Rabu, 16 Disember 2009

Papa dan Mama


This is my parent. Papa baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran pada 7 Disember lalu, menjadikan beliau berumur 56 tahun. And, yes, he’s now officially seorang pesara kerajaan aka cikgu pencen. Mama pon telah menginjak 50 pada 6 Disember lalu. I love them both. They might not be a perfect parent (who does anyway?) but having rising by them adalah sangat bersyukur.

Papa adalah seorang yang sangat berusaha keras while mama is simply perfectionist. Sampai sekarang, ada point tertentu aku masih tidak bersependapat dengan mama: like pergi majlis kawin depan rumah, you have to wear a proper baju kurung + tudung beriron (di mana aku gi kerja pon tak iron baju: those cotton silk baju yang needs no ironing la). My argument is easy: orang bukan nak tengok aku pon. Hahah..

Tapi aku tetap sayang mereka. Papa sangat garang. No doubt ayah dahulu kala adalah garang macam rimau. Haaa sekali je dah kecut perut. Tapi kan, walopon garang, papa bukanlah jenis set target yang memaksa. He did say that he wants anak-anak dia blajar tinggi but tak la paksa ko kena jadi doctor, engineer or whatever. Dia cakap jadi cikgu pon dah ok, korang semua perempuan, buat la keje mana yang perempuan mampu buat. Family lagi penting. Mungkin sebab ini, Mama adalah surirumah. Berbeza dengan Papa, aku rasa Mama lebih moden (ahaks). Maksudnya, dia tak nak anak-anak dia (yang semua pompuan ni) dok rumah menghadap duit suami jer- kena ada kerjaya sendiri, kena bole berdiri atas kaki sendiri. Dalam erti kata lain, jangan jadi macam dia. Apa pon pendapat dan perbezaan mereka, I’m happy kerana aku mendapat pendedahan yang sewajarnya dan menjadi apa yang aku jadi sekarang.

Tidak, ulangtahun perkahwinan mereka bukan hari ini. Post ini ditulis specially dedicated for their birthday: 6 and 7 Disember. But I kept on delaying nak menulis (ketandusan idea pun ye jugak).

Erm, tiba-tiba rasa syahdu sebab aku dah sangat dewasa dan bukan budak-budak kecik yang bole bermanja mengada dengan mak pak sendiri. Kenangan zaman kecik adakalanya pahit, tapi bole buat kita tersenyum sensorang bila mengingatkannya. How I miss being a kid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan