Ahad, 8 Januari 2017

(Puisi) Tahajud

Detik lima pagi
Kedinginan yang nyaman
Di ruang perbaringan empuk
Mabuk dalam kantuk..

Istighfar perlahan dalam hati
Mencari kekuatan
Melawan kehendak nafsi
Melawan godaan syaitan

Lembab
Terasa masa bagai terhenti
Ada dialog dalam hati
"Bangun, kamu punyai tanggungjawab..
Ini waktu mustajab"

Lena atau jaga
Pilihan ada di tangan
Jika kamu mahu
Allah swt akan beri
Jika tidak, tidak lah Dia rugi
Kerana hakikatnya
Siapalah kita selain hamba.

~NeezaZaini
8Jan17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan