Ahad, 18 Februari 2018

#1: I remember

Bismillah...


Ikut serta dalam challenge ini sebab: pertama, asah bakat penulisan, dan kedua, insyaAllah akan ada update harian di blog ini berhubung dengan topic yang diberikan. Oh, saya akan menulis dalam bahasa ibunda. Lebih selesa berkarya dengan bahasa tuturan seharian.

#1: I remember...

Bismillah..

Seingat saya, semasa zaman persekolahan menengah dahulu, mata pelajaran yang paling saya tak suka adalah subjek Pendidikan Agama Islam. Masa tu, saya rasa mata pelajaran ini, sukar dan bosan. Sangat tidak membantu untuk menarik minat apabila buku teks di tulis di dalam tulisan jawi. Terkial-kial nak membaca satu perenggan Sirah Nabi. Ustazah pula seorang yang garang dan sinis. Pantang buat silap, suka nak memperli. Sebab tak suka dengan subjek tersebut, saya dapat C semasa PMR dan C3 semasa SPM. Tapi masa tu tak rasa sesal atau ralat pun. Cuma sekarang setelah bertahun masa berlalu, dan setelah dibukakan hati oleh Ilahi, baru terasa bersungguh nak kembali belajar berkenaan Islam, belajar Quran terutama nya. Alhamdullillah kerana diberi kesempatan, walaupun terlewat, namun pada saya kelambatan ini bermakna. Saya lebih menghargai apa yang saya pelajari, dan lebih bersungguh untuk turut mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Alhamdullillah, atas rahmah dan hikmah.

For you Quran..
I want to remember,
Every letter, the page number, 
and the location of the words in my mushaf.
I want to remember every details,
I want to remember the ayahs,
I want to remember the meanings, and 
I want to remember the command, and act on it.
I want to remember, for the sake of Allah swt.
May He make my memory strong,
May He make this journey easy,
because
I want to remember...
Ameen.

---
Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan