Rabu, 5 Julai 2017

Eid


 
Tahun ini 2017

Tahun 2016

Tahun 2015


dan tahun-tahun akan datang insyaAllah, konsepnya sama seperti itu.

#MinimalistMuslim
#applyingQanaah
#rebrandingZuhd

My baju is my daily baju and niqab - the perks of wearing only one color.
Hubby wearing the same kurta as on 2015 eid.
Boys also wearing kurta - as it is easier - no need songkok and sampin. I just bought the baju, and they wear with black track bottom, seluar senaman sekolah yang sediada, makanya tak perlu dibeli.
Zahra's abaya was from the one I bought in Mekah, previously kena jahit 2 kali lipat dikaki sebab panjang, now ditetaskan bahagian kakinya, just nice.
And Amina is wearing Yahya's baju melayu from 2015 raya. Dijahit 2kali lipat di tangan dan kaki untuk kasi muat. InsyaAllah next year boleh ditetas dan dipakai lagi.

So this is our Raya concept. Tak perlu beria pening fikir warna sedondon. Pakainya masa raya sahaja lepas tu, terperok dalam gobok..

Oh, teringat, that I wrote this poem during Ramadan.
Sharing it here:

Kisah peti kayu bernama almari
Setiap isirumah perlu ada paling kurang dua.
Khazanah kain pelbagai rupa.

Tshirt kemas tersusun
Lapis demi lapis demi lapis demi lapisTinggi bagai menara.

Seluar bermacam warna
Dari jeans, ke corduroy, ke khaki, batik pelikat pun ada
Aneka jenama.

Yang tergantung
Baju Melayu, Kurung tradisi moden, jubah abaya
Meriah laksana pameran di pasaraya.

Usah cerita pasal tudung
"Aku yang pakai, kau yang panas", katanya
Bikin kontroversi jika bincang soal harga.

Pertanyaan di sini..
Wajarkah lagi - sunnah berbaju baru di Aidilfitri
Jika begini kelihatannya?

Muhasabah

Ayuh qanaah, ada berpada-pada
Bukan hanya konmari
Nampak gobok dah kosong
Geletis hati mahu isikan kembali.

Neeza Zaini, 020617.

How's your raya folks? Semoga tidak boros berbelanja kerana bukan itu cara raikan kemenangan Ramadan.

Sekian perkongsian kali ini. Semoga ada kebaikan.
Salam alaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan