Ahad, 3 Disember 2017

Berubah

Bismillah..


Saya nak berubah, tapi bagaimana?
Soalan yang ditanya oleh mereka yang telah sampai 'seru' untuk berubah, untuk menjadi lebih baik semestinya.

Dan rata-rata jawapan (saya baca) yang diterima - Berubah je jika rasa nak berubah, sebab masa tak menunggu kita. Jika esok mati, bagaimana?

Well, as for me, seorang yang telah mengalami fasa metomorphosis kehidupan yang sangat panjang, berpendapat: jika nak berubah, kena ada persiapan dan persediaan. I started donning the hijab in 2003. Sebelum nak mengenakan sehelai kain di atas kepala ni, macam-macam berlegar di fikiran, kerana sebelum itu pernah juga bertudung (zaman matrikulasi) tapi macam chipsmore - kejap ada, kejap tiada. Hehee.. So, saya tak mahu perkara yang sama berulang kembali. Saya buat persediaan dengan pembacaan, Mengapa wanita Islam kena bertudung? Apa kepentingan tudung pada kami? Kemudian saya pergi survey pulak tudung yang mudah, tak leceh macam sesetengah tudung yang nak kena bergosok setiap kali sebelum dipakai (yang menyebabkan saya turn-off pakai tudung masa matriks dulu). Dan akhirnya saya tunggu masa yang sesuai - saya mula memakai tudung pada 1 Ramadan tahun 2003. Alhamdullillah, kain di kepala ini kekal dipakai dan matlamat pemakaian saya juga jelas - Saya Bangga jadi Muslimah.

Lebih kurang satu bulan untuk berinjak ke tahun baru 2018. Jika dalam hati rasa nak berubah, ini lah masa yang sesuai. Mulakan tahun baru dengan azam baru untuk menjadi manusia baru - yang lebih dekat kepada Allah swt. Kerana: Anjakan tahun menandakan pertambahan satu angka pada usia, menandakan juga kehidupan semakin berkurang dan kematian semakin mendatang.

Apa azam tahun baru anda?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan