Selasa, 27 Mac 2018

Berkata benar

Bismillah...


"Puan, dah siap tak carrier saya?" kiriman pesanan ringkas daripada seorang customer diterima masuk.
Details pesanan customer tersebut saya periksa dan ternyata, due order dia adalah semalam.
"Alamak," bisik hati. Carrier dia masih dalam bentuk kain lagi, belum berjahit. Kesibukkan perkara lain menyebabkan saya terlupa.
"InsyaAllah lagi 2 hari ya Puan. Tengah jahit ni," balas saya, ada sedikit pembohongan di situ.
Alhamdullillah, 2 hari kemudian carrier dia siap dipos, setelah bertungkus lumus menyiapkannya.


Seketika kemudian, saya mula merasakan kenapa lah sukarnya nak hafal some ayat yang pendek dan bunyi nya sangat simple, I keep on confusing, terjumble-jumble ayat tu. And then I reflect to my own self. "Did I commit any sins?" Mula-mula rasa macam tak ada buat dosa -solat, ngaji tak tinggal, then I remembered a very simple sins, as the above situation - sebuah pembohongan. Memang, I did delivered the carrier in 2 days as promised, quwataillah billah, but statement 'tengah jahit' itu adalah statement menipu. The fabric was raw uncut, when I received her message. Astaghfirullah.. so thats the sins that I've commited yang bikin susah sangat nak hafal even ayat pendek dan bernada mudah (all tarqeeq letters).


Dan di sini lah datangnya 'hudan'.. petunjuk.. dan petunjuk yang terbaik adalah daripada Allah swt, iaitu Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (Al-Ahzaab 33:70-71)


Suatu pembohongan adalah tetap pembohongan. Tiada istilah bohong sunat, nak cover keadaan, menjaga hati atau nak bagi sedap jalan cerita. Ianya adalah dosa, natijahnya: tompok hitam pada hati. Dan jika dilakukan dengan kerap, maka hilanglah sinar pada hati dalam menerima taufiq Ilahi.

I learnt my lesson, Alhamdullillah. Lepas tu anything, insyaAllah, cakap je terus terang, "tak jahit lagi Puan", "Belum siap lagi".. dan seterusnya.

Dan Alhamdullilah, ayat-ayat yang nak dihafal juga mudah meresap dan kekal diingatan. Alhamdullillah..

Semoga Allah swt terus-terusan memberikan hidayah dan petunjuk untuk kita menjadi manusia yang berjaya pada keseluruhan kehidupan dunia dan akhirat. Ameen...


***
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.

Isnin, 26 Mac 2018

De-Own

Bismillah...



But simply organizing our stuff (without removing it) is always only a temporary solution. By definition, organizing possessions is an action that must be repeated over and over and over again.
BECOMINGMINIMALIST.COM



Saya sangat suka akan kehidupan minimalism - saya seperti mahu semua orang menikmati kehidupan seperti ini. MasyaAllah quwataillah billah.. kehidupan yang ringkas dan sederhana memberi banyak masa dan peluang untuk melakukan perkara yang lebih bermanfaat.

Seperti contoh:
Rumah yang sedikit perabot nya, hanya perlu sedikit masa untuk mengemas. Sapu-sapu, vakum mana patut - selesai.
Almari yang tidak banyak baju mengurangkan pilihan dan masa untuk berfikir nak pakai baju apa hari ini.
Jadual waktu lauk untuk 2 minggu memberikan saya idea awal apa yang nak masak hari ini, dan apa yang nak dibeli di pasar.
Susunan masa yang teratur juga memudahkan saya menguruskan hari - waktu kelas online, masa untuk memasak, masa untuk menghafal, ulangkaji pelajaran, dan masa bersama anak-anak, juga waktu senggang untuk saya membaca buku.
Pembahagian tugasan kerja rumah - di mana department basuh kain diuruskan oleh suami - juga meringankan beban saya. Btw, kami basuh kain di self-service dobi - senang lepas dibasuh terus di-dryer. Tak ada kisah jemur baju dan kelecehan untuk mengangkatnya (masalah orang berniqab - keluar rumah sekadar nak potong daun kunyit untuk memasak pun, keadaan nya 'presentable' seperti boleh ke usrah).

Dan untuk menjayakan semua diatas:
i. jangan suka membeli barang, termasuk la permainan anak, baju-baju anak semua - pakai saja baju apa yang ada. Yang buruk dibuang, yang masih elok pakai sampai puas. Untuk baju anak kami memang beli masa Raya sahaja. Other than that, they will wear the same ol baju. Memang nampak kesian, balik-balik pakai baju tu saja budak-budak ni, but they are happy. Ada perkara lain yang lebih penting daripada membeli baju baru untuk mereka. Kami selalu cakap, kita simpan duit untuk percutian keluarga, and they happy with the reason, and of course looking forward for it every year. Alhamdullillah juga duduk di negara semusim, masalah pakaian sangat tidak kritikal.

ii. turn off distraction - no tv, less time on fb - follow only beneficial people and page, logoff from instagram, change the password and never return, STICK to the daily timetable. Alhamdullillah, perkara ni memang banyak membantu mengembalikan masa saya yang hilang secara separa sedar. Dan Alhamdullillah juga dengan aktiviti menghafal, since I have a daily target, suka atau tak, perkara 'itu' kena didulukan. Have to sit and practice. Juga kelas-kelas yang ada hw, kena sit and do, and revise. Alhamdullillah..

iii. have a clear goal. By today i must achieve .. so and so. Carrier ni kena siap dan post, hw kena submit, ayat kena hafal.. dan Alhamdulillah, semua ini benar-benar memberi nilai pada hari-hari saya. Tidak lah masa itu dibuang dengan sia-sia.

Pokoknya minimalism, kerana saya rasa jika barang banyak dalam rumah, saya mungkin tiada masa untuk perkara lain.. asyik nak mengemas saja. Lepas kemas, bila anak buat kecah, marah-marah.. Anak rasa tak seronok, saya pun rasa tak seronok. Huhuhu..

***
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.

Ahad, 25 Mac 2018

Taleem Al-Quran AlHuda Inst

Bismillah...

Setelah 2 kali perjalanan untuk Program Alimah terkandas di pertengahan jalan (pertama kali bersama dengan Hannanah Academy (2015), dan kemudian bersama Nur Ilm Academy (2017)), pada tahun ini saya mencuba sekali lagi untuk program yang hampir serupa: Taleem Al-Quran bersama Al-Huda Institute.



Sedikit maklumat berkaitan program pengajian ini:
i. merupakan pengajian peringkat diploma
ii. 2 kali seminggu (Isnin dan Selasa, 1030mlm-3pg (waktu Malaysia)) - waktu pengajian agak menakutkan namun untuk kelas yang hanya 2 kali seminggu saya rasa ini tidak begitu membebankan
iii. program pengajian adalah selama 4 tahun
iv. program yang ini adalah batch ke-3 (code known as tme3). Batch seterusnya hanya akan ditawarkan selepas batch 3 tamat iaitu pada tahun 2021. Jadi saya rasa saya perlu ambil peluang ini. Terdapat juga kelas-kelas taleem-ul Quran yang lain namun masa nya agak berat bg saya (5 jam sehari untuk 5hari seminggu (kursus boleh selesai dalam 18 bulan - TQE8) atau 5jam sehari untuk 3kali seminggu (kursus boleh selesai dalam tempoh 2 tahun - TSL2)). Kursus selanjutnya akan dibuka apabila kursus yang sediaada selesai menghasilkan para graduasi. Jadi semakin ditanggung, semakin lama waktu perlu ditunggu. 

Detail course: https://www.alhudaus.com/product/taleem-al-quran-morning-english-certificate-course-tme3/

Namun perbezaan besar antara program ini berbanding dengan yang sebelumnya, kali ini saya perlu membayar usd30 setiap bulan sebagai yuran pengajian. Memang sengaja saya pilih kelas berbayar, supaya menjadi motivasi dan menidakkan sebarang alasan untuk menangguhkan pengajian.

***
Semoga perkonsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Sabtu, 24 Mac 2018

Halaqah Quran Masjid Nabawi (Quran-mn)

Bismillah..

HALAQAH AL-QURAN MASJID AL-NABAWI

Setahun yang lepas, selepas membaca status kak Roza ini, saya pergi ke link yang disertakan - http://quran-mn.com/women dan mendaftar sebagai pelajar. Namun di masa yang sama, saya telah pun berdaftar dengan Tajweed Made Easy Academy Global untuk kelas memorisation.

7 bulan kemudian saya menerima email dari QuranMN menyatakan saya telah diterima masuk sebagai pelajar. Alhamdullillah, hati rasa gembira namun sedikit bimbang dengan perjalanan kelas, bimbang tidak dapat memberikan komitmen yang berterusan. Kelas adalah 2jam setiap hari Ahad hingga Khamis (5hari seminggu). Waktu yang saya pilih adalah selepas Fajr waktu Madinah, bersamaan dengan 11pagi-1petang waktu tempatan.

Pengalaman perjalanan kelas pada minggu-minggu pertama adalah sangat memenatkan - bilangan pelajar yang ramai (pernah satu sessi ada hampir 60 orang pelajar), talian internet yang kerap terganggu, terputus-putus, dan pergerakan kelas yang perlahan, berminggu untuk menyudahkan satu surah yang ringkas seperti Al-Kafirun. Anehnya, saya masih bertahan. Setiap hari jam 11pagi, akan setia log masuk ke kelas. Saya fikir Allah swt telah beri peluang, maka guna sebaik mungkin. Lagi pula, masanya sesuai- sambil menjahit sambil saya mendengar tunjuk ajar guru dan tilawah pelajar-pelajar lain.

Alhamdullillah, 2 bulan kemudian kami dipecahkan kepada 2 kumpulan, dan dengan bilangan yang memadai (~20 pelajar), saya bertahan sehingga ke hari ini. Alhamdullillah. Buat masa ini kami telah pun selesai dari Surah An-Nas ke Surah Al-A3laa. Alhamdullillah, ia nya umpama kelas murajaah bagi saya yang telah menghafal surah-surah di juzuk Amma.

Selain hafazan kami juga diajar bacaan Qaida dan asas tajwid.

Kepada kawan-kawan yang tercari-cari akan kelas menghafal dan mengaji secara online, boleh cuba untuk mendaftar di Quran-MN.com.

Cuma seperti kata Kak Roza:
 "Mudah bagi mereka yang Mahu, Sukar bagi mereka yang suam-suam kuku".

Semoga perkongsian ini memberi manfaat ❤️

***

TALAQI ONLINE DARI MASJID NABAWI
Mudah bagi mereka yang mahu.
Sukar bagi yang suam-suam kuku.
Keperluan utama .... kemahuan, peralatan dan masa.
Saya sudah mencuba dan hanyut dengan keseronokannya.
Terasa-rasa diri berada bersama rakan-rakan mengaji di masjid Nabawi.
Lihat langkah-langkah yang jelas. Masa pengajian 3 jam.
Pilihlah mengikut kesesuaian. Saya memilih waktu Dhuha di Madinah.
Pertimbangkan ... Jam 8.pagi di Madinah bersamaan 1 tengahari di Malaysia.
Ia sesuai buat mereka yang tidak terikat dengan bebanan kerja, komitmen atau majikan. 
Semalam seramai 22 pelajar bertalaqi dari pelbagai negara.
Pelbagai juga bahasanya. Namun ... membaca quran secara tajwid merapatkan jurang bahasa.
" Belajar sebutan makhraj huruf dengan betul dan membacalah dengan tartil.
Mari kita membaca dengan tajwid sebagaimana yang diajarkan oleh malaikat kepada Rasulullah SAW.
Biar bersusah-payah membaca quran. Insya Allah mudah-mudahan usaha kita Allah pandang."
Ustazah Rani memberi motivasi.
"Selagi bacaan surah tidak betul. Kita tidak beralih ..."
Masih sempat lagi kerana kelas baru bermula dengan surah al-Fatihah dan an-Nas.
Insya Allah.

Image may contain: screen and laptop
https://www.facebook.com/raudzah.roslan/posts/10212779675433160

Sabtu, 17 Mac 2018

Kata-kata itu Doa

Bismillah..

Artikel ini ditulis untuk LangitIlahi.com. Boleh juga dibaca di website LangitIlahi pada link ini:
http://www.langitilahi.com/perkongsian-pengalaman-kata-kata-itu-doa/

***


Kata-kata itu adalah sebuah doa.

Saya teringat akan sebuah peristiwa. Situasinya amat segar di ingatan.
Tahun: 2012, waktu: sekitar jam 5 petang. Kami dalam perjalanan pulang ke rumah dari melawat kakak ipar yang baru kembali setelah seminggu berumrah di Tanah Suci.

Perjalanan agak perlahan. Banyak kereta di jalan raya. Suasana di dalam kereta yang pada mulanya riuh dengan suara anak-anak, lama-kelamaan menjadi senyap. Masing-masing tersungkur lena. Mentari masih terik memancar. Silau mata dek sinarnya, saya memperbetulkan kedudukan windscreen.

“Kita nak pergi umrah juga ke?” tanya suami, tiba-tiba.
“Erm.. tak pasti la Bang,” jawab saya. Saya fikir ini adalah jawapan paling selamat yang keluar dari mulut seorang surirumah.
“Kita pergi Haji teruslah.” sambung suami.
“Saya setuju,” balas saya, teruja dan kemudian menyambung, “Kita pergi sebelum umur saya cecah 35 tahun, boleh?”
“Erk, 2 tahun untuk kumpul duit, tak sempat rasanya,” berkerut dahi suami mendengar permintaan saya itu.
“Jika begitu sebelum umur Abang mencecah 40 tahun lah,” cadang saya kembali.
“Insha Allah,” perlahan suara suami menjawab.

3 tahun kemudiannya, kami berdua berangkat menunaikan fardhu Haji dan Umrah. Tatkala saya berumur 36 tahun dan suami berumur 38 tahun. Alhamdullilah.. Perbualan kami itu ternyata didengari dan diaminkan oleh suara-suara yang tidak kedengaran – “Sebelum umur Abang mencecah 40 tahun.”

Antara harapan yang saya titipkan semasa menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu adalah keinginan untuk menghafal Al-Quran. Niat itu hadir, kerana saya rasa saya perlu mempersembahkan sesuatu kepada Allah swt. Dia telah terlalu baik kepada saya selama ini. Hampir apa yang saya mahu, malah hajat hati berbentuk keduniaan, Dia makbulkan. Sebagai tanda syukur atas segala kurniaNya, saya mahu menghafal Al-Quran.

Aidiladha tahun berikutnya menjelma. Setahun telah berlalu. Ternyata, ada harapan yang masih tinggal sebagai sebuah harapan. – impian untuk menghafal Al-Quran. Menerpa pertanyaan di benak hati, “Mabrurkah haji itu, jika apa yang dijanjikan di hadapan Kaabah bukan sahaja masih tidak ditunaikan, malah tiada usaha ke arah itu? Allahuakbar..”

Saya semak kembali impian untuk menghafal al-Quran. “Mesti ada usaha. Mesti ada ikhtiar. Bagaimana hendak dapatkan sagunya, jika ruyung tak dipecahkan,” tekad hati kecil saya. Al-Quran yang sering saya baca, saya renung.
“Tapi tebalnya ni. Boleh ke nak hafal?” muncul pula suatu bisikan melemahkan semangat.
Di suatu sudut, terdapat suara lain yang berbisik, “Sampai bila harus menunggu. Setahun telah berlalu. Berapa tahun lagi mahu pergi berlalu untuk saya mulakan langkah pertama..”

Ingat lah akan firman Nya,
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(A-li’Imraan 3:133)

Ingat lah akan firman Nya,
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka; Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka; Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka; Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; Mereka itulah orang-orang yang segeramengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
(Al-Mu’minuun 23:59-61)

Dan ingat lah akan firman Nya,
..dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku”.
(Taha 20:84)

Kata kunci nya adalah Segera! Jangan nanti-nanti.

Saya capai Al-Quran tersebut dan selak lembaran demi lembaran. Lalu saya berkata pada diri, “Kena buang perasaan negatif itu. Harus yakin. Lakukan kerana Allah swt.” Al-Quran itu kemudiannya saya dakap erat, sambil terus berbisik sendirian, “Saya mahu ayat-ayat ini dekat di hati- terpahat dan terpateri. Ya Allah.. tolong..”

Kata-kata itu adalah sebuah doa. Namun perlu disulami usaha.

Strategi disusun. Program yang menawarkan kursus menghafal Al-Quran secara online untuk wanita dewasa, saya cari. Ketemu, namun, saya perlu menunggu. Ramai yang telah memohon, dan mereka juga sedang menunggu. “Rezeki itu ada inshaaAllah. Sementara itu, tahsin kan bacaan dan mantapkan tajwid,” bisik hati memujuk diri.

Alhamdulillah, setelah lebih 3 bulan menunggu, pada awal tahun 2017 saya diterima masuk ke program tersebut. Tawaran diterima dengan penuh kesyukuran. Sebuah perjalanan baru untuk ‘seumur hidup’ telah bermula.

Setahun telah berlalu. Bermula dengan hanya mempunyai 10 surah di dada, mashaAllah quwataillah billah, kini telah tersemat lebih dari 45 buah surah. Alhamdullillah. Perjalanan masih jauh dan panjang. Namun saya tekad. kaki akan tetap terus melangkah. Berbekalkan istighfar, saya berdoa agar terus istiqamah bersemangat untuk menambahkan storan dan yang paling utama adalah untuk mengulang bacaan hafalan. InshaaAllah.

Saya tanam hasrat untuk berjaya menghafal Al-Quran sebelum umur mencecah 45 tahun. Semoga Allah swt memberi kemudahan kepada saya dalam menempuh perjalanan ini. Ameen.

Selasa, 13 Mac 2018

ABM

Bismillah..

Sekadar berkongsi -  my ABM = alat bantuan menghafal. 

Mushaf Al-Quran Hafazan. Alhamdullillah, saya suka sangat dengan Quran ini. Saiz A5 dan saiz poket yang senang nak dibawa ke mana-mana.

Apps Ayat by KSU dl di ipad. Ini penting sebab malam-malam sebelum tidur biasa nya saya akan cuba menghafal ayat baru atau revise apa yang dah dihafal. Apss Ayat ni surface dia sama macam Al-Quran Hafazan, so sangat membantu dalam fotografik memori supaya otak tak konfius dengan kedudukan ayat pada mushaf.

Tasbih kecil untuk ulang ayat yang sedang dihafal sebanyak 33 kali. 

Voice recorder untuk record hafalan dan detect jika ada kesilapan. Sangat membantu bila buat murajaah.

Bluetooth headphone, boleh dengar bacaan qari sambil buat kerja. Qari kegemaran adalah Shk Gwani Sadiqu. Bacaan yang jelas makrajnya, tidak terlalu perlahan atau laju, dan lenggok bacaan yang tidak terlalu mendatar atau berirama. 

Al-Quran terjemahan lafaziyah juga penting untuk mengetahui makna ayat secara per kata. Penting dalam 'memotong' ayat dan menyambungkannya kembali lebih-lebih lagi untuk ayat yang panjang supaya makna tak lari.




---
Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Jumaat, 9 Mac 2018

Teman hafiz

Bismillah...

Setiap apa yang kita tulis, apa yang kita kata adalah doa - yang di-ameen-kan secara senyap oleh malaikat di sekeliling kita.



Semasa meng-cut&paste artikel di atas, saya berkata pada diri - saya boleh 'tick' hampir kesemua yang disenaraikan namun perkara #1, adalah perkara yang masih saya tidak ketemui. Saya titip dalam doa saya pada Allah swt, semoga Dia hadiahkan saya seorang teman yang mampu untuk mendengar bacaan saya dan memperbetulkan dan kita sama-sama mendengar dan memperbetulkan each other.

I am very thankful for Memorisation class by TMEAG, ada few students yang best sangat bacaan nya dan hafalan juga mantap, I did thinking to message them privately, so that we can be Quran buddy, but I know, people might have their own life schedule, and being rejected with the idea is something I can't handle, at least not for the moment - takut kecewa akan menyebabkan diri rasa demotivated. But I do keep in mind that I will contact one of the sisters, so that we can do revision together as during Ramadhan the Memorisation class will not be on.

However. later earlier this month, I came across to this ad. Alhamdullillah.. for this gift, so insyaAllah for Ramadhan, I will join in this circle to revise my memorisation. Alhamdullillah...



Dan berbalik kepada perkara #1, teman hafiz or Quran buddy, Alhamdullillah syukur ke hadrat Allah swt, untuk kelas Quran MN, suddenly Ustadza Zaynab said, that she was not happy with our progress in murajaah for the previous day class and suggested that we work in pairs and do murajaah everyday with our partners. Alhamdullillah.. so for the Quran buddy, I have found one. Hidup ni sometimes, macam magic sangat. The moment you want something so badly, ting.. it happen right in front of your eyes. Well, tak de magic sebenarnya. Semua nya susunan Allah swt dan Dia tahu apa yang terbaik buat hamba Nya ini. Yang penting adalah di saat kita berdoa, doa itu adalah seikhlas hati.. untuk mencapai redha Allah swt. 

Alhamdullillah. Post ini adalah untuk saya terus ingat bahawa tiada yang mustahil jika kita yakin dan terus berdoa - Allah swt akan hantar pertolongan. Dan post ini juga sebagai satu peringatan bahawa jalan itu telah ada, kelihatan dipermudahkan dan terbentang luas untuk dilalui, and now its up to me.. masih mahu berangan-angan dengan menyatakan Quran telah tertanam di hati atau bergiat keras ke arah itu. 

"Orang yang cerdas adalah orang yang memperhitungkan diri dan beramal untuk kehidupan setelah kematian, dan orang lemah adalah mereka yang menuruti kemahuan diri, dan berangan mendapat keampunan Allah". Hadith At-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad. (At-Timirdzi meriwayatkan hadiths ini Hasan)

Pesan buat diri: Kuatkan tekad. Jauhi kata 'nanti saja'. 

---
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.

Sabtu, 3 Mac 2018

Syukurku Pada Ilahi

Bismillah..

Artikel ini ditulis untuk LangitIlahi.com. Boleh juga dibaca di website LangitIlahi pada link ini:
http://www.langitilahi.com/perkongsian-pengalaman-syukurku-pada-ilahi/

***

Jam 1000 malam.

Alhamdullillah, anak-anak semua telah selamat masuk tidur. Lega rasa hati. Selesai cerita satu hari yang tidak kurang panjang nya. Sebagai seorang surirumah, orang luar mungkin melihat kerjaya ini ringan dan mudah. Malah kawan rapat juga pernah melontarkan pandangan, 
“Kau senang la kan, tidak terkejar-kejar di pagi hari.. tidak penat seharian di pejabat, dan tidak terkejar-kejar juga untuk pulang ke rumah dan bertarung dengan situasi di rumah.” 
“Alhamdulillah,” jawapan ringkas dari saya.

Benar, sesungguhnya saya bersyukur. Di zaman ini, di mana kehidupan berkiblatkan materi, adalah menjadi suatu kesukaran untuk seorang perempuan yang berpendidikan tinggi, melepaskan jawatan di institusi kukuh, untuk berkhidmat sebagai ibu sepenuh masa. Alhamdulillah di atas sokongan suami, tatkala saya melontarkan hajat untuk mengasuh anak dengan tangan sendiri, dia bersetuju tanpa berfikir panjang. Cuma satu katanya, “Hidup tak boleh la bermewah-mewah lagi macam sebelum, sebab sekarang ni saya seorang sahaja yang berkerja”. Saya ambil pesan suami sebagai satu motivasi, untuk hidup berlandaskan keperluan, kerana kemewahan itu pilihan yang andai ada rezeki, kita nikmati, jika tiada, kehidupan tetap disyukuri, dan saya yakin rezeki itu milik Yang Maha Esa dan hanya Dia yang punya kuasa untuk mengagihkan kepada siapa.

Firman Allah swt, yang bermaksud:
Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki- Nya, dan Dia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya, Dia Maha Dalam Pengetahuan, lagi Maha Melihat hamba-hamba-Nya.
Surah Al-Israk, 17:30

Saya berbaring, bersedia untuk melelapkan mata sambil bermuhasabah,
“Apa yang telah kulakukan hari ini?”
“Hari ini, adakah langkah ku makin hampir kepada Nya atau semakin menjauh?”
“Wahai Tuhan kami, Tidaklah engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari azab api neraka.”

Hati berdzikir, Astaghfirullahu wa atubu ilaih yang membawa maksug “Aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya” – saya baca berulang-ulang dan bagaikan terhipnosis, saya kembali tersedar pada jam 4.30 pagi. Alhamdullillah, masih diberi peluang untuk menjalankan tugas sebagai khalifah.

Masa ini masa emas. Anak-anak masih lena diulit mimpi. Ini rutin pagi yang saya nanti- nantikan, tanda mensyukuri nikmat atas segala anugerah Dia pada saya selama dada masih berombak bernafas. Peluang diri untuk mencari kekuatan dalam menempuh hari-hari, memohon keampunan-Nya atas dosa yang saya lakukan secara sedar atau tidak, bercerita dan mengadu permasalahan harian, hanya pada-Nya – di kala hari menguji diri, saya menangis mengadu dan di kala hari tersenyum cerah, saya panjat syukur bertalu-talu. Pada masa yang berbaki, saya amati pesan-pesan Dia di lembar- lembar Quran.

Sayup-sayup terdengar adzan memecah keheningan subuh yang bening. Alhamdullillah, satu hari yang panjang bermula kembali. Harapan setiap hari, langkah ini moga semakin hampir dengan Nya, dan bukan berpaling jahil juga sombong.



Jumaat, 2 Mac 2018

Yang Susah Hafal Al Qur'an Jangan Berkecil Hati - Ustadz Adi Hidayat Lc MA

Bismillah..

Selepas membaca banyak buku berkaitan dengan tips hafalan, saya terpanggil untuk membuat pencarian berkenaan dengan keadah neuro nadi di mana kaedah ini bukan sahaja dapat membantu proses mengingat dengan cepat tetapi juga dapat membantu menghafalan secara details - nombor ayat, dan ayat boleh dibaca secara terbalik. Hasil google saya bertemu dengan youtube Ust Adi Hidayat. MasyaAllah.. memang hebat kaedah neuro-nadi ni tetapi tak sesuai untuk penghafalan secara individu, kena hafalan secara duo atau berkumpulan kerana terdapat soalan pertanyaan untuk stimulasi otak. Dan selepas itu, saya terpanggil untuk menonton klip-klip video yang lain daripada Ust Adi kerana banyak tips yang diajar oleh beliau berkenaan dengan teknik-teknik hafazan.

Dan tiada kebetulan, saya terserempak dengan video ini:

 

7min, dan saya menonton dengan penuh terharu.. terasa seperti video itu bujukan untuk diri ini. Ya, saya adalah di kalangan hamba Nya yang menghadapi kesulitan dalam proses penghafalan. Pelajar yang sangat perlahan. Saya ambil masa 1tahun untuk menghabiskan juzzuk Amma - di mana hafalan baru adalah dari surah Al-Qariah ke surah An-Naba. Dan setelah masuk ke bulan March tahun ini, saya masih di surah Al-Qiyamah - bermakna saya ambil hampir sebulan untuk lulus hafal dengan lancar surah Al-Mursalat dan Al-Insan. Alhamdullillah, Ustadza Fatimah adalah sangat bagus, selagi hafalan tersekat-sekat, tersaktah-saktah, tidak meluru laju seperti Al-Fatihah, selagi itu tak boleh move ke surah baru, walaupun dalam hukum tajwid bagus dan tiada lahn.

Alhamdullillah, setiap kali mula menghafal saya lurus niat kerana Allah swt, walaupon kadang diganggu bisikan syaitan, yang cuba untuk membandingkan diri saya dengan pelajar lain yang cepat dan cantik bacaan nya. Namun saya abaikan bisikan tersebut kerana saya tahu, kemampuan setiap orang berbeza, dan apa yang penting bagi saya ialah, biar lambat hafalan namun ingatannya melekat. Cuma ada ketika saya rasa letih dengan diri sendiri, rasa nak marah pun ia juga.. sebab lembab, dah hafal, sejam kemudian, tergagap-gagap kembali, lupa semula. I feel so mad with myself! 

Tapi bila dengar Ustaz ni cakap: "Hafalan yang perlahan dan tersekat-sekat bacaan nya adalah kerana Allah swt nak bagi pahala lebih", berjurai air mata ini. Terasa sangat Allah swt itu kasih pada hamba Nya yang seorang ini- ya, saya akui, saya banyak dosa.. zaman silam yang penuh kejahilan. Andai ini untuk membasuh dosa lalu, ya Allah, terima kasih sangat-sangat. Jangan lah ditarik nikmat hafalan ini ya Allah.. Beri lah kekuatan untuk saya tempuhi jalan ini. 

Dan saya juga suka bila Ustaz cakap: "Allah swt menurunkan al-Quran untuk memberi manfaat kepada kita - Ada golongan yang diinginkan oleh Allah untuk mendapat pahala dari Qurannya, ada golongan yang diinginkan oleh Allah untuk membawa Quran dalam kehidupannya dan ada golongan yang diinginkan oleh Allah untuk mendakwahkan isi Quran dalam kehidupannya. Setiap kita diberikan yang terbaik dalam kehidupan kita". Subhanallah, such a motivation. Berdamping dengan Al-Quran ternyata tidak merugikan. Its a win-win situation, di sini kita bahagia, di akhirat juga kita bahagia, biidznillahi taala. 

Semoga hubungan kita bersama Quran tetap utuh dan apa pun "hadiah" Allah swt, dalam perjalanan kita untuk melafazkan Quran dengan hukum yang betul, menetapkan Quran di dalam hati, atau mengamalkan Quran di kehidupan seharian, sentiasa bersangka baik dengan Nya - kerana: Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. :)

---
Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.