Rabu, 31 Januari 2018

Ikhlas dan itqaan

Bismillah...

Pesan seorang guru kepada saya, yang akan saya ingat sampai bila-bila ialah, 
"Jika nak buat sesuatu pekerjaan, buat lah sepenuh ikhlas. Jangan separuh hati, kerana kesan nya akan nampak pada hasil tugasan. Ikhlas dan itqaan - kerana Allah swt, dan sempurna, perfectly done."

Alhamdullillah, banyak perkara dalam hidup ini, saya turut apa yang dipesan olehnya, perkara-perkara yang saya suka buat, juga tugasan yang diamanahkan, saya cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik. Nabi Muhammad saw juga bersabda, 

وَلَكِنَّ اللهَ يُحِبُّ مِنَ الْعَامِلِ إِذَا عَمِلَ أَنْ يُحْسِنَ
Maksudnya: “Tetapi Allah kasih kepada pekerja (yang melakukan sesuatu amalan) yang apabila dia melakukan sesuatu amalan hendaklah melakukannya dengan baik.”       [Sunan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman, no. Hadith 4932]

Ada ketika, terasa juga apa yang kita buat yang beria-ia sangat ni (especially tugasan voluntary) bagai kan syok sendiri, tak dihargai, orang tak pandang pun, namun saya cuba tepis jauh-jauh bisikan-bisikan syaitan, luruskan niat kerana Allah swt. Apa kata manusia itu tidak penting, kita mahu kelihatan cantik pada sisi pandangan Allah swt, kerana Allah swt suka dan ganjaran Allah swt itu yang terpenting.

Semasa terpilih untuk menjadi kolumnist bagi tazkirah.net, awal-awal lagi kami (para penulis yang terpilih) diberitahu bahawa penulisan adalah berbentuk sukarela bertanggungjawab - maknanya tulisan kami tidak akan dibayar namun setiap bulan kami wajib menghantar sekurang-kurangnya satu karya, dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kami tersingkir sebagai tim kolumnist. Bagi saya, peluang ini adalah peluang emas untuk terus berlatih menulis di samping berdakwah. 

Alhamdullillah, untuk tugasan penulisan yang pertama, saya diberitahu bahawa karya saya tersebut menjadi antara karya hits untuk bulan November dan Disember 2017. MasyaAllah quwataillah billah, sesuatu yang di luar jangkaan. Terima kasih tim tazkirah.net atas peluang dan kepercayaan. Alhamdullillah.

Screenshot dari wA group penulisan kami, saya nak simpan buat kenangan. :)




Dapat hadiah buku dari tim tazkirah.net . Terima kasih :) Buku adalah pucuk dicita, ulam mendatang.. wee...


Alhamdullillah, nak kongsi tips dalam melakukan sesuatu pekerjaan (yang halal dan diberkati Nya) -- pesan ini buat anak-anak terutamanya:
  1. Niyah hanya kerana Allah swt. Always have this niyah, sebab itu tujuan hidup kita.. beribadah kepada Allah swt.
  2. Jika kita yang memilih untuk melakukan tugasan tersebut, lakukan dengan terbaik. Yang paling baik. Sepenuh hati. Tunjukkan kredibiliti diri bahawa kita seorang yang bersungguh, itqan dan mempunyai kualiti tinggi dalam melakukan sesuatu perkara.
  3. Jika kita disuruh melakukan perkerjaan tersebut, lakukan dengan terbaik. Pemilihan kita adalah kerana mereka percaya kita boleh melakukannya. Lakukan sepenuh hati. Tunjukkan bahawa kita mampu menggalas pekerjaan yang diberi dan mampu memberi hasil yang memuaskan hati semua pihak.
  4. Jika kita dipaksa melakukan perkerjaan tersebut, atas sebab-sebab mereka ingin menguji kemampuan kita, lakukan juga dengan terbaik. Walaupun hati kita tidak suka, tidak rela, lakukan the best we can, sebab kita adalah orang Islam, lets it be the reason for us to perform the best. Kita bawa panji-panji Islam, dan kita bangga untuk menyebarkannya di mana saja kita berdiri. Allah swt is with us, and He will make everything easy. 
Selalu kita dengar,
"Kontraktor pekerja melayu macam ni lah, kerja tak kemas - cincai, asal siap."
"Orang melayu jika buka restoran, mula-mula saja semangat. Lepas tu buka sehari, cuti nya dua hari. Lepas tu melingkup."
"Bisnes orang melayu- Hangat-hangat tahi ayam."

Orang Melayu tu siapa? Setahu saya orang melayu agama nya Islam. Jadi Kita bawa sepanduk Islam di belakang nama kita, maka perlu ada ikhlas dan itqaan demi Islam. Kita kena pecah sentimen-sentimen di atas. Biar lepas ni, semua berkata,
"Mereka tu Islam, maka hasil kerja mereka terbaik".
"Tender kontrak ni kita bagi orang Islam uruskan sebab mereka amanah, they don't do bribe."

Jika kita letak agama kita di hadapan, insyaAllah, setiap apa yang kita lakukan adalah yang diberkati Nya.

Sekian perkongsian hari ini. Semoga memberi manfaat.
Terima kasih kerana membaca.

Salam alaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan