Jumaat, 17 Januari 2014

Featured in PA&MA

untuk 3 bulan berturut-turut: Disember, Januari dan Februari. :D

I was asked to make a simple tutorial on how to make your own babywearing gear, so here, I made the ringsling, meitai and buckle carrier. Selain menyalurkan ilmu, its also one of a way to help in my business, I view this as a good opportunity in a win-win situation. :))



Dan yang paling special is in January edition as I get to share my experience being pregnant with molar and gone for chemotherapy. I look fat tho as Yahya is 36weeks inside my belly. Hehee ...



I love the fact that the writer quote this:

Thanks to Pa&Ma magazine for the great exposure, hehee.. Alhamdulillah..
A great 2014 start up :D



Ahad, 5 Januari 2014

22years

Of friendship.

From FormOne till now.
All grown up.
And this is one good company :)
Alhamdullilah...

*mini gathering at my crib. 4Jan14.

Sabtu, 4 Januari 2014

Memeluk Gerhana

First book of 2014. I've started reading on the new year eves and finished it yesterday. I am not a quick reader. I read line by line. 

Keseluruhan cerita dia, first part a bit slow. Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yang seronok bermain tanpa tanggungjawab besar. Second part zaman sekolah yg Mula mengenai erti cinta monyet. Third part (klimaks) zaman dewasa yg mula mengenai erti sebenar menjadi Muslim, dan keadaan sekeliling eg. ekonomi, politik. 

Ending adalah sangat twist. Which I cried a bucket. With kata-kata yg dipetik dari Al-Quran: "Kerana Tuhan itu lebih dekat drpd urat batang tengkuk kita sendiri", "Allah tidak akan menguji di luar kotak kemampuan". Ia. Ini adalah novel kerohanian. Garapan sangat cermat. Jalan cerita sungguh memberi kesan. 

***

I think I have found my book genre. Novel kerohanian. I am going to read more this kind of book. Selain Al-Quran. Sbb relatasi nya ada. Bersandar kepada sesuatu yang nyata. Bukan sekadar fantasi si pencerita. :)

xoxo. 


2014

Alhamdullillah.. Menginjak ke tahun baru.

Zahra masuk Primary One. She as usual, ingat sekolah (tadika) resumes macam biasa - yelah uniform semua sama, so the first day, she seems not that excited until we went to DBP and beli all her books, baru dia rasa macam, wah.. banyak nyer buku. Teruja yang melampau balik rumah, she did some of the activity in the activities books.
Darjah 1 ada 14 pelajar keseluruhan, 4 sahaja perempuan. Since boys and girls adalah asing tak campur, so total keseluruhan pelajar sekolah rendah perempuan, dari darjah1 ke darjah6 adalah ~30 orang. Semoga dengan bilangan pelajar yang tak ramai ni, cikgu dapat memberikan perhatian yg sepenuhnya especially bab hafazan, insyaAllah. Umi doakan yang terbaik for Zahra :)




Ok, setiap tahun kita akan melihat sesuatu dalam diri. Pencapaian, kekurangan dan muhasabah akan kelemahan. 2013 adalah tahun mengandung. So I see myself, lacked in physical activities, but Alhamdullillah, banyak aktiviti kerohanian yang dilakukan especially I dont have monthly menses dan penyakit susah tido malam towards the end of pregnancy.

Tahun ni: Azamnya yang pertama adalah untuk hemat berbelanja- beli yang perlu sahaja. Barang naik sana sini, so berjimat memang perlu, especially kami yang hanya single permanent income. Nasib jugak lah diri ni tak bnyk kawan (hampir tak ada sebenarnya) maka pengaruh rakan sebaya hampir boleh dielakkan. Sebab kadang-kadang kita ni membeli (yang bukan-bukan) sebab terpengaruh dengan kawan-kawan.

Kedua nk pergi lebih bnyk taman syurga, dan sebab nk join bnyk kelas agama (al_maghrib, al-Kautsar, iMuslim, Akademi Sinergi dll) memerlukan wang/yuran maka semangat lagi nk berhemat berbelanja. InsyaAllah :)

Dan yang ketiga, I want to read more and less tv. Sebenarnya tv pon tak tengok mana, just sometimes terikut jugak dengan series macam Grimm and Royal Pains. Huhuhuu.. penyakit surirumah ni- suka tengok tv.. hehee.

And mebe I will write less too. Here, I mean. I bought a notebook, to make it as my journal. Nk tulis aktiviti mana yg signifikans yang mana by day, by week or by month bole baca and refleks balik mana yg perlu diperbaiki. Tulis di laman terbuka seperti blog ni takut disalahertikan sebagai menunjuk-nunjuk. 


Ok, I think thats all for now. Selamat 2014. Semoga tahun baru ini membawa kita untuk lebih menghampiriNya, kerana masa tidak pernah menunggu, bimbang kesuntukkan nanti ;)

xoxo.