#cerpen
#asahbakatnakjadipenulis
***
Jam 1000 malam.
Alhamdullillah, anak-anak semua telah
selamat masuk tidur. Lega rasa hati. Selesai cerita satu hari yang tidak kurang
panjang nya. Sebagai seorang surirumah, orang luar mungkin melihat kerjaya ini
ringan dan mudah. Malah kawan rapat juga pernah melontarkan pandangan, “Kau
senang la kan, tidak terkejar-kejar di pagi hari.. tidak penat seharian di
pejabat, dan tidak terkejar-kejar juga untuk pulang ke rumah dan bertarung
dengan situasi di rumah.” “Alhamdulillah,” jawapan ringkas dari saya.
Benar, sesungguhnya saya bersyukur. Di zaman
ini, di mana kehidupan berkiblatkan
materi, adalah menjadi suatu kesukaran untuk seorang perempuan yang
berpendidikan tinggi, melepaskan jawatan di institusi kukuh, untuk berkhidmat
sebagai ibu sepenuh masa. Alhamdulillah di atas sokongan suami, tatkala saya
melontarkan hajat untuk mengasuh anak dengan tangan sendiri, dia bersetuju
tanpa berfikir panjang. Cuma satu katanya, “Hidup tak boleh la bermewah-mewah
lagi macam sebelum, sebab sekarang ni saya seorang sahaja yang berkerja”. Saya
ambil pesan suami sebagai satu motivasi, untuk hidup berlandaskan keperluan,
kerana kemewahan itu pilihan yang andai ada rezeki, kita nikmati, jika tiada,
kehidupan tetap disyukuri, dan saya yakin rezeki itu milik Yang Maha Esa dan
hanya Dia yang punya kuasa untuk mengagihkan kepada siapa.
Firman Allah swt, yang
bermaksud:
Sesungguhnya Tuhanmu yang
meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya,
dan Dia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya, Dia Maha Dalam Pengetahuan,
lagi Maha Melihat hamba-hamba-Nya.
dan Dia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya, Dia Maha Dalam Pengetahuan,
lagi Maha Melihat hamba-hamba-Nya.
Surah Al-Israk, 17:30
Saya berbaring, bersedia untuk melelapkan
mata sambil bermuhasabah,
“Apa yang telah kulakukan hari ini?”
“Hari ini, adakah langkah ku makin hampir
kepada Nya atau semakin menjauh?”
“Wahai Tuhan kami, Tidaklah engkau
menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari
azab api neraka.”
Hati berdzikir, astaghfirullahu wa atubu
ilaih – Aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya - berulang-ulang
dan bagaikan terhipnosis, saya kembali tersedar pada jam 4.30 pagi.
Alhamdullillah, masih diberi peluang untuk menjalankan tugas sebagai khalifah.
Masa ini masa emas. Anak-anak masih lena
diulit mimpi. Ini rutin pagi yang saya nanti-nantikan, tanda mensyukuri nikmat
atas segala anugerah Dia pada saya selama dada masih berombak bernafas. Peluang
diri untuk mencari kekuatan dalam menempuh
hari-hari, memohon keampunan-Nya atas dosa yang saya lakukan secara sedar atau
tidak, bercerita dan mengadu permasalahan harian, hanya pada-Nya - di kala hari
menguji diri, saya menangis sendu mengadu dan di kala hari tersenyum cerah, saya
panjat syukur bertalu-talu. Pada masa
yang berbaki, saya amati pesan-pesan Dia di lembar-lembar Quran.
Sayup-sayup terdengar adzan memecah
keheningan subuh yang bening. Alhamdullillah, satu hari yang panjang bermula
kembali. Harapan setiap hari, langkah ini moga semakin hampir dengan Nya, bukan berpaling jahil, bukan berpaling sombong.
Neeza
Zaini
5 Ogos 2017
5 Ogos 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan