan sesi berdialog, berbahas.. but I just dont like it.

Keseluruhan saya bagi 4 stars pada buku ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan