Isnin, 1 Julai 2013

Grab the best in Ramadhan - tips for mum

Kepada emak-emak, especially yg beranak kecik, mcmana kita nk grab pahala during Ramadhan.
Sbb kekangan masa dan tanggungjawab kadang tu menyebabkan kita tidak dapat bersama jemaah lain untuk berada di masjid untuk berterawikh, tadarus dan lain-lain.

1. Bangun 15minit awal sebelum sahur.
Jika dh biasa bangun jam 5pagi, make it 445 pagi. 15 minit awal tersebut adalah masa bukan untuk menyediakan juadah yang beria-ia, tetapi masa untuk kita berdua-duaan dengan Ilahi. 15 minit is sufficient enough for:
2 rakaat tahajjud, 100 dzikir Istighfar, dan 5helai muka AlQuran berserta makna.
Dan tips utk menghabiskan 1juzuk Quran sehari: 1 Juzuk 20muka surat, cuba baca 4muka surat setiap lepas solat fardhu. InsyaAllah bole selesai 1juzuk satu hari.

2. Dzikir dan Istigfar
Basahlah lidah dengan menyebut nama-nama Allah, even semasa bekerja sekali pun (cooking, driving etc). Berdzikir dengan lidah dan yang paling penting dengan hati.. fahami makna utk mencapai tujuaan nya.

3. Tarawikh
Bole jugak dilakukan di rumah, tak de masalah untuk tidak turut serta di masjid. Dan tarawikh ni maknanya sendiri untuk berehat (to take a rest), makanya bole dilakukan, 2 rakaat, kemudiaan rehat, intertain children or whatsoever, then bole sambung balik 2 rakaat, kemudian bole rehat buat kerja lain semula, dan bole sambung kembali 2 rakaat. Even kita tidur, dan bangun sahur kembali, bole sambung our terawikh.

4. Quran
Slot time utk baca Quran. Umum kita tahu, bulan Ramadhan adalah bulan diturunNya Quran, maka make a connection with the book. Download siap2 apps Quran for those yang pakai smartphone. So bila ada kelapangan jer (dlm train, bus, while waiting for something), bukak dan baca. For mums yg masih menyusukan anak, take the opportunity sambil baring/duduk menyusu tu, sambil baca Quran.

5. Elakkan..
i. berbual kosong - boleh cenderung utk ghibah/fitnah
Apakah itu ghibah- apabila kita berkata tentang seseorang, walaupon perkara yang benar, tetapi dia tidak ada di situ. Dan jika perkara itu tidak benar, maka fitnahlah jatuhnya - Hadith Riwayat Muslim

ii. perkara lagho - membuang masa seperti internet (FB, twitter, iG), games (candy crush sebagai contoh), dan even buku-buku resepi untuk persediaan berbuka atau raya. Bersederhana dalam segala yang kita lakukan. The month is too important to be distracted with other less important that can be done in other month.

iii. tidur, makan yang berlebihan - tak bagus untuk badan, juga tak bagus untuk jiwa.

Semoga kita emak-emak, mencuba untuk memaksimumkan ibadah untuk mendapat yang terbaik di Ramadhan ini. InsyaAllah..

LahawlawalaQuwataillabillah.. :)


-- petikan ceramah Uztazah Nurhafizah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan