Rabu, 27 Disember 2023

Quick update

 Bismillah arRahman arRahiim.

Assalamualaikum semua. Bagaimana kabarnya? Semoga di dalam lindungan Allah sentiasa.
Baru ini, blogger hantar email. Katanya, mana-mana acc blog yang tidak update akan dideletekan secara permanent. I have other blogs yang lebih bersawang compare to this one, which saya rasa kalau blogger nk delete, tafaddol.. i dont mind. But this blog, saya sayang sangat-sangat. Blog nan satu ni adalah catatan hidup yang bergerak dari satu fasa ke satu fasa yang lain. So, lets update.

Ini mungkin post terakhir untuk tahun ini yang berbaki 4hari untuk menuju ke 2024. 

Ok. Update pertama: Saya masih lagi menghafal. Masih tidak selesai khtaman pertama. Subhanalah., perlahan nya mengalahkan seekor kura-kura. Saya rasa tahun ini yang paling teruk. Progress nya hanya 2juz hafalan baru. Allahuakbar. I was like doing nothing from Jan to Mei. Ketiadaan kelas tmg benar-benar terasa. Sakitnya di sini. I enrolled w other classes, yang akhir nya berkekalan hingga ke saat ini adalah kelas Daarunnisaa. Alhamdullillah. I will stick to that. Together w SqL, Daar Alfawwaz, Abdurmansur, Ust Chairunnisa dan Ustadza Oke untuk personal murajaah harian. I will bid farewell to others. Semoga Allah mudahkan, Aamiin.

Update ke2: Alhamdulilah. walaupun hafalan baru tidak comel untuk tahun ini, namun 5juz terakhir, alhamdullillah adalah baik di dalam ingatan. Mutqin.. erm I can say its going there.. alhamdullillah. Thanks for my partner murajaah who help me to listen to the same juz again and again tanpa jemu. Alhamdulillah. Semoga juz-juz lain juga menyusul untuk kukuh di ingatan.. Aamiin.

Update ke3: I became a teacher. Alhamdullillah. Setelah sangap hampir berbulan-bulan, dengan menghimpun doa yang tak putus-putus supaya Allah membantu aku untuk kekal bersemangat di jalan ini, I had an opportunity to teach in an online madrassah. Alhamdullillah. Peluang nya hadir tepat pada masanya. Eventho diri sendiri masih banyak flaw, namun helping others to memorise the Quran and giving them motivation, serba sedikit turut menyuntik semangat pada diri sendiri. Alhamdullillah. Terima kasih Allah di atas hadiah yang sangat berharga ini.

Update ke4: Keep walking. Alhamdullillah. I walk like >20min daily, now. Alhamdullillah. It makes me happy. Alhamdullillah.

Update ke5: 5h4m Kem ibadah Rabata Retreat. I think this is the major highlight for this year. Alhamdullillah atas idzin dan peluang. Syukur sangat. Keseluruhan kem ini saya fokuskan kepada perjalanan peribadi saya sebagai penghafal Quran. Contohnya seperti group activities, ceramah pendek, story time - semuanya saya rasa menyuntik semangat untuk terus bersama alQuran. Even the 1st group activity yang dilaksanakan, which everyone will have to take a small piece of paper - yang ada tulis fasting, sadaqa, education, dawah etc.. and I got, yes "Quran". Subhanallaah.  Kem ini betul-betul menyebabkan aku berfikir kembali - tujuan aku menghafal - ke arah mana aku nak pergi - my relationship w the Quran - and all. Alhamdullillah. In shaa Allah biidznillah untuk tahun 2024, aku bersedia untuk mengubah mindset dan semoga hubungan aku dan alQuran semakin teguh dan semoga Allah memudahkan untuk aku merealisasikan apa yang dirancang.. Aamiin ya Rabb.

Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 


Sabtu, 29 Julai 2023

Sebuah Metafora

 Bismillah ArRahman Arrahiim.


Assalamualaikum.. Apa kabar semua? Setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang update, hari ni saya nak jadi penglipurlara. Saya nak bercerita sebuah kisah pengembaraan yang dasyat. Kisah nya berbunyi sebegini:


Ada seorang manusia - saya gelarkan dia Anas (terjemahan dari bahasa Arab yang membawa maksud erm... manusia. Senang guna term ni sebab dia gender am. Boleh jadi lelaki atau wanita.) Di suatu ketika, Anas suka membaca sebuah kitab. Sebuah kitab warisan turun temurun. Kitab tersebut bercerita tentang permata kehidupan yang bisa membawa kebahagian pada masa kini dan juga masa depan. Setelah hampir berpurnama Anas membaca dan memahami isi kandung kitab tersebut, dia terpanggil untuk menjelajah mencari permata-permata yang menakjubkan itu. 


Maka, bermula lah pengembaraan Anas ke sebuah daerah terpencil mencari permata-permata sakti itu. Ada 114 buah permata keseluruhan nya. Menariknya tentang permata itu, ada yang senang didapati dan ada pula sukar sehingga menangis air mata darah untuk mendapatkannnya. Lebih menarik, pada sesetengah orang, kegiatan mencari permata tu bagai tidak bermakna. Ada kegiatan lain yang lebih penting yang lebih baik dilakukan dari mencari permata. Senang cerita, nilai permata-permata itu, hanya manikan sahaja yang tahu. 


Bertahun-tahun masa yang diambil oleh Anas untuk mendapatkan permata tersebut. Mencangkul tanah ke kedalaman terdalam, masuk gua pecahkan dinding, berenang di lautan api, serta mendaki gunung yang kerapkali dilanda ribut salji. Apa saja rintangan yang datang, Anas tidak berputus asa. Penat berlari, dia berjalan. Penat berjalan, dia merangkak. Begitulah, selagi mahu dia berusaha. Pantang menyerah sebelum kalah. Demi 114 permata berharga. 


Meh nak cerita, apa yang best sangat pasal permata ni.. Permata-permata ini, tatkala memperolehi nya, ia mengeluarkan cahaya yang memancar-mancar menerangi segenap ruang. Ini antara momen-momen yang memuaskan hati. Perasaan nya melonjak ke langit tertinggi. Sebab itu, bila dah dapat satu permata, hati ini jadi tak puas di situ. Nak lagi dan lagi. Sehingga cukup 114 permata diperolehi. Namun, pancaran cahaya permata itu sekiranya tidak dijaga, lama kelamaan cahaya itu beransur malap, suram dan gelap. Sinar nya mudah sirna! Makanya, antara aktiviti terpenting setelah mendapatkan permata-permata tersebut adalah terus terus menggilapkannya agar cahaya nya tidak hilang. Ajaib nya, permata yang kerap digilap akan semakin terang dan terang dan sampai pada suatu ketika cahaya terang nya itu kekal dan permata-permata tersebut tidak perlu digilap lagi. Namun ini mengambil masa yang lama. Bertahun-tahun. Malah, mungkin juga puluhan tahun untuk cahaya nya kekal menyinari. Seperkara yang tidak kurang pentingnya juga berkenaan permata-permata ini ialah, cahayanya akan malap jika Anas melanggar pantang. Ya, permata keramat ini ada pantang nya. Pantangnya itu adalah perkara-perkara terlarang. Bahasa mudahnya: maksiat. Sekiranya Anas bermaksiat, maka suramlah cahaya permata. 

Anas perlu punya himmah yang tinggi. Dia harus sadar, bahawa permata-permata itu sangat-sangat-sangat berharga. Nilai nya bisa meletakkan dia pada tingkat-tingkat surga tertentu. Oleh kerana itu, setiap kali dia menggali dan menemui permata tersebut, dia harus jaga permata-permata itu. Perkara pantang juga perlu dititikberatkan.  Kadang-kadang, kegiatan mencari dan mendapatkan permata-permata tersebut senang. Yang menjadi susah adalah untuk menjaga permata tersebut. Ramai Anas-anas yang tersungkur di sini. Setelah 114 permata ditemui, ianya disimpan di dalam peti, tidak dipeduli. Bukan begitu menghargai pernmata-permata itu. Ianya bukan dikumpul untuk disimpan. Hakikatnya, permata itu sentiasa harus dipegang, diusap dan digilap supaya sinarnya tidak sirna. Supaya bercahaya kekal terang benderang, tidak malap gelap lantas bertukar menjadi kerikil. Sayang andai permata yang dicari dengan lelah getir, setelah diperolehi, dibiarkan berdebu menjadi batu. 

Begitulah, kisah nya.  Untuk yang tidak jelas, Anas adalah si penghafal alQuran dan 114 permata adalah jumlah keseluruhan surah dalam alQuran. 


Soalannya disini, yang suka saya nak tanya -  Apa kabar hafalan kamu? Sudah dimurajaah belum?

Jangan biarkan permata kembali menjadi bata. Teruskan perjuangan - gilap permata itu dengan sabar tanpa jemu. Kelak nanti cahaya nya menerangi di alam kubur terus ke akhirat. 


Terima kasih kerana membaca. Secara surface nya, ini kisah saya. Saya masih berpetualang. Masih dalam usaha mengumpulkan 114 permata.Antara sebab kenapa blog ini bersawang. Menjaga permata pada saya tidak mudah. Saya struggle di sini. Alhamdullillah atas kekuatan dariNya, saya masih bertahan. Walaupun, banyak merangkak dari berjalan. Dan setelah hampir tujuh tahun mengembara dan masih tersisa dengan separuh juzuk Quran, satu hakikat yang tidak dapat saya nafikan adalah - Allah itu dekat, Maha Mendengar lagi maha Baik. Di saat saya hampir sahaja mengibarkan bendera putih, Dia bantu dengan perkara-perkara yang tak terduga. Alhamdullillah, Alhamdulillah. 


Perkongsian tips “berpetualang mencari permata dan mengekalkan permata itu agar sentiasa bersinar” - 

1. Perlu ada guru. Afdalnya yang sudah berjaya kumpul 114 permata. Kerna guru ini akan bantu kita bukan sekadar mencari permata. Tapi yang terpenting kaedah menjaga dan menggilap permata-permata yang telah berjaya kita kumpul.

2. Mengembara berteman adalah lebih memotivasi dari mengembara seorang diri. Ada yang menyambut bila kita hampir tersungkur. Dan apabila dia berjaya mengumpul lebih permata, secara diam-diam, kita juga menjadi berkobar - mahu jadi seperti dia. Alhamdullillah.

3. Ketahui lah bahawa permata itu nilai nya tiada tandingan. Jika dah dapat. Jaga dia elok-elok. Orang, bila dia dengar kau dah punya permata, mungkin dia akan kagum. Namun kagum nya setakat 2 saat. Dan kau, bersama permata-permata itu punya tanggungjawab yang besar. Kita nak persembah pada Allah swt, permata-permata yang telah kita perolehi dalam keadaan cahayanya terang menyilaukan mata. Ikhlaslah demi Dia. Jika digilap namun masih malap di dunia, tidak mustahil di akhirat kelak menerangi sepelosok alam. Yang penting ikhlas, dan teruskan berjuang.

Inshaa Allah di kelapangan lain, saya kembali menulis.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita dan mengurniakan barakah pada masa kita supaya bisa beribadah dengan maksima nya. Aamiin. 

Ahad, 21 Mei 2023

Mengikhlaskan diri

    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Mengikhlaskan diri itu, semata kerana Allah swt, amatlah tidak mudah.
Semua suka dipuji. Semua akan seronok apabila menjadi 'center of attraction'.
Pengorbanan melakukan sesuatu akan merasa lebih bermakna apabila dihargai,
    diperkatakan orang sana sini. 

Jujurnya, sebagai manusia biasa, saya tidak terkecuali.
Hati akan berbunga-bunga apabila ada yang memberi kredit dan indikasi.
Dan puji-puji itu bagai minyak yang membakar riak dalam diri.
Menjadikan kita mahukan lagi dan lagi - orang datang puji dan terus memuji.

Al-hasil, jadilah kita melakukan sesuatu kerana manusia,
    Bukan lagi kerana Dia.
Allahu ahad, menjadi sekadar sebutan dibibir sahaja
Hati sebenarnya lebih mengharap pada pahala duniya
"Wah, hebatla kau.. Terer la kau.."
Itu yang didamba-damba.

Semangat!
Kita lakukan lebih banyak kebaikan,
- jadikan ia konten,
upload live di ig dan fb.
"Hei semua, tengok sini. Hari ini aku lebih mulia.
Lebih banyak berbakti - aku beri derma., aku tolong si polan, aku baca banyak Quran"
Like please..
Agar aku lebih bersemangat.
Agar di hari ke depan aku lakukan lebih banyak amalan, 
mencipta konten untuk dijadikan tatapan,
agar ramai jadikan aku kaguman.

Sayang sekali..
Yang penat nya malaikat di kanan dan kiri
Si Raqib ratap menangis -- akan pahala yang hangus terbakar
Si Atid giat menulis -- akan ujub, riak yang semakin memekar

Ternyata amalan itu pelaburan yang sia-sia,
Kerana ikhlas nya telah tiada
di hadapan Allah, aku papa kedana.

Allahuakbar.. Allahuakbar.
Saya tak mahu jadi seperti itu.
Saya mahu apa yang saya lakukan lillahi taala, hanya mengharap keredhaan Allah yang Besar.
Saya delete fb, saya undur diri dari ig.
Saya bukanlah siapa-siapa. Biarlah tidak dikenali.
Jika ianya menbantu saya untuk
Mengikhlaskan diri.

___


Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Sabtu, 24 Disember 2022

Mendekati Allah swt

    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdullillah. Syukur kepada Allah swt di atas kesempatan untuk menulis lagi pada hari ini. Semoga apa yang ingin disampaikan pada kali ini memberi ibrah yang berfaedah kepada diri sendiri terutamanya dan yang membaca artikel ini.

Aktiviti biasa waktu petang adalah 1kjump dan sambil melompat saya layan yt. Yt terbaru yang saya layan adalah video di bawah ini:



Ma shaa Allah. Saya memang suka sangat dengan Ust Norhafizah Musa. Pendapat saya dia adalah Yasmin Mogahed versi tempatan. 

Ada banyak video Ustadza yang saya tonton, dan video terbaru ini, suka saya nak kongsikan di blog sebab kisah nya sangat memotivasi. Isu yang diutarakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, dan sekaligus memutuskan punca yang menyebabkan kamu jauh atau terhijab daripada Allah swt. 

Jika kita mahu mendekati Allah maka lawan nya kita perlu menjauhi perkara yang menyebabkan kita jauh daripada Allah.
Contoh mudah: bulan ni AA merancang untuk khatam Quran. Makanya, mengikut plan kena baca 1juz sehari. Sebab AA bekerja, maka dia target nak baca Quran waktu pagi sebelum dan selepas Subuh, waktu lunchour, selepas Dhur, dan waktu antara Magrib dan Isya. 1juz ada 20muka, dan AA ada 3 waktu yang diperuntukkan, maka 1 waktu kena baca at least 7muka. = so this is the plan. Jika dia tekad stick to the plan, inshaa Allah niat untuk mengkhatamkan Quran pada bulan tersebut akan terlaksana.
First day alhamdullillah, all is good. 2day also good. Masuk 3rd day, kawan ajak lunch kat restoran so-and-so. So AA kata, "its ok. Nanti malam akan habis kan juz3". Somehow, its a bad working day, meeting panjang takde kata putus, balik tadi hujan lebat jem sepanjang jalan, so sampai rumah, the energy seems to drain. Rehat kejap la, buka tv. Then, kepenatan tu terbawa-bawa sampai habis habis isya' terus rasa nak tidur awal. "I'll read Quran esok sahaja." Comes tomorrow, bila buka Quran dah rasa overwhelm sangat sebab nak kena habis kan 1.5juz. And then AA start to have self-doubt, "I can never do this". And then khalas. Not that AA tak berjaya nak khtam Quran on that particular month, but he/she also won't be able to finish it in the next-next month. Sebab AA have already put barrier on your mind. 

= Jadi dalam situasi ini apakah punca yang menyebabkan AA tidak berjaya khatam Quran?
Banyak punca yang dapat kita kenalpasti:
1. kawan-kawan pejabat
2. tv
3. tidur
4. himmah AA yang lemah

Punca-punca ini lah yang perlu kita putuskan demi mendekati Allah swt.

***

Alhamdullillah. Sebulan yang lepas saya ada menulis (post Demi Masa) yang saya telah men-delete instagram account saya. Kerana scrolling itu kecanduan. Entah apa yang dicari juga ga pasti. Dan selepas sebulan tanpa iG, Alhamdullillah, saya dapat lihat banyak impak positif dalam hidup saya. Terutamanya hubungan saya dengan alQuran. Alhamdulillah. Lawahlawalaa quuwataillaa billah, saya khatam Quran setelah kali terakhir khtam Ramadan lepas. Subhanallah. 

Dan yt Ust Norhafizah Musa di atas datang tepat pada waktunya. Memujuk hati untuk firm dengan keputusan untuk terus mendekati Allah swt. Alhamdullillah, terima kasih Allah. 

Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Selasa, 20 Disember 2022

Menghafal tanpa exam (random ayat)

    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah, bertemu kita kembali. Terima kasih kepada Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakan Nya. Terutamanya nikmat usia yang masih dipanjangkan untuk kita meneruskan ibadah dan menyediakan bekal di rumah yang kekal. 


Khayr. Berbalik kepada title post kali ini, saya ditanya: 

Akak dah agak berusia, dah 50an. Alhamdullillah, hubungan akak dengan alQuran adalah baik. Setiap hari bertilawah. Akak plan nak start menghafal alQuran. Buat persediaan, nanti dah pencen ada la benda nak dibuat. Tapi bila fikir balik, akak jadi nervous pulak. Akak jadi takut dengan exam dan soalan tembak-tembak tu. Ada ke kelas menghafal alQuran tapi takde exam-exam macam tu? 


Alhamdullillah. Mashaa Allah, tabarakAllah. Seronak saya mendengar yang plan persaraan Akak adalah untuk menghafal alQuran. Mashaa Allah. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah Nya kepada akak untuk menempuh perjalanan bersama AlQuran. Aamiin.

Pertama, untuk menjawab soalan akak ialah, always meluruskan niyat kerana Allah. Sebab jika dilihat di sini: kenapa nak menghafal alQuran - sebab nanti dah pencen itulah aktiviti yang mahu dibuat. Tak salah dengan plan ini, cuma jika tidak diteguhkan kerana Allah, bimbang nanti berlaku perkara lain yang akan menggoyahkan kemahuan itu. Kot nanti jumpa kawan-kawan lama (school gathering) dan kawan-kawan ajak “Jom kita mengembara satu dunia” - dah hilang pelan asal- dari nak menghafal alQuran, diganti dengan nak perkara lain untuk “mengisi masa pencen kita”. Sebab ini adalah godaan-godaan syaitan yang seboleh-bolehnya memang mahu kita menjauhi  alQuran. Jadi, luruskan niyat KERANA ALLAH swt. Kerana jika ianya kerna Allah, apa sahaja halangan yang mendatang, inshaaAllah, biidznillahi taala, kita berupaya untuk menempuhnya kerana kita tahu tujuan akhir adalah untuk mendapatkan keredhaan Nya. 

Kedua,  memandangkan akak memang sudah membiasakan diri bertilawah setiap hari, mashaa Allah, saya berpendapat, in shaa Allah, akak akan mudah untuk menghafal kerana lantunan ayat-ayat alQuran itu telah terbiasa di lidah akak. Untuk berjaya menghafal alQuran, sebenarnya, tak perlu nak menyertai kelas atau halaqa. Menyertai kelas atau halaqa itu bagus, sebab ianya memberikan kita disiplin, semangat dan motivasi untuk menghafal dan terus menghafal especially bila kita lihat teman-teman yang sama telah hafal maju ke depan atau hafalan nya bagus tiada kesalahan. Keadah exam juga bagus untuk kita terus kembali kepada hafalan lama, kekal mengulang dan terus mengulang. Maknanya kat sini, kita menghafal dan kita terus dengan kegiatan hafalan itu. Tidak terputus. 

Namun, keupayaan seseorang itu berbeza. Jadi di sini, apa yang penting ialah untuk mencari halaqa yang Guru nya faham dengan kemampuan pelajar-pelajar nya. Tidak semua bisa untuk menghafal 1page dan murajah 1juz sehari. Ustadz Deden ada berkata, alquran itu bukan untuk digegas-gegas - hubungan bersama alQuran is not a rushing relationship. Ia nya berkadaran. Seperti setiap hari kita makan dan minum untuk kelestarian hidup hingga ajal menjemput, begitulah juga alQuran. Setiap hari kita baca - murajaah dan tadabbur - sehingga lah ke hembusan nafas yang terakhir. Tak pernah lagi saya dengan orang yang makan dan minum hanya pada hari Sabtu dan Ahad dan survive sepanjang weekdays tanpa makanan. Wallahualam. 

Dan saya faham akan pressure bila ditembak dengan soalan sambung ayat dan kita tak dapat menjawab - bukan sebab tak tahu - sebab ketakutan yang menguasai diri menjadikan kita lupa surah apa, ayat di muka mana etc. Kena pula pada situasi  yang, kita baca, namun otak masih mencari-cari dimana letak duduknya ayat itu, dan Ustadza pula sibuk nak membetulkan tajwid kita yang dan-dan tu la nak ke laut. Dan berada di dalam halaqa (walaupun online), our mind somehow conscious sebab di saat yang sama kita rasa ada orang lain juga mendengar bacaan kita. Dan apabila 5min itu selesai, kita akan terasa loser sangat- at least, this is what I used to feel when the situation strikes me. Huhuu. 

Jadi, sekiranya kita tak merasa seronok untuk berada pada situasi yang saya explainkan di atas - yang somehow for some, ianya boleh mematahkan semangat dan mendemotivasi, apa yang saya boleh suggest ialah mencari Ustadz atau Ustadza personal, yang dapat membantu untuk tasmig bacaan hafazan kita dan sekali sekala mendengar bacaan murajaah supaya hafalan lama tidak luput dalam ingatan. Tak perlu masuk halaqa. Exam dan sijil itu, sebenarnya tiada nilai. Kerana Allah lebih tahu - kerana apa kita menghafal Quran. Kerana Dia atau duniya? 

Suka juga untuk saya berkongsi di sini- jika ada yang mencari halaqa based in Saudi: Boleh click link ini: https://maqraa.sa/student/login.php. Kelas percuma. Sistem menghafal dan boleh diselang-seli dengan murajaah (depends on teacher). Kelas English will be at 2am Msia time. Jika nak waktu yang bersesuai daftar kelas Indonesia- jam1-2petang waktu tempatan. Yang di sini memang tiada exam.  

Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Ahad, 27 November 2022

Hati-hati dengan Hati

   بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kongsian ilmu dari kajian yang saya ikuti ini:

Ubat kepada penyakit hati yang pertama adalah taubat. Banyakkan istighfar. Harus kembali kepada alQuran - syifa dan rahmat.


Jika tidak mudah memaafkan - akan sulit keluar dari masalah. 


Semua perkara adalah dengan idzin Allah - harus mendekat pada Allah. jika dilanda musibah - harus faham ini dari Allah, kerna apa sahaja tidak akan terjadi tanpa idzin Allah. 


Segala penyakit hati akan menjadi celah masuk syaitan. Kalo seorang hafidz pun, jika tidak menjaga hati, dari segala kemaksiatan, alQuran itu tidak akan menjaganya - kerana dia bermaksiat. Ini adalah musibah bagi dirinya.


Utamakan agama dan akhlak. Iman dan ihsan yang tertanam - saat sendirian dia tahu Allah sedang memerhatikannya. 


Orang yang ikhlas -segalanya kerna Allah - tidak akan diganggu syaitan. 


Doakan untuk saudara - jangan berhasad, sombong, atau merendahkan orang - semakin banyak ilmu perlu lebih tawaduk - ilmu akan lebih berkah. 


Kunci untuk hidup tenang, memaafkan orang, dan menjaga hati:

1. Berdoa pada Allah agar mudah memaafkan

2. Berdoa agar mudah melupakan apa yang telah berlaku.

3. Rukyah mandiri.

4. Ikhlas kan kerana Allah. Pohon hidayah dari Allah.

5. Jika hati terlalu sakit - mohon Allah saja yang membalaskan keburukannya. 


Pintu masuk jin ke dalam hati:

1. Marah yang meluap-luap - perkara sepela juga ga bisa sabar.

2. Ketakutan yang amat sangat - tidak menyandarkan penjagaan dirinya kepada Allah. Jika dalam keadaan takut, segera beristiadzah.

3. Memperturutkan hawa nafsu shahwat - berkhayal, melamun, fikiran kotor, tidak bersabar.

4. Lalai dalam berdzkir, melewat-lewatkan solat. 


***

Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Jumaat, 25 November 2022

Demi Masa

   بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugiaan. 110:1-2.

Masa itu pedang bermata dua - jika kamu tidak gunakan 'masa' untuk memotong sesuatu, 'masa' akan gunakan sesuatu untuk memotong kamu. 


Subhanallah. Bermacam perkara berlaku, lately. Dan yang paling ketara nya saya seperti terhanyut melayan situasi dan mengabaikan masa-masa penting yang seharusnya saya guna untuk mengulang hafalan lama atau menambah hafalan baru. Menariknya, saya sebenarnya sedar saya melagho namun seperti tiada daya untuk melepaskan diri dari perangkap itu.  Allahuakbar. 


Dan kemuncaknya berakhir pada insiden semalam. Saya rasa saya di-sound direct oleh Allah swt. 
Ternyata socmed itu fitnah. Yang boleh menjadikan kita dalam situasi "saya difitnah". Atau lebih dasyat lagi - "saya menfitnah". Subhanallah, Naudzubillah. Keputusan yang diambil adalah menutup pintu fitnah itu. Saya delete instagram. Saya move on. Tekad dan tidak berpaling. Lagipun keberadaan saya di situ adalah satu kesilapan. Pemerhatian saya mendapati mereka yang di sana semuanya mempunyai tujuan yang sama- iaitu berurusniaga.  Samada mereka menjual produk fizikal, ideology atau lifestyle. Malah, saya asalnya di sana juga menjual produk - baby carriers. Setelah kedai ditutup, saya masih di sana kononnya untuk berkongsi kisah seronok dalam hidup - urusniaga lifestyle. Namun, alhamdullillah dengan ilmu yang Allah kurniakan, hasrat itu  terbantut. Tidak semua suka nak dengar kisah seronok kita. Seronok bagi kita mungkin hambar pada yang lain. Malah, jika ada mata-mata yang iri mungkin akan menghantar ‘ain tanpa kita sedari. 


Dan banyak juga perkara yang berlaku hari ini yang seperti 'menasihati' saya bahawa hidup lah dalam dunia yang sebenar. Bukan dunia maya:
Feed telegram yang SubhanAllah seperti memberi jawapan kepada persoalan fikiran saya. 
Mukadimah kelas sohibul Quran oleh Ustadza Nurul seperti membaca fikiran saya - tentang masa dan bagaimana ianya disiakan dengan perkara internet yang tidak berfaedah. 
Dan yang paling terkesan ialah apabila saya membuka front page youtube saya dihidangkan dengan pautan ini. Saya buka dan dengar. Dan saya dapat rasa Allah sound direct. Subhanallah. 


So kini hanya tinggal kamu blogspot. Ruang saya berkongsi cerita. Saya suka di sini. Sunyi. Tak disogokkan dengan feed dari orang lain yang bisa menyimpangkan pusat perhatian. Malah, kehadiran kamu ke sini, wahai pembaca, adalah secara sukarela. Saya harap begitu. Kerana berbeza dengan insta, most of the time saya terasa seperti di’paksa-rela’ untuk melihat gambar-gambar yang terhidang di timeline. 

Saya berdoa apa yang saya kongsikan disini memberi manfaat kepada pembaca. Jika rasa content blog ini membuangkan masa anda, tinggal kan ianya cepat-cepat. Anda (kita) punyai hak yang mutlak ke atas apa yang kita lihat dan baca. Jika ianya tidak memberi faedah, khalas.. leave it. *Mata adalah tingkap kepada hati. Jangan melihat atau membaca perkara yang nonsense banyak sangat, rosak nanti hati. Tanda hati yang rosak adalah mencintai dunia lebih dari akhirat. - memetik kata ulama’. 

Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca.