Selasa, 22 April 2014

Masalah manusia

We are ignorance. 

Sangat suka terima sesuatu tanpa selidik kesahihan nya. Astaghfirullahulazim...

I got this from hubby this morning:

‎Berikut adalah keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996 mengenai Zikir Munajat yang dipopularkan oleh sesetengah pendakwah dan disiarkan oleh media massa yg berbunyi "Hasbi robbi jallallLah, maa fii qolbii ghairullah, Nur Muhammad Sallallah. . . .Laisalahaa minduunillahi kaasyifah. . ".
 Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam.  Di antaranya mengenai konsep "Nur Muhammad" yang meragukan. Mesyuarat bersetuju agar zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa.
 Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap zikir berkenaan diubahsuai . Panel Aqidah berpendapat bahawa terdapat nas yang lebih baik dan ma'thur untuk diamalkan berbanding ucapan yang ada di dalam Zikir Munajat tersebut  Oleh kerana itu 'hasbi rabbi disarankan agar ditukar kepada 'hasbiyallah...' kerana 'hasbiyallah..' zikir yang dianjurkan oleh al-Qur'an dalam surah at- Taubah ayat 129.
 Ucapan 'Nur Muhammad Sallallah' juga didapati tidak jelas kerana menisbahkan salawat kepada 'nur' bukan kepada nabi.  Ia dibimbangi mempunyai unsur-unsur doktrin 'Nur Muhammad' yang menyeleweng daripada aqidah Islam.  Oleh itu, disarankan agar ditukarkan kepada 'Nabi Muhammad Sallallah'. Manakala ucapan 'laisa laha min dunillahi kasyifah' juga meragukan kerana tidak diketahui apa yang dimaksudnya dengan ucapan itu.  Sedangkan 'laisa laha min dunillahi kasyifah' adalah ayat al-Qur'an di dalam surah al-Najm ayat 58.
Para mufassirin bersepakat bahawa ayat ini membicarakan soal hari Qiyamat yakni "Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (hari Qiyamah) selain Allah". Bagaimanapun, keputusan Panel Aqidah JAKIM ini bukanlah keputusan fatwa yang mengikat mana-mana pihak, tetapi ia adalah nasihat dan penjelasan mereka kepada masyarakat awam berkenaan zikir tersebut. http://fatwa.islamweb.net/fat


Yup, antara zikir yg suka dinyanyikan time nk tido kan anak and such. Astaghfirullahulazim.. Jujur ckp selama ni tak penah bother nk tahu apa maknanya. Setiap bait kata ditelan bulat-bulat assuming it's means good, sebab zikir tu pon dibelajar masa zaman sekolah dulu. 

Fikir-fikir balik zaman sekolah dulu banyak jugak dapat ilmu agama yang 'terpesong'. Like lagu 1Muharram detik permulaan, permulaan tahun Islam hijrah... teeettttt.... hijrah BUKAN start 1Muharram. Umar as. declared 1Muharram as awalan tahun Islam sbb ianya after Hajj, after bulan yang sibuk ibadah, so let's start a brand new beginning as a brand new Muslim, gitu. 

Banyak lagi yang rasa cm celaru agama aku. Wonder what happen sebenarnya?? Siapa yang cuba menyebarkan dakyah yang tak ketahuan kebenaran ini, pada budak sekolah di tahun 90-an. Astaghfirullahulazim... 

Maaf kalau ada tuduhan melulu di situ. 

Alhamdulillah hirrabil alamin. Kerana Allah membuka mata hati untuk mencari kebenaran, dan juga untuk kebenaran itu datang mengetuk kalbu. 

‎Sesungguhnya tugasan setiap kita yang paling berat adalah mencari ilmu, dan ilmu yang sahih. Jangan hanya mengikut-ikut. Kelompok yang suka mengikut-ikut ni kerapkali dinyatakan di Quran, bakal menghuni Naar. 

Seperti yang telah dirakamkan Allah s.w.t di dalam al-Quran menerusi Surah Al-Baqarah: ayat 170.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutlah apa yang diturunkan Allah!" Mereka menjawab: "(Tidak!) bahkan kami hanya mengikuti apa yang telah kami warisi dari nenek moyang kami". (Apakah mereka tetap akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk?"

Firman-Nya lagi menerusi surah al-Maidah: 104

"Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang telah diturunkan Allah dan mengikuti Rasul!" Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami warisi dari nenek moyang kami!" (Apakah mereka tetap akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk"‎. 


Selidik ilmu kita, ya kawan-kawan. 
Peringatan untuk sendiri juga. 

#selfreminder 

Xoxo : Neeza

2 ulasan:

  1. Betul. Entah apa yang kita belajar masa kecik2 dulu, dan sayangnya, mak ayah kita pun amalkan yang begitu. Moga Allah SWT ampunkan kesilapan kita selama ini. Terlalu jahil, I agree. Tapi ramai yang dah buat CD2 lagu zikir ini walaupun keputusan fatwa ni dibuat dari tahun 1996. Macam mana tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wallahualam.. tapi tula, kena semak dan rujuk semula. Jangan telan je.. Panjat doa semoga diberi petunjuk ke arah yg benar, Ameen.

      Padam