Ahad, 2 Julai 2017

Ramadan 2017

Bismillah..

Alhamdulillah ketemu kembali.
Hampir 6 bulan menyepi. Kurang motivasi juga kekangan situasi, tatkala idea datang mahu menulis, saat itu juga sang anak berebut nk guna lappy. Sebab itu sy suka catat dalam buku nota. Masa menjahit boleh diam sebentar, menulis segala apa di kepala, puas hati, sambung jahit kembali.
Cuma, iya, hanya saya dan buku nota yang berkongsi rahsia.

Apapun, Alhamdullillah, selesai sudah sebulan berpuasa. Bagaimana Ramadan kalian? Semoga semua amalan kita diterima-Nya, Ameen.

Alhamdullillah, Ramadan terbaik setakat ini bagi diri saya sendiri. Setelah beberapa Ramadan berlalu, Ramadan kali ini memperlihatkan saya sebenarnya mampu untuk bersolat tarawikh penuh sebulan. Ini saya lakukan sendirian di rumah, tidak ikut serta suami ke masjid, sebabnya, saya mahu bersolat dengan tenang dan fokus. Bila di masjid, minda kerap kali berjalan-jalan, dan ini meletihkan, fizikal dan mental. Ditambah dengan beban puasa, rasa letih itu melemahkan semangat, burn-out orang kata. Jadi saya minta izin suami, untuk tinggal di rumah bersama anak-anak. Alhamdullillah. Ketenangan minda membolehkan saya bersolat setiap malam, Lahawlawala quwatailla billah.

Itu antara azamnya. Benar dikata, jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal. Ramadan kali ini saya persiap diri dengan buku nota khusus (self-made planner Ramadan), rancang aktiviti harian, menu harian, ayat-ayat hafazan dan juga surah2 yang ingin dibaca ketika tarawikh. Alhamdullillah, most of the activity berjaya dilaksanakan, dan Alhamdullillah juga berjaya khatam (no, I did not start from Al-Baqarah, I started from Surah Ar-Rad', continuing from what I've read before Ramadan, and am reading with the Malay translation). Alhamdulillah, setelah seminggu berhari raya, baru semalam mula kembali ke Surah Al-Baqarah.

Selain daripada persiapan Planner Ramadan, antara langkah 'penjagaan diri' yang telah saya buat untuk mengekalkan fokus bulan Ramadan adalah dengan me-log out akaun instagram. Pernah cuba untuk lakukan perkara ini pada Ramadan yang lalu, namun tidak berjaya. Tahun ini, saya ketemu method yang paling berkesan. Ini saya dapat daripada webinar Ramadan - Ustazah tersebut menyataan jika ingin fokus dengan dunia sebenar, log out daripada dunia maya - fb, iG, etc. yang banyak mencuri masa kita tanpa sedar. Konon buka nk tengok update sahaja, alih-alih 1 jam hilang tanpa sedar, mengintip aktiviti orang, sungguh melalaikan!! Ok, berbalik kepada tips Ustazah (maaf saya tak ingat nama), dia menyarankan, before log-out, change the password. A very random password - boleh dapatkan di random password generator dot com. Tukar kepada password tersebut, but make sure to email the password to own self, supaya tidak terhilang. Dah tukar boleh log-out. And of course, jati diri kena kuat juga supaya tidak kembali masukkan password baru untuk login. Alhamdullillah, I did that for my personal iG, and now rasa macam should I remain log-out forever, hahaa.. sebab Subhanallah, tenang betul rasa hidup tanpa iG - sebab hati ini mudah sungguh berkata-kata pabila melihat gambar yang 'pelik' sedikit. I still keep my Fb though, sebab nk tahu tentang seminar, update halaqah sisters' group, and sorry to say, I hv less than 70 friends, which 50 of them is in invisible mode - meaning I dont follow you. Maaf.. konsepnya adalah, saya hanya ingin melihat dan tahu apa yang hati saya perlu.

Dan Alhamdullillah, when you put off on something, you divert your attention to another thing. Target nk baca buku tahun ini adalah 35 buah buku, dan setakat 6 bulan terawal telah berjaya habis baca 19 buah buku. If I keep the momentum, by end of the year maybe boleh baca 40 buah buku atau lebih. Semoga Allah permudahkan. Ameen.

Cukup sampai sini untuk kali ini.
Semoga bertemu di penulisan yang akan datang.

Terima kasih kepada yang membaca (masih ada kah yang baca blog lagi?)
Semoga ada manfaatnya.

Salam alaik.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan