Jumaat, 13 Oktober 2017

Jumaat yang Indah

Bismillah...

Jumaat yang indah
Hujan turun mencurah-curah
Ku panjat doa mohon keberkatan
Bagi segala bentuk amalan
Mohon rezeki yang tiada henti
Untuk kehidupan di sini
Juga pada kehidupan yang satu lagi.

Pada pintu langit yang luas terbuka
Penuh harap aku meminta
Agar diri serta keluarga
Hidup damai, aman sentosa
Pengakhiran paling sempurna
Bersatu kembali, bergembira di Syurga.

Perkenankanlah..
Wahai Allah yang Maha Esa.

---
neezazaini, 13Oct2017.