Selasa, 4 Mac 2014

Rezeki

Sebenarnya, sepanjang hiatus, banyak sangat benda yg berlegar-legar diminda yg mohon untuk dicoret kan. Nk review kelas AlMaghrib - Protect this House, review kelas ibrah Al-Kahf, nk kupas isu PBS, perubahan cuaca yg mendadak, milestone Yahya yg dh boleh turn-over.. dan kesemua akhirnya hanya linger around in mind dan dibiarkan begitu sahaja. Kekangan masa menjadi foktor pertama untuk dipersalahkan. Kedua sikap sendiri yang malas. But then again, menulis bukan kerja mudah, at least for me la - nak kena karang ayat bagi molek, ambiance yang sesuai supaya idea tak tersekat dan masa yang diambil perlukan pengorbanan pada kerja yang lain.

Well, apa yang nak ditulis pada pagi ni, adalah isu berkaitan rezeki, dalam erti kata lain, order yang masuk. Alhamdulillah, syukur sangat, order so far adalah cukup.. berlebihan sebenarnya sehingga ada order yang terpaksa di-turn down atas kekangan masa dan tenaga. Terutamanya order daripada vendor, yang nk ambil bulk orders to put into their physical store. Tawaran memang lumayan, Alhamdulillah, tapi diri sendiri harus sedar: faktor tenaga dan masa. Yang menjahit sekarang ni mak sorang je, masa plak kena dibahagi kepada anak dan kerja-kerja rumah yang lain. And I need my own time too, to feed my soul and do some reading.

Sebenarnya syukur sangat. Tak tahu nak lafaz syukur dalam bentuk macamana lagi, sebab Alhamdullillah, hidup so far adalah cukup. Berlebihan mungkin. Anak-anak membesar depan mata, rumah, walaupon bersepahnya, ya ampun.. tapi masih rumah sendiri, dan lain-lain nikmat Allah swt yang mana mungkin mampu dibalas.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas pagi yang basah, dengan kicauan burung yang gembira, dan kerja yang berlambak menanti ;) .. its good to breath the air again, today.

xoxo.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan