Wednesday, March 5, 2014

Klinik gigi


Another trip to klinik gigi for Zahra. Menakjubkan gigi cik kak ni, gigi yg baru dh sibuk nk keluar but yg lama masih teguh berdiri. So, kena la cabut secara paksaan di klinik gigi. 

A trip to dental ni mengingatkan kepada kenangan zaman kanak-kanak. Kami tak pernah langsung ke klinik gigi swasta, malahan ke klinik gigi kerajaan pun tak pernah sebabnya kami ada klinik gigi di sekolah. Yup, antara sekolah yang ada fasiliti lengkap klinik gigi - bole cabut dan tampal amalgam. Tapi dentist (jururawat pergigian rasanya) tu, orang nya agak garang. Takut jugak la, dan tika itu rasa peralatan pergigian sungguh mengerikan. Especially masa tampal gigi, kena nganga lama-lama dan bunyi alatan dalam mulut yang sungguh mengilukan. Hahaa..

Setiap tahun dari Darjah satu hingga Darjah tiga akan ada pelajaran penjagaan gigi: duduk ramai-ramai tepi longkang pegang berus dan cawan sambil nurse ajar kaedah betul gosok gigi. Best, seronok sbb dapat sekotak ubat gigi Colgate dan berus percuma. Masa Darjah 4 pula, ada pertandingan gigi siapa yang cantik, Alhamdulillah, saya menang untuk kelas 4M. Hehee... bangga kejap sbb ada gigi yang cantik :B. Dan setiap tahun mmg akan ada yearly visit to the dentist check gigi. I went there until masuk Form One. Form one masih pergi, but lepas tu sbb gigi dah tak Sakit maka tak de dah melawat klinik gigi tersebut. 

At this time I wonder ada lagi ke tak klinik kecil tepi tangga itu. Kedudukannya di tingkat 2, di tingkat 3 ada koperasi. Kalau awal tahun, masa rehat ramai orang berbaris sampai ke pintu klinik gigi membeli belah di koperasi. Hehee..

I hope to go back to MGS, ipoh one day. Melawat-lawat kenangan 6 tahun tempoh pembesaran. 

Xoxo: Neeza


No comments:

Post a Comment