Jumaat, 2 Februari 2018

Kenapa perlu hafal Quran #3

atau kenapa perlu berdamping dengan Quran..

Bismillah...

Lepas balik dari Langkawi minggu lepas, saya sakit-sakit lenguh badan. Posture badan ketika tidur yang tidak betul gara-gara menyusu si Amina. Mungkin juga sebab berlamaan di dalam kenderaan. Badan bila dah tua macam ni, sakit sana sini. Sakit nya itu tak la teruk sangat, masih boleh nak bend badan, cuma lenguh nya itu minta diurut. Alhamdullillah, lepas bagitau pada suami, dia pun cakap, "Pergi la berurut. Anak-anak saya jaga. Berapa bayar urut tu, saya belanja.." Wah, suka la saya... Alhamdullillah..

Saya call tempat biasa saya berurut. Alhamdullillah ada offer mengurut whole body and foot massage, total Rm100 untuk 2.5jam. Offer yang berbaloi. Booked tarikh dan masa, and I had my me-pampering-time. Alhamdullilah.. Masa dah habis sesi mengurut dan kembali untuk menukar baju, entah macamana saya terpatahkan hanger di spa tersebut. Patah hujung cangkuk nya, jadi hanger tersebut masih boleh digunakan. Namun sebelum keluar untuk membayar, saya nyatakan kepada pekerja spa tersebut, yang saya terpatahkan hanger, mungkin perlu dibuat bayaran ganti rugi. Alhamdullillah, pihak spa memaklumkan tak perlu dibayar ganti rugi sebab sikit saja tu. 

Cerita 2: Di Langkawi, semasa menunggu bot untuk island hopping, anak-anak mengadu lapar. Maka kami singgah makan di McD, nak cepat dan itu je tempat makan yang kelihatan berhampiran. McD sekarang sistemnya dah baru (sebab lama tak pergi), order dulu kemudian dia akan bagi nombor, dan bila nombor naik baru kita ambil makanan yang telah diorder. So, saya buat order, nombor dipanggil, dan saya pun ambil makanan tersebut. Sebelum beredar, saya checked makanan yang diorder betul atau tidak, dan saya perasan ada extra burger BigMac dalam beg plastik kami. Rasa nya tak de order Big Mac. Lantas nya saya bagitau adik kaunter tersebut, dan pulangkan semula Big Mac itu. Terkaget jugak dia, "Oh silap beg plastik pula saya ni. Terima kasih banyak-banyak ya Kak sebab bagitau." 

Apa saya nak cerita adalah, jika dulu, semasa hidup saya berjauhan dengan Islam dan Al-Quran, perkara-perkara di atas saya akan diamkan sahaja. Misalnya dalam kes hanger patah tu, kejahilan  saya akan berkata, "Alah, sikit je ni, tak perlu dibagitau" dan dalam kes extra burger pula saya akan riang seronak sebab dapat burger free. Taqwa itu hilang jika kita jauh dengan Al-Quran dan sementelah kini saya sedang dalam perjalanan proses menghafal, perkara seperti ini amat saya titik berat kan. Sekelumit alpa, bakal memberi titik pada hati, sekaligus menyukarkan proses menghafal.

Inilah antara sebab kenapa kita perlu mentadabbur Quran, menghafal Quran. Quran menjadikan kita manusia yang berprinsipal - tahu dan teliti akan dosa dan pahala, sedar bahawa setiap masa Allah swt sedang memerhati dan mencatit segala perilaku kita. Dan Allah swt sendiri yang bagitau, dalam surah Al-Zalzalah, ayah 7-8:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



Zarrah - In an atom level tu.. sekecil-kecil kuman: dosa dan pahala akan tercatat! Subhanallah... Jika kita tidak baca dan tadabbur Al-Quran adakah kita akan tahu tentang perkara ini? Tidak, bukan. Maka ambil waktu, baca dan renung akan maksudnya. Dan praktik kan dalam kehidupan.. Itu yang paling utama. 

Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan