Rabu, 17 Julai 2013

Televangelist by SaifulIslam

Taubat Seorang ‘Televangelist’

Quote from comment: Nur Ida W 
kecenderungan masyarakat ke arah kebaikan itu sudah bagus, tetapi kecenderungan kepada meminati personaliti penceramah dan meraikannya seperti celebrity itu yang harus diperbetulkan. 
saya juga pernah terjebak dengan keadaan ini, dan sekarang sedang cuba memperbaiki diri untuk fokus pada ilmu yang disampaikan dan juga cuba menghadiri kelas-kelas secara formal dan tidak bergantung kepada media. 
saya rasa antara kesan televangelism ini ialah ketaksuban kepada seseorang yang diminati dan membawa kepada pergaduhan dan perselisihan sesama 'peminat'. seringkali saya mendapati apabila keburukan yang diminati terdedah, sama ada si peminat menjadi begitu defensive ataupun menjadi pembenci bertukar 360 darjah. 
apa yang saya nampak boleh dilakukan ialah hentikan meletak gambar-gambar kacak jelita para penceramah ini pada poster, iklan etc... terimalah mereka seadanya.
langkah lain ialah jangan membanding-bandingkan teknik ceramah mereka, ambillah yang baik dari apa yang mereka sampaikan, usah memilih-memilih dalam hal mencari ilmu, mendengar tazkirah dan motivasi tidak salah, tetapi mencari ilmu secara bertalaqqi dan menadah kitab perlu dijadikan prioriti. 
akhir kata, terima kasih kerana membangkitkan isu ini, semoga kita semua dipelihara Allah Aameen.

#selfreminder #whatialwaysthink

Tiada ulasan:

Catat Ulasan