Sabtu, 27 Januari 2018

Kenapa perlu hafal Quran #1

Bismillah..

Menghafal surah dan membawa nya masuk ke dalam solat.

Alhamdulillah, akan menjadikan kita lebih alert terhadap bacaan kerana semakin banyak surah yang diingat, semakin kita perasan bahawa banyak juga ayat yang berulang-ulang - jika tidak alert, we might start with surah Al-Mutaffifin and end it with surah Al-Infitar. Dan untuk surah Al-3alaq dan Al-Inshiqaq, kita perlu alert, after one ayah ni kena buat sujud sajdah.

Alhamdullillah, perkara ini meningkatkan khusyuk di dalam solat.
No more solat auto-pilot - angkat takbir, sedar-sedar dah bagi salam.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." Surah Hud 11:23.
 Semoga kita tergolong di dalam golongan orang-orang yang khusyuk di dalam solat. Ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan